Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat jugak Ummi & Abah buat sedikit majlis untuk meraikan Anas sebelum kelahiran adik. Ummi dah sarat dah ni, dah letih. Tapi demi Anas sayang, Ummi berkorban jugak sebab Ummi dah niat lama dah nak wat kenduri ni.
Alhamdulillah, petang Jumaat hari tu, terlaksana jugak niat Ummi. Terima kasih kepada tetamu yang sudi memenuhi undangan. Terima kasih atas hadiah2 buat Anas. Terima kasih kerana menggembirakan Anas...
Mula2 Ummi nak masak semua sendiri. Tapi bila fikir2 balik, larat ke Ummi ni? Dah la dah sarat, doc suh banyak rehat plak. So, tempah la yang lebih baik. Pinggan mangkuk pun guna yang pakai buang je sbb tak sanggup nak berdiri lama2 kat sinki utk membasuh plak, huhu...
Ok lah, tanak cite panjang2 sbb tak bape ade idea nak membebel, hehe... So, nak tayang sikit2 gambar sekitar majlis.
Mula-mula tayang birthday cake dulu. Tempah dari Kak Rani @
bakedecorate2u.com . Luckily Kak Rani dok kat Changlun. So, dekat je la ngan kami. Cantik kan cake hasil tangan Kak Rani. Boleh tengok kat blog & fb die, mmg cantik dan kemas sangat cakes yang Kak Rani buat. Sedap pun sedap. Puas hati la.
Ni Buttercream Figurine Cake. Theme die Airplane & Helicopter sbb Anas suka sangat dua benda ni selain lori, bas dan backhoe.
Pastu nak tayang plak adik2ku yang berpenat lelah menolong kakak mereka yang sudah sarat ini. Thanks ya adik2 sume....
Fries -my adik2 tolong goreng-
Crabstick Popia -Ummi balut, adik2 tolong goreng-
Mashed Potato -Ummi masak, guna yang instant punya je-
Nak tahu, Ummi cuma makan Mee Goreng, Bihun Goreng dan sedikit kuih muih je... Yang lain tak sempat makan pun, huhu... Laksam pun tak rasa padahal feveret & teringin nak makan before bersalin.
Cupcakes ni free dengan cake Kak Rani
Potong kek time. Tapi susahnye lah nak ajak budak tecik ni potong kek sbbnya dia nak amik helicopter tu je
Setelah dipujuk beberapa kali, boleh jugak potong kek tu. Tu pun Abah tak sempat snap betul2. Bila nak berlakon balik, Anas dah tanak dah...
Cute sangat helicopter & airplane tu. No wonder la Anas nak amik tu je.
Lastly, Ummi tolong cabutkan la jugak
Bila dah dapat die macam frust sbb helicopter tu lembut je, takleh nak main2 mcm helicopter Abah dia, haha...
Alhamdulillah, ramai tetamu yang datang. Ni antara tetamu yang terawal. Majlis start lepas Asar sampai la ke malam. Meriah jugak la majlis hari tu. Happy sangat walaupun keletihan.
Ni saja pasang lilin sbb Abah nak try amik shot asap lepas tiup lilin tu. Nk try la. Tapi Anas takmo tiup la plak masa Abah nak amik gambar tu, haha... Apepun, Ummi suka sangat gambar ni...
Ni adik susuan Anas, Akifah Solehah. Seronok tgk adik beradik ni main sama2. Mula2 Anas buka kamera kt iPhone Abah, konon nak amik gambar sama2 la. Pastu Akifah pun nak join tgk sama, hehe... Comel sangat keletah budak2 berdua ni...
Apa yang diborakkan tu, Ummi pun tatau. Tapi cute kan....
Anas ni penyayang rupanya. Beria nak peluk adik Akifah tapi Akifah rimas bila orang peluk dia. Haha...
Ni masa awal2 majlis lagi. Muka ngantuk sebab belum tido siang. Masa dia merengek nak tido, tetamu dah nak datang. So, tak jadi la nak tido kan dia. Kesian sangat sbb dari pagi Ummi sibuk kat dapur, ngemas rumah lagi... Terabai sudah waktu tido Anas...
Kawan2 Anas dah sampai, nasib baik mood dia ok je nak main walaupun tak nak senyum sangat. Ngantuk la katakan...
Ni abg Faiz bagi hadiah kat Anas, buka & main sama2...
Dah dekat Maghrib ni. Kesian Anas dah nampak ngantuk tapi dia masih bertahan sbb masih ramai tetamu.
Family portrait. Wajib la ada kan...
Kenangan Ummi @ 33 weeks pregnancy
Ni masa tetamu terakhir baru sampai @ 9pm. Anas dah tak tahan mengantuk. Terus Ummi tidurkan dia. Sian birthday boy ni....
Cerita sudah habis...
(Betapa takde idea nak menulis, huhu....)
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
18 comments:
happy bufday anas...
wah makin encem la anak bujang ummi ni... Semoga menjadi seorang yg pengasih penyayang, sihat selalu & dimurahkan rezeki
thanks alin... ameen...
alhamdulillah...berjalan lancar semuanya yer..kiutnya kek anas...suka la..
adik beradik susuan??means tumpang menyusu la yer..anak sedara ker?
kak yatie, akifah ni anak kawan. die tak menyusu direct tp amik stok ebm shira ms mak die ade kelas during weekend...
nampak sgt Anas dh ngantuk gile kat pic last tu, tu yg dh start ngamuk ye. tp kek tu mmg comell lah.
byknya makanan! kek pun cantik ;)
salam shira..haih terliur akk tgk kek2 ni shira..huhu...sgt suka...
rs mcm baru je last year shiera ajk dtg umah shiera utk celebrate besday anas..time tu akk convo..hiks..kejap je dh setahun kan..
kak yatie chomeyl... selalunya dia tido lmbt.. tp mlm tu kul 9.30 dh surrender... hehe...
kak nadiah, alhamdulillah, ramai yg sudi tolong siapkan makanan... teringat majlis birthday safiyyah, akak pun tgh sarat kan... tp shira tak sekuat kak nadiah la, hehe...
kak suziey... tu la, kejap je masa berlalu... kek tu mmg sedap... dah habis pun, anas mintak lagi...
comelnya kek anas..secomel tuannya! hebat shira larat lg buat majlis tuk anas yer..:)
odah...cuba gak menguatkan diri nk buat majlis utk hero sulung ni... xlama lg nk dpt adik dah.. sayu je tgk muka die skrg...
cantik sangat kek Anas tu...
hepi 2nd besday Anas,,.. nampak cam besor sikit bila rambut dah pendek ni.. bersedia utk jadi abg long...
happy 2nd beday anassss!!!!
comei la kek tu..eli pun geram tgk helikopter ngan airplan tu heheh
brapa harga kek tu? mmg nampak kemas dia buat
eh lupa..adik susuan anas tu, brapa lama shiera susu-kan dia? bagus la shiera ni
eli, harga kek ni rm180, tp bln ni dpt disc 10% dpt skali hadiah 16 cupcakes tu... mmg kemas sgt kak rani buat...
shira nyusukan akifah for two weeks kot. ms weekend je la... ms tu ibu die de kelas (PJJ) buat assignment, blk lewat mlm... shira bg stok ebm shira ke die...
mhl jgk ek..tp ok la dpt free cuppies hihih dh jimat dh kt situ
oo stok EBM..eli duk pk bg direct td..utk jd anak susuan, kena 2x susu n sampai kenyang kan? lupa sudah
hepi belated besday anas...
rajinnye shira...
kalau hanie,mintak ampun ler...mmg dah xlarat..perut boyotnye amat...xsabor rase nk brsalin cepat2...
cntik kek tu...:)
Post a Comment