"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, August 22, 2010

Ummi takkan lupakan sampai bila-bila...

Buat anak kesayangan Ummi, Anas... Detik ini Ummi takkan lupakan sampai bila2... Tiap kali Ummi ingat, Ummi rasa bersalah yang teramat-amat kat anak Ummi... Maafkan Ummi ya sayang sebab Ummi careless... Ummi janji lepas ni Ummi akan lebih berhati-hati...

Hari Jumaat malam, kami buka puasa di Arau. Lepas terawih baru balik ke Jitra. Malam tu dah agak lewat, hampir kul 11 baru nak bertolak balik. Dengan letih, ngantuk, Ummi bawak Anas masuk ke kereta sambil Ucu & kawan dia kemas barang kat bonet kereta. Abah & Ateh pun dah ada dalam kereta. Ummi & Anas dok kat belakang, sebelah kanan, belakang Abah. Tok Wan plak dok kat luar, sebelah kiri kereta.

Anas dok panggil, 'tok, tok!' So, sbbkan Ucu & kawan dia belum masuk, Ummi bagi Anas berdiri kat pintu kereta sebelah sana, nak bagi Anas dekat ngan Tok Wan. Tapi Ummi lupa, Tok Wan mana nampak Anas dalam kereta sbb gelap (malam + tinted). Anas dok panggil lagi, 'tok, tok!' Sambil tu Ummi kemas sikit dalam kereta sbb Ucu & kawan dia nak duduk, bagi selesa sikit & Ummi nak bukakan tingkap kereta sbb Anas dok panggil Tok Wan dia...

Cepat sangat berlaku, Ummi tak sempat buat apa2, Ummi tak sempat lagi nak buka tingkap, Ucu dah buka pintu kereta, dan sekelip mata, Anas jatuh. Masa tu Anas belum jatuh ke bawah terus.
(selalunya pintu ni takleh buka dari luar, tapi awal2 tu Ummi dah buka kunci dia, how can Ummi lupa, adoi!)
Ummi dan Abah menjerit serentak. Ucu plak tak tau apa2, terus buka pintu luas2, dan Anas jatuh terus ke bawah. Know what? Kepala Anas jatuh dulu ke jalan tar. Ummi tergamam. Tok Wan sambar Anas. Semua yang ada terpaku. Anas menangis kuat...

Anas nak kat Abah, Anas peluk Abah. Ya Allah, salah Ummi, Ummi yang letak Anas kat pintu padahal Ummi tau Ucu akan masuk kat situ. Ummi panik, rasa bersalah sangat kat Anas. Ummi tau sakit sangat. Mak Tok amik ubat, minyak gamat sapu kat kepala Anas. Hm, memule tu semua dok cari kat mana benjol or luka2 tapi tak jumpa... So, Ummi ingat balik cara Anas jatuh tu, Ummi cari & jumpa. Ya Allah, besarnya benjol... Ummi takut, bersalah sangat kat Anas, Anas sakit... Benjol tu dekat sangat dengan ubun-ubun Anas, lagi la kami risau...

Abah bagi Anas kat Ummi, terus masuk kereta & Ummi nyusukan Anas. Baru Anas diam. Tapi mata Anas takmau pejam. Anas tengok je Ummi. Sayunya hati Ummi. Ummi yang buat Anas jatuh. Maafkan Ummi sayang.........

Kami terus mintak diri meninggalkan family di Arau kerisauan... Tapi Ummi & Abah nak bawak Anas ke KMC sbb Anas dah ada medical insurance... Better gi cek kan... Hm, baru suku jalan keluar dari UiTM Arau, Anas dah gelak2, hadoi! Tapi lega sket hati Ummi nih. Anas ok... Walaupun dah lewat malam, tapi bila Anas tak mengantuk, Ummi lega sbb Ummi tau Anas ok. Anas minum susu Ummi tak muntah2, Alhamdulillah, Ummi tau Anas tak apa2... Tapi Abah & Ummi tetap nak bawak Anas ke KMC... Better check-up...

So, sampai Jitra tinggalkan adik2 kat rumah, Abah terus drive ke KMC bahagian kecemasan. Doc check & tanya Ummi ada tak Anas muntah2? Ummi cakap tak... Dia cakap, nampak kecederaan Anas tu macam kecederaan luar je. Dia bagi ubat tahan sakit & ubat bagi surut bengkak. Dia nasihatkan Ummi suh observe, kalau Anas muntah2, cepat2 bawak ke hospital balik. Dan dia suh Ummi tuamkan benjol dengan ais. Alhamdulillah, mmg Ummi tengah pegang ais dlm towel masa tu. Ummi selalu buat camtu, Nenda yang ajar.


Hm, Nenda kat Makkah pun called, risaukan Anas. Malam tu pukul 1 baru balik rumah. Atuk pun risau tengok benjol Anas. Atuk pun tanya macam2. Ummi cakap la, Alhamdulillah Anas ok, siap gelak2 lagi... Atuk cakap, "Hm, macam Ummi dia la, jatuh katil pun dok gelak2 lagi..." Haha...

*First time Anas jatuh sampai benjol besar camni....
*Sebelum tu Anas terlebih dulu smack down Ummi, haha... Anas nak hempaskan kepala dia kat tilam, tapi terkena muka Ummi, bengkak jugak la bibir Ummi. Abah tak bagi senyum, nampak hodoh dia cakap... Uwaaa...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

1 comment:

mama salmi said...

bila baca n3 ummi anas psl anas jatuh nih, terimbas kembali ms aliff penah jatuh lebih kurang mcm tu jgk dr kete..sgt takut..time tu dah la sorang2 br blk keje dan amik dia kt umah pengasuh.. manangis2 call husbnd soh blk cpt..spjg mlm dok nangis smpai la hbsnd blk.. terus bwk gi emergency check alhamdulilah ok takde apap2..

tp bila ingt2 blk mcm teruk je kn jd mama yg mcm tak pandai jaga anak..pahadal br je sorang kan? :( rasa mcm teruk sgt..:(

mg anak2 kita sentiasa dilindungiNya selalu amin...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi