"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, August 30, 2010

Ummi jatuh cinta.......?!

Yeah, Ummi tak malu nak berterus terang yang Ummi sekarang sedang dilamun cinta.... Betul kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dulu Ummi asyik tengok gambar je... Selalu dengar orang selalu bercakap2 tentang dia, betapa hebatnya dia, betapa gentle nya dia, betapa semua orang sukakan dia, betapa dia menjadi pilihan 9 daripada 10 ibu2....

Hebat kan dia? Ummi dipertemukan dengan dia hari Sabtu lepas. Lepas teman Abah pilih lampu hiasan untuk rumah baru kami, Ummi buat temu janji dengan dia. Abah tunggu dalam kereta je... Hehe...

Oleh sebab Abah takkan teman Ummi ke Shanghai nanti, so Ummi pilih dia untuk temankan Ummi untuk memudahkan Ummi nak bawak barang2 ke sana nanti. Hoho....

Mak aih, saspennye... Siapa dia? Ummi tunjukkan gambar dia ek....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini la dia.... Breastpump baru Ummi, Medela Harmony yang Ummi beli kat Whizchini Shoppe last Saturday. First time guna terus jatuh cinta.

Bila Ummi dah ada Medela Harmony ni, bukanlah bermakna Ummi dah curang dengan Spectra 3 tapi Medela lebih memudahkan bila Ummi nak ngepam tengah2 malam. Spectra 3 masih setia menemani Ummi kat office tapi sementara waktu ni Ummi prefer Medela Harmony sebab masalah nipple crack yang Ummi alami ni...

Ummi akan bawak Medela Harmony ke Shanghai, ringan, less assmble part, boleh masuk dlm cooler bag Ummi dan yang penting Ummi boleh guna dia anytime yang Ummi perlukan...

Welcome to our family Medela Harmony!

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Happy 17th month Anas sayang!


Wahai anak kesayangan Ummi dan Abah... Sedar tak sedar, dah setahun 5 bulan dah anak Ummi nih...

Sekarang dah macam2 ragam dia... Baru dapat kaki @ 1 tahun 4 bulan 1 minggu, so skrg ni sangat la ligatnya nak berjalan je, takmo dok diam. Dah takmo berdukung & marah bila angkat dia, huhu... Memang jenuh kejar skrg ni, pantang nampak pintu terbuka je, cepat je dah sampai kat pintu...

Pandai amik kasut kat rak then letak kat luar, then cuba nak pakai sendiri. Oleh kerana susah nak pakai kasut sendiri sbb kecik, tau plak pilih nak sarung kasut yang lebih besar sbb boleh masuk kaki dia, haha...

Pastu kalau dah eksaited berjalan kat luar dengan kasut, jangan harap la boleh pujuk dia masuk rumah or nak tanggalkan kasut dia, hoho.. Bagi la can, budak baru dapat kaki katakan...

Anas kan kalau nak keluar, selagi takde kasut dia takkan jejakkan kaki dia kat luar. Tapi kalau dah lama sangat menunggu, takde kasut pun dia redah je.... hadoi! Sangat risau dia pi kat kolam ikan Atuk tu. (Last year kan adik Ummi, Erika yang Ummi tak pernah jumpa tu jatuh mati lemas dalam kolam ikan kat rumah dia, kejadian berlaku seminggu sebelum raya...)

Semakin banyak words dia. Boleh ikut apa yang Ummi dan Abah sebut. Ada words yang kami boleh faham dan ada gak yang tidak sbb dia cakap bahasa Korea...

Perkataan baru yang Anas dah boleh sebut -apa dia tu?- -apa ni?- -lorry- -car-

Pendek kata, dia dah faham cakap kita & dia tahu bila nak guna perkataan itu. When we asked something, dia akan 'ha?' dia alert dgn soalan kita tapi tatau nak jawab camna... Pastu nampak la dia mikir nak jawab camna, hehe...

Anas dah boleh terima arahan. Hari tu Ummi mintak tolong dia amik handphone Ummi kat atas sofa. Kebetulan kat situ ada remote DVD player, remote Astro, tapi jauh2 la dan handphone Ummi agak terlindung sikit. Nak tengok jugak akal dia faham tak handphone tu apa. Setelah dia puas membelek dan mencari, akhirnya jumpa jugak handphone Ummi, dia amik & bagi kat Ummi. Good Boy, Alhamdulillah!

Macam tu jugak bila dia dok main sepah2kan benda, Ummi akan suruh dia kemas & simpan balik, dia dah faham & buat.

Alhamdulillah, senang bercakap dengan Anas sekarang, sebab dia faham & dia bagi respon yang positif, menepati apa yang kita fikir.

Anas sangat suka solat dan baca Al-Quran dengan Ummi, Alhamdulillah... Membesar jadi anak yang soleh dan taat perintah Allah ya sayang....



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Thursday, August 26, 2010

Hasil perahan yang luar biasa...

Duhai anak kesayangan Ummi... Hari2 Ummi tak putus asa tetap mengepam untuk Anas. Walaupun hasil Ummi tak semeriah seperti dulu, Ummi tetap pump jugak. Ummi tak terlalu risau sbb Anas dah boleh makan macam2 & Anas dah besar, tak perlukan susu Ummi sepenuhnya macam dulu.... Dan bila Anas dengan Ummi, Anas akan direct feeding...

Tapi hari ni kan, susu Ummi banyak dari biasa la. Ni Ummi tengah dok pikir apa yang menyebabkan susu Ummi bertambah hari ni?

Sahur tadi, Ummi makan roti 2 keping instead of makan nasi macam sebelum2 ni. Sebelum ni, hari2 Ummi memang makan nasi, tak pernah miss...

Pastu Ummi minum air masak dalam 3 gelas jugak la, tapi ni biasa...

Cuma Ummi ada minum air 100 plus 2 gelas pagi tadi. Dah 2 hari Ummi minum 100 plus sebenarnya sbb mulut Ummi pecah2, bengkak dan terlalu kering. Sebelum ni Ummi minum Performance Drink masa sahur tapi pagi tadi Ummi cuba 100 plus...

Ummi amik 3 biji Alfalfa, pun selalu amik 3 biji jugak...

Pagi tadi Ummi terlupa buat ESP sbb mula2 tu tak lalu makan, then ngantuk... Langsung lupa bancuh ESP. Tapi susu Ummi masih pekat lagi,Alhamdulillah...

Dan Ummi mengepam pun ikut jadual macam biasa... Tapi, hasil luar biasa, Alhamdulillah...

Hm, agak2nya, apakah yang jadi milk booster Ummi ek? Nak kena kekalkan sbb Ummi kena kumpul stok yang banyak untuk Anas sepanjang Ummi ke Shanghai 4 hari next month....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Patut la takde orang komen...

Hm, patut la entry Ummi semalam takde orang komen. Ummi ingat ke takde orang nak tolong Ummi or blog Ummi dah hilang seri sampai takde orang nak masuk... hehe... Rupe2nye sbb mmg takde link utk ke komen box.... Hm, ni kes Ummi salah godek2 la smlm ni... Huhu...

Ummi dah betul kan dah... So, Ummi nak mintak tolong sangat2 ek ttg breastpump tu... Ni link entry semalam...

Ummi nak tahu pendapat kawan2 tentang Medela Harmony & Spectra Handy Manual... Ummi nak guna masa travel nanti.

Ummi akan ke Shanghai 27-30 Sept 2010 (Baru confirm tarikh). So, sepanjang 4 hari Ummi akan tinggalkan Anas. Ummi akan travel sendiri tanpa Abah, so bag pun kena limit la. Kalau Ummi bawak spectra3 yg Ummi ada sekarang, sure mmg banyak bag Ummi akan bawa. Then, Ummi kena cari plug everytime Ummi nak pam sedangkan Ummi gi Shanghai ni untuk factory visit. Jadual pack dgn lawatan kilang je. Takut takde masa & takde tempat nak pam. Sebab tu Ummi perlukan yang manual punye...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, August 25, 2010

Tolong Ummi buat pilihan boleh?

Salam kawan2 bloggers Ummi semua, nak mintak tolong sikit la... Ummi nak beli manual breastpump, tapi still tak dapat buat pilihan samada:

Yang ini?
Medela Harmony Breastpump

Atau yang ini?
Spectra Handy Manual Breastpump

Kalau dari segi harga memang la yang Spectra ni murah banyak la berbanding Medela ni kan. Ummi berkenan Medela sbb ramai org guna yg ni sebagai pilihan utk kategori manual breastfeeding... Dan berkenan jugak kat Spectra tu sbb cara dia lain sikit, pakai tube & husband pun boleh tolong pam utk kita *wink*wink*...

Ada yang pakai antara dua ni tak? Tolong bagi pandangan kalian boleh? Ummi nak beli untuk travelling nanti...
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, August 24, 2010

Tips hadapi kecemasan di rumah

Kesinambungan dari entry ini, thanks kepada MamaIMAN yg tambah tips utk di kongsikan. Huhu, nanti saya siasat balik kenapa takleh tinggalkan komen kat entry tu... mamaIMAN bagi tips ni kat shoutbox Ummi....

24 Aug 10, 09:28 AM
mamaIMAN: slm..try nak post comment tp x blh..1 lg peringatan utk parents bila anak jatuh& luka terbuka(terutama bhgn muka)..jgn sapu apa2 myk..coz bila sapu myk,spital terpaksa jht(akn tglkan parut)..

24 Aug 10, 09:29 AM
mamaIMAN: jika x sapu myk,diorang akan tampal plaster jer..so..tak tglkan parut..sian la nanti dia dah beso berparut muka...sekdara info... ; )

Ya betul apa yang mamaIMAN cakap tu. Bila kecederaan yang melibatkan luka terbuka, jangan sapu dengan minyak sebab minyak akan mengeringkan luka. So, kalau bawak ke hospital mmg doktor terpaksa jahitkan untuk cantumkan luka yang terbuka tu. Kenapa jahit? Sebabnya tisu yang terkoyak tu dah tak boleh bercantum dengan sendiri bila dah sapu minyak.

Kalau belum sapu dengan minyak, darah dan tisu masih segar dan bila doktor tampal dgn plaster, insya'Allah luka tu boleh bercantum dengan sendiri...

Ada 2 kes yang Ummi nak cerita ttg luka terbuka ni...

Satunya, kejadiaan ni berlaku kat Ummi masa Ummi kecik2 & zaman nakal2 dulu. Ummi pernah dapat luka besar kat kepala akibat jatuh dari buaian kat taman (masa tu zaman buaian kayu). Lepas Ummi jatuh terduduk, buaian tu yang masih terhayun, hentam kepala Ummi. Sakit yang memang amat terperi, tak terkata. Mula2 Ummi steady je, lasak katakan, lagipun tgh nak tunjuk lagak kat kawan2 lelaki, haha... Tapi bila nampak darah habis basah baju Ummi, mula la Ummi nangis. Budak2 lelaki (masa tu Ummi sorang je perempuan) semua dah panik sbb berdarah.

So, diorang bawak balik rumah Ummi, Nenda terkejut. Masa tu Atuk takde, yang ada cuma adik Nenda, Achik Ummi yang belum dapat lesen kereta lagi... Nenda suruh jugak dia bawak kereta sbb dia boleh drive cuma blom dapat lesen. Kami cepat2 gi klinik kat pekan. Oh ya, sebelum tu Nenda dah cuci luka Ummi & dah sapu minyak nak hentikan darah.

So, bila sampai kat klinik doktor cakap takleh nak wat apa kecuali jahit. Doc bagitau kalau terus bawak mai lepas accident ni, selamat la, tak payah jahit. Huhu... Maka berjahitlah kepala Ummi... Nasib baik kat kepala kan, parut boleh tutup dengan rambut...

Kes ke-2, berlaku kat adik kawan Ummi yang masih kecil, umur dalam lingkungan 2 tahun masa kejadian. Kejadian ni pun berlaku masa Ummi sek menengah lagi...

Mangsa, adik perempuan yang berumur 2 tahun... Gini ceritanya... Ayah kawan Ummi ni bertukang. So, memang banyak la peralatan2 tukang kat rumah diorang. Alkisahnya masa tu adik dia yang lelaki, besar sikit, main tukang2 dgn adik yang kecik ni... Dengan tak sengaja, adik yang lelaki ni ter'kapak' jari adik yang kecik itu... Adoi! Menjerit Ummi dengar cerita dia masa tu...

Allah izin, yang ter'kapak' tu hujung jari manis sebelah kanan dia... Putus, jatuh ke lantai... Disebabkan panik dan takut, adik yang lelaki tu terus amik jari yang putus & bawak adik dia gi basuh darah tu. Pastu baru dia cakap kat parents dia... Bila bawak gi hospital, mmg tak dapat diselamatkan sbbnya jari yang putus tu dah dibasuh. Tisu dan darah segar dah takde utk proses penyambungan...

Hm, teringat plak kes cousin Ummi yang jari telunjuk dia putus termasuk dalam eskelator dalam Sogo 14 tahun yang lepas. Disebabkan tindakan pantas orang ramai, jari dia dapat disambung semula walaupun sekarang jari dia tak boleh berfungsi sangat...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, August 22, 2010

Teknik hadapi kecemasan bila anak jatuh

Boleh sapa2 share teknik hadapi kecemasan bila anak jatuh? Terutama kena pada bahagian kepala...

Ummi boleh la share sikit2... Nanti tolong betulkan or tolong tambah ya....
  1. Cepat2 cari luka atau benjolan di bahagian badan yang jatuh tu. Kalau luka, cepat2 bersihkan luka dengan antiseptic. Kalau benjol, cepat2 tuam dengan ais. Ada yang tuam dengan air panas. Tapi Nenda cakap kat Ummi, guna ais dulu...
  2. Pastikan ketinggian anak jatuh tu. If kurang dari 2x ketinggian dia, insya'Allah takde pape yang serious. Tapi tetap kena cek kecederaan dia. If lebih dari 2x ketinggian dia, observe keadaan dia. Kita tak tahu samada ada patah2 ke... Terus bawa ke hospital.
  3. Biasanya kita akan refer observe ni as clinically observe. Means, pantau keadaan dia selepas jatuh. Adakah dia letih, mengantuk dan tertidur? Adakah dia muntah2? Jika ya, cepat2 bawa ke hospital sebab risau ada kecederaan dalaman.
  4. Biasanya kecederaan luaran ni, akan jadi benjol, ada luka dan anak masih aktif, means tak mengantuk dan muntah2 selepas jatuh. Observe keadaan dia selama 3 hari selepas jatuh.
  5. Cek ubun-ubun. Kalau ubun-ubun membonjol keluar, mungkin ada kecederaan kat bahagian otak. Risau ada pendarahan dalam otak.
  6. Gerakkan bahagian badan such as tangan, kaki dan leher utk pastikan tak ada bahagian yang patah.
  7. Perhatikan mata, kelopak mata, gerak mata anak, raut muka dia, senyuman dia, ada perubahan tak?
  8. Panggil nama dia, perhatikan samada dia sedar atau tak? Pastikan penglihatan dia tak terganggu.
Boleh refer sini utk info ttg keperluan CT Scan...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Ummi takkan lupakan sampai bila-bila...

Buat anak kesayangan Ummi, Anas... Detik ini Ummi takkan lupakan sampai bila2... Tiap kali Ummi ingat, Ummi rasa bersalah yang teramat-amat kat anak Ummi... Maafkan Ummi ya sayang sebab Ummi careless... Ummi janji lepas ni Ummi akan lebih berhati-hati...

Hari Jumaat malam, kami buka puasa di Arau. Lepas terawih baru balik ke Jitra. Malam tu dah agak lewat, hampir kul 11 baru nak bertolak balik. Dengan letih, ngantuk, Ummi bawak Anas masuk ke kereta sambil Ucu & kawan dia kemas barang kat bonet kereta. Abah & Ateh pun dah ada dalam kereta. Ummi & Anas dok kat belakang, sebelah kanan, belakang Abah. Tok Wan plak dok kat luar, sebelah kiri kereta.

Anas dok panggil, 'tok, tok!' So, sbbkan Ucu & kawan dia belum masuk, Ummi bagi Anas berdiri kat pintu kereta sebelah sana, nak bagi Anas dekat ngan Tok Wan. Tapi Ummi lupa, Tok Wan mana nampak Anas dalam kereta sbb gelap (malam + tinted). Anas dok panggil lagi, 'tok, tok!' Sambil tu Ummi kemas sikit dalam kereta sbb Ucu & kawan dia nak duduk, bagi selesa sikit & Ummi nak bukakan tingkap kereta sbb Anas dok panggil Tok Wan dia...

Cepat sangat berlaku, Ummi tak sempat buat apa2, Ummi tak sempat lagi nak buka tingkap, Ucu dah buka pintu kereta, dan sekelip mata, Anas jatuh. Masa tu Anas belum jatuh ke bawah terus.
(selalunya pintu ni takleh buka dari luar, tapi awal2 tu Ummi dah buka kunci dia, how can Ummi lupa, adoi!)
Ummi dan Abah menjerit serentak. Ucu plak tak tau apa2, terus buka pintu luas2, dan Anas jatuh terus ke bawah. Know what? Kepala Anas jatuh dulu ke jalan tar. Ummi tergamam. Tok Wan sambar Anas. Semua yang ada terpaku. Anas menangis kuat...

Anas nak kat Abah, Anas peluk Abah. Ya Allah, salah Ummi, Ummi yang letak Anas kat pintu padahal Ummi tau Ucu akan masuk kat situ. Ummi panik, rasa bersalah sangat kat Anas. Ummi tau sakit sangat. Mak Tok amik ubat, minyak gamat sapu kat kepala Anas. Hm, memule tu semua dok cari kat mana benjol or luka2 tapi tak jumpa... So, Ummi ingat balik cara Anas jatuh tu, Ummi cari & jumpa. Ya Allah, besarnya benjol... Ummi takut, bersalah sangat kat Anas, Anas sakit... Benjol tu dekat sangat dengan ubun-ubun Anas, lagi la kami risau...

Abah bagi Anas kat Ummi, terus masuk kereta & Ummi nyusukan Anas. Baru Anas diam. Tapi mata Anas takmau pejam. Anas tengok je Ummi. Sayunya hati Ummi. Ummi yang buat Anas jatuh. Maafkan Ummi sayang.........

Kami terus mintak diri meninggalkan family di Arau kerisauan... Tapi Ummi & Abah nak bawak Anas ke KMC sbb Anas dah ada medical insurance... Better gi cek kan... Hm, baru suku jalan keluar dari UiTM Arau, Anas dah gelak2, hadoi! Tapi lega sket hati Ummi nih. Anas ok... Walaupun dah lewat malam, tapi bila Anas tak mengantuk, Ummi lega sbb Ummi tau Anas ok. Anas minum susu Ummi tak muntah2, Alhamdulillah, Ummi tau Anas tak apa2... Tapi Abah & Ummi tetap nak bawak Anas ke KMC... Better check-up...

So, sampai Jitra tinggalkan adik2 kat rumah, Abah terus drive ke KMC bahagian kecemasan. Doc check & tanya Ummi ada tak Anas muntah2? Ummi cakap tak... Dia cakap, nampak kecederaan Anas tu macam kecederaan luar je. Dia bagi ubat tahan sakit & ubat bagi surut bengkak. Dia nasihatkan Ummi suh observe, kalau Anas muntah2, cepat2 bawak ke hospital balik. Dan dia suh Ummi tuamkan benjol dengan ais. Alhamdulillah, mmg Ummi tengah pegang ais dlm towel masa tu. Ummi selalu buat camtu, Nenda yang ajar.


Hm, Nenda kat Makkah pun called, risaukan Anas. Malam tu pukul 1 baru balik rumah. Atuk pun risau tengok benjol Anas. Atuk pun tanya macam2. Ummi cakap la, Alhamdulillah Anas ok, siap gelak2 lagi... Atuk cakap, "Hm, macam Ummi dia la, jatuh katil pun dok gelak2 lagi..." Haha...

*First time Anas jatuh sampai benjol besar camni....
*Sebelum tu Anas terlebih dulu smack down Ummi, haha... Anas nak hempaskan kepala dia kat tilam, tapi terkena muka Ummi, bengkak jugak la bibir Ummi. Abah tak bagi senyum, nampak hodoh dia cakap... Uwaaa...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, August 17, 2010

Blog khas untuk contest & GA

Ummi ada buka blog baru khas untuk contest & giveaway semata2... Jemput datang umah baru ya...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Monday, August 16, 2010

Buat semua bf mommies!

Sepatutnya entry ni keluar last week. Tapi rupanya Ummi gi 'save as draft' bukannya buat auto-publish, huhu...

Buat semua breastfeeding mommies, kalians lah inspirasi Ummi. Ummi kagum dengan semua dan semoga Allah limpahkan rezeki yang berlipat ganda buat kita dan anak. Semoga kita terus tabah mengharungi cabaran2 yang penuh liku dalam breastfeeding ni.

Setelah hampir 17 bulan menjadi Ummi yang menyusukan Anas sepenuhnya, dan juga menjadi ibu susuan dengan memberi susu kepada Akifah Solehah binti Faizul Mursyidi, Ummi rasa hampir lengkap menjadi Ummi kepada Anas dan Akifah Solehah.
Sepasang sudah anak Ummi walaupun baru sekali je mengandung, hehe...

So, this is for you!

Dan apa yang menggembirakan hati Ummi saat ini ialah, Anas dah kembali direct feeding macam biasa. No more gigit2 Ummi cam dulu. Ia kembali saat kami pergi KL hari tu. Ummi berangkut segalanya for the first time, bakul, termos, cooler bag, breastpump, botol, berus, sabun, bekas nak rendam susu & hi-goat. Tapi Ummi cuma kena pam susu sekali je. Lepas tu Anas dah mau direct feeding secara tiba2 jugak... Syukur Alhamdulillah, Ummi syukur sangat kat Allah sbb Anas dah mau direct feeding cam dulu balik...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, August 15, 2010

Bubur Lambuk Ramadhan Anas...



Salam Ramadhan, bulan Al-Quran... Berapa juzuk Al-Quran dah habis setakat hari ni, 5 Ramadhan? Ummi sempat habiskan 3 juzuk before Cik P dtg bertandang waktu Asar petang ke-2 Ramdhan... Lepas ni mmg kena pulun la...
Sebelum Nenda berangkat menunaikan umrah hari Jumaat lepas, Ummi sempat la tanya Nenda camna nak masak bubur lambuk. Nenda cuma ajar teori ja. Tak sempat nak belajar praktikal & amali, hehe... Tapi, ni bubur lambuk cara kami la, mmg tak taruk santan... Kami mmg kurang sikit makan santan. Gulai pun mmg tak taruk santan...

Ummi tade amik gambar sbbnya tanak letak gambar makanan di bulan posa ni, risau gak ade org terliur, haha... (bajet cam sedap sgt la bubur lambuk hari tu sampai orang nak terliur kan...)

Bahan-bahan: (Ummi masak mmg tak ikut sukatan, pakai agak je... So, sukatan yg diberikan ni utk memudahkan dan sbgai panduan je. Kalian agak2 jugak ek...)
(Untuk 4 orang makan)

1 cawan Beras
2 1/2 cawan Air (utk masak bubur)
1/2 sudu kecil Halba
3 batang Serai -dititik
1 ketul Halia (sebesar ibu jari kaki) - dihiris halus
1 genggam Udang kering
500g Udang basah/Ayam/Daging (ikut suka, ada orang guna ikan kembung jugak)
1/2 sudu kecil Biji lada hitam
Garam/Gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Masak bubur macam biasa. Campurkan dengan halba siap2... (Ummi masak guna slow cooker. Pagi2 before gi ofis, Ummi letak utk masak bubur siap2, auto mode. So balik petang dah boleh masak dah...)
2. Masukkan serai dan halia. Kacau.
3. Masukkan udang kering. Kacau.
4. Masukkan udang basah/ayam/daging. Kacau.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.
6. Lastly baru masukkan biji lada hitam. (Ummi tak masukkan awal2 sbb nak asingkan part for Anas makan jugak)
7. Kalau nampak bubur tu agak pekat, tambahkan air sikit. Then, siap lah!

**Kalau nak taruk santan pun boleh, Ummi mmg tak berapa sangat makan santan ni...

Alhamdulillah, ptg tu masak untuk kami berempat makan, semua cakap sedap... So, petang ni nak masak lagi untuk berbuka puasa dengan Family-In-Law... Untuk Ucu Maya bawak balik ke asrama jugak...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Friday, August 13, 2010

Cerita puasa Ummi Anas...

Assalamualaikum anak Ummi sayang. Hari ni dah masuk hari ke-3 kita dalam bulan Ramadhan al-Mubarak... Rasa tenang je sekarang. Syaitan pun kena ikat. Dah lama bumi Kedah ni tak hujan, Alhamdulillah, hujan rahmat Ramadhan turun hari2 sejak hari pertama Ramadhan...

Hari ni Nenda, Bunga & Achik Anas akan bertolak menunaikan umrah for 2 weeks... Maka dengan itu, tinggal lah Ummi, Abah & Anas menjaga rumah ini... Sunyi la pasni... So, bulan puasa tahun ni tetap mcm puasa tahun lepas, Ummi berdikari, hehe...

Tahun pertama puasa lepas kawin, masa tu still stay ngan Nenda. Pulak tu Ummi alah yang sangat teruk masa tu. 2nd year puasa, Anas dah lahir. Kita stay sendiri kat Taman Bunga Raya. Masa tu Abah pun baru mula kerja ngan Atuk & dah mula berulang ke Kulim. So, tahun ni dgn tahun lepas, puasanya agak tak banyak beza. Berdikari, siapkan juadah sahur & berbuka sendiri. Kalau tak sempat, beli je. Nenda ckp, kalau tak sempat masak & beli, gi la buka puasa kat masjid, hehe...

Tahun lepas puasa Anas baru 5 bulan. Kadang2 Ummi beli lauk & air kat bazaar Ramadhan blkg ofis then masak nasi kat rumah. Kalau sempat, Ummi akan masak jugak sikit2. Weekend plak sempat la Ummi wat kuih sikit utk berbuka. Tapi Abah tak suka sangat makan kuih masa berbuka. Abah prefer makan nasi terus...

Sahur plak, selalunya Ummi masak nasi & lauk lewat malam before tido, then bangun kul 5 pagi terus panaskan lauk. Hm, Ummi belum mampu bangun awal2 utk masak, huhu... Kena cuba jugak, sampai bila kan....

Tahun lepas Ummi dapat puasa penuh 30 hari, terawih buat kat rumah. Al-Quran tak sempat khatam habis.

Tahun ni plak, br hari ke-3 puasa, Ummi cuma sempat dapat 1 hari je, huhu, terawih 2 malam & dah habiskan 3 juzuk Al-Quran... Terawih pun buat kat rumah je. Ummi pernah bawak Anas gi masjid last month masa ada ceramah dari Hj Noor Azman Shamsudin lps dia balik dr Gaza (cerita tentang serangan Zionis Israel ke atas freedom fortila Mavi Marmara & Rachel Corrie). Masa tu Anas sangat2 tak boleh duduk diam, asyik nak main tangga kat masjid tu.

So, Ummi buat terawih kat rumah je. Ummi selang seli kan dengan baca Al-Quran sbb target nak habiskan 1 juzuk 1 hari. Setelah amik kira time Cik P dtg berkunjung, Ummi kena habiskan more than 1 juzuk in 1 day... Semoga target Ummi tercapai tahun ni...

Hari ni first time la Ummi masak utk berbuka sbb Nenda tak de. Tadi Ummi dah masak sup ayam utk Anas, masak sekali utk berbuka. Then dah siap masak bubur lambuk (first time masak bubur lambuk). Dan awal2 pagi tadi dah siapkan karipap (Nenda nak bawak bekal buka puasa kat KLIA, ada lebih, tinggal kat rumah sikit).

Jap lagi nak bakar ikan terubuk, masak sayur sikit. Hm, cukup la sikit2 kan, bersederhana je bila berbuka... Kalau tak habis, membazir plak...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, August 12, 2010

Whizchini Shoppe


Buat ibu2 di Utara Semenanjung Malaysia (Kedah, Perlis, Pulau Pinang) terutamanya yang dekat dgn area Alor Setar, sekarang kita dah ada pilihan kedai yang menjual keperluan2 breastfeeding & cloth diapers kat sini.

Whizchini Shoppe terletak di

No 142 Tingkat 2,
Kompleks Alor Setar,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Or mungkin orang Alor Setar lebih familiar dgn Kanchut? Ha, kat situ la... Kedai ni kat atas Crownleaf Management Services. Kedua2nya milik Pn. Rini Shariff dan suami...

Kalians boleh visit website Whizchini Shoppe or jadi friend kat facebook:



Ni antara gambar2 dalam Whizchini Shoppe. Macam2 ada. Bermula dengan hanya cloth diapers, kini all mommies leh dapatkan macam2. Pendek kata, hampir semua keperluan asas utk ibu menyusu dan baby ada kat sini...

Jom cerita guna gambar...

~Welcome to Whizchini Shoppe~

~susun atur dalam Whizchini Shoppe~

gambar atas sekali sblh kiri: breastpump, ada spectra3, ada medela harmony, storage bottles, feeding bottles

gambar atas sekali sblh kanan: ada busha, inserts, stokin, kasut baby, bips, leggings & macam2 lagi...

gambar bawah sblh kiri: bagpack, set bag utk ltk breastpump, cooler bag, ada MLO n stylo mama, cloth diapers....

gambar bawah sblh kanan: baju utk babies & kanak2...

1. Sling (tak pasti plak ring sling atau pouch sling --> leh tanya Pn. Rini k...
2. Rompers (i like! Ummi mmg suke rompers!)
3. Cloth Pad
4. Breastpump accessories
5. Supplement for breastfeeding mommies... (ada shaklee jugak)
6. Hm, yg ni Ummi tak pasti, belum gi tgk lagi kat kedai nye... mgkin CDs utk anak2...
7. Baby Gap
8. Toys

1. Breastpump, Storage Bottles & Feeding Bottles
2. Baby's need: Bip, Stokin, Kasut yang shumil, Busha, dll...
3. Busha & Bip
4. Ring Sling
5. Hm, pun tak sure... mungkin sling...

1. Cloth Diapers, Bagpack, Cooler Bag
2. Apparel
3. Cloth Diapers
4. Legging

Hm, sejak2 Ummi kenal Kak Rini & Whizchini ni, Ummi dah tak susah2 lagi nak dapatkan apa yang Ummi & Anas perlukan. Ummi leh gi je kat kedai dia sbb dekat ngan ofis Ummi. Selain tu, Whizchini pun buat online shopping tau!

Ummi mmg puas hati shopping sini sbb banyak pilihan & barang pun bagus2... Apa yang dulu Ummi susah nak dapatkan, terpaksa order online, skrg dah tak susah dah... Rasanya buat masa sekarang ni, kat Alor Setar ni, Whizchini lah satu2nya kedai yang similar tu Lunatots & Mom's Little One tu. So, warga utara, Kedah & Perlis mmg tak perlu nak order online jauh2. Datang je terus kat sini...

Untuk online shopping plak, kalians dah ada lebih banyak pilihan dan utk orang Melayu, sokong la bisnes orang kita!

P/S: Gambar2 di atas adalah dari Pn. Rini. Last Ummi pergi, masa tu barang2 baru, baru je sampai, masih dalam kotak lagi. And masa tu diorang baru pasangkan display hanger utk gantung baju2...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, August 11, 2010

Jumpa Wardina

Pagi2 esok terus gi Bukit Kiara Equestrian Club, memenuhi undangan Kak Dina... Ni pun jadi cam jakun gak, sbb first time gak gi birthday party yang sebegitu... Maklumlah, kami ni orang kampung ja... Ngeh3... Jadi cam rusa masuk pekan plak... So, byk diam je la... hehe... Dah la tak kenal orang, kenal Kak Dina je... Kak Dina pun sibuk layang tetamu... Tapi enjoy sangat makanan die, & seronok masa gi horse stable... Tgk cara nak pakaikan riding set kat kuda,tgk cara bagi kuda makan, etc...

Yg kat atas tu masa baru sampai...
Belum ramai yang sampai. So, bagi Anas main dulu...
Dia main pun, main sorang2 je sbb budak2 besar sume gi tunggang kuda. Ada la anak Kak Mas, sebaya dgn Anas, dia lahir 5 Mac 2009. Name ape ek, lupa la...

Then Kak Dina tanya Ummi nak tolong die susun cupcakes tak? Sure la Ummi tolong kan...
Tengok la cupcakes ni, cantik kan dan sangat sedap!
Sambil2 makan makanan yang sangat macam2 dan sangat sedap, Kak Dina ajak kiddies gi horse stable, nak tengok penjagaan kuda... Kami ikut sekali bawak si budak tecik Anas tu...

Kat horse stable...
Yang kat atas, Kak Dina & her sisters, Kak Mas & Kak Maya with lil Imran. Alo, tak nampak pulak muka anak Kak Mas. Kak Maya senior Ummi kat UIA...
Yang bawah tu Kak Dina dgn hubby dia & lil Imran...
Sblh tu anak2 yatim yang diundang khas...

Turn Ummi plak bergambar dgn Kak Dina... Wah, masamnye muka budak tecik ni...

Birthday girls, Amna & Azra tgh bagi kuda makan carrot...

Birthday cake yang cute!

Sesi potong cake...

Lepas habis potong cake, kami mintak diri coz Anas pun dah keletihan. Lagipun nak gi jumpa Ateh Ummi plak. Almaklumlah sekali sekala dtg KL ni, dah nama pun 'kampung' Ummi kat sini, ramai sedara mara & kawan2 yang nak jumpa. Mmg kena atur, gilir & plan baik2... (Huhu, lupa amik souvenir party pack dari Kak Dina... Nyesal tak amik...)

Then terus gi kedai Ateh Ummi kat Subang Perdana... Ateh Ummi baru je sebulan bukak kedai ni... Kedai menjahit & dia ada gak buat sulaman berkomputer tu... Sape yang masih tercari2 nak tempah baju raya, Mak Teh Ummi masih terima lagi tempahan... Boleh la tempah kat dia, semua jenis baju dia leh jahit... Ateh plak masih menge'test' mesin sulaman berkomputer die tu, pertengahan puasa baru sampai mesin yg 4 heads tu... Sekarang masih trial machine je...

Ummi mintak Ateh demo mesin tu, jahit sulam nama Ummi kat t-shirt muslimah yang Ateh bagi tu...

Ni la rupe mesin tu...

Ateh & family

Lepas kedai Ateh, kami gi Mid Valley sekali lagi, jumpa Pak Ngah Hatim. Malam tu terus balik, singgah Ipoh tido umah Uncle Abu.

Esoknya baru gi Lost World of Tambun. Mmg puas mandi manda, hehe...

Then balik... Huhu, lotih bebenor....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, August 10, 2010

We're back!

Kembali berblogging seperti biasa... Cuma belum sempat lagi nak blogwalking banyak2... Sampai umah Maghrib semalam, before tido sempat la blogwalking sket2... Tapi smlm sakit perut, asyik ulang gi toilet je sampai pagi tadi br ok sket...

Before blogwalking (banyak ketinggalan ni coz 4 hari tak online langsung), nak update cite kami dulu... (",)

Last week Ummi dapat msg dari Kak Dina, Wardina Safiyyah, jemput kami ke Horse Party Amna & Azra... Wau, mmg Ummi teringin nak pergi... Tapi banyak benda yang perlu di amik kira gaks... So, bila di fikir2kan balik, amik kira nak jumpa kawan2, nak jumpa sedara kat KL before puasa, Ummi pun teringin nak bawak Anas gi Lost World of Tambun, kami pun accept the invitation & pergi la... hehe... Bukan senang nak dapat invitation dr Kak Dina kan...

So, pagi Jumaat bertolak ke Ipoh, jumpa kawan baik Abah kat Medan Gopeng (mmg wajib jumpa Uncle Abu ni everytime nak ke Selatan)... Kak Nora, Shira ingat kat akak, cuma tak inform je... Huhu... Next time Shira gi sana, kita jumpa ek...

Cadangnya nak gi Lost World of Tambun petang tu tapi kami terlambat da... So, decide nak gi on Monday, on da way balik nanti... So, amik gambar je la...

Tengok la aksi budak tecik yang baru 'dapat kaki' ni...
Ups, jatuh plak...

Sampai KL, terus gi Kajang (pun agenda wajib Abah jumpa Uncle Munet bila sampai KL). Malam tu tido Kajang, (rindu Amansiara sebenarnya....)

Pagi2 esok terus gi KLCC, Abah nak gi PC Fair kat KL Convention Centre... Walaupun sebelum ni Ummi dok KL, tapi ni first time Ummi gi PC Fair kat KL... Ummi mmg tak suka gi tempat yang ramai2 & kena bersesak ni... Tapi kali ni kena la gi sbb ikut Abah kan... My first impression, besarnya PC Fair ni! Hehe, jakun sekejap... Rugi tak bawak kamera. Abah dok risau berat sbb nak dukung Anas lagi...

Lepas KLCC gi kenduri kawan Ummi, Aliff kat Cheras pastu terus gi Mid Valley, jalan2..
Mid Valley pun ramai orang. Keluar dari Mid Valley kul 6.30pm nak ke Kg. Baru, 1 jam sangkut jammed kat Sogo. Kan de Member's Day Sale...


Lepas Maghrib jumpa kawan2 Ummi plak, ex-roommates Ummi kat UIA dulu... Kami jumpa kat Chip & Steak (Restoran Kapal). Rindu sangat2 kat diorang. Diorang pun first time jumpe Anas. Last kitorang jumpe masa konvo Ummi, masa tu Anas baru 2 bulan dlm perut... Huhu, lama giler tak jumpe kan...

Ni la best friends Ummi, ex-roommates Ummi, kawan2 di masa susah dan senang Ummi

Abah pun nak jumpa kawan2 dia jugak...

Then baru balik ke umah Amansiara, huhu... Rindu bangat sini... Dah ada katil & almari dah dalam bilik... Pak Ucu tengah renovate sikit2...

Jumpa Wardina... To be continued...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi