"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, July 29, 2010

Anas @ 16 months / 1 tahun 4 bulan

emmmm.... tcak!

*

*

*


Wahai anak kesayangan Ummi, Assalamualaikum... Anas sekarang dah lama sebenarnya tapi lupa update dah pandai main bu-cak ngan orang ea... Pandai anak Ummi nih!


Sayang Anas, hari ni anak Ummi nih dah genap 1 tahun 4 bulan... Dah besar dah die... Dah macam2 ragam die skrg, sampai kepeningan Ummi dibuatnya... Huhu... Sibbaik muka comel ni mencairkan hati Ummi... Anas jadi anak soleh ya!


Faveret mainan Anas skrg. Salah satunya ialah straw...
Yang lain2 suka sangat main purse Achik, kunci, sudu & garfu plastik die, berus gigi die.
mmg pantang nampak, nak pegang je tanak lepas...


Anas mula berdiri sendiri 10/7/2010, masa tu kat SGM yg ke-3 di Alor Setar. Excited Ummi bagitau Kak Hana (PC) yg Anas baru leh berdiri sendiri. Lama jugak dia berdiri tapi kat situ je la. Balik rumah dah tanak berdiri. Mgkin sbb masa tu ramai budak2 lain lagi, so, die sedikit nak show-off (sayang, tak baik tau camtu...)

Tapi sekarang ni dia dah mula rajin berdiri sendiri & dah mula mengatur langkah... Paling banyak 5 langkah la... Takut atau malas mencuba ni...??


Berjalan 2 3 langkah ke arah Abah...


Sesi tayang gigi... Gigi ni la yang dok menggigit Ummi sekarang ni... Hadoi! Mcm nak tumbuh gigi lagi, gigi yg ke-7 sebelah atas, kanan dia...


Bila Anas tgk gambar ni, dia akan sebut, 'baby' dgn gaya dia la tp ada la bunyi 'baby' tu... Tak perasan kot tu sebenarnya gambar dia sendiri...
Sekarang ni kalau nampak baby dlm tv or magazine, dia akan sebut 'baby'...



Macam2ragam die skrg. Bab merajuk yang tak tahan... Bila nak merajuk, kadang2 dia lari jauh dari kita (konon2 bawak hati yang remuk la tu) pergi kat tingkap or pintu tgk je ke luar, org panggil pun wat dek je... Kadang2 dia tekup muka dia kat lantai... Hadoi! Sape ajar ni? dan Abah akan jawab, Ummi la ni kuat merajuk masa pregnant dulu... Iyokan je lah... Huhu...

Sangat rajin memberus gigi ya kawan2... Asal masuk bilik air, nampak berus gigi je, mesti nak gosok gigi... Cepat2 die tunjukkan gigi dia cm gaya kat atas tu, suh Ummi gosokkan. Kadang2 nak wat sendiri...

Dulu Ummi de taruk ubat gigi & dia suka isap & telan. Tapi baru2 ni kawan Ummi de cakap, budak2 bawah 2 tahun, jgn bagi ubat gigi lagi. So, skrg guna berus kosong je la.

Wording pun semakin jelas, kadang2 faham die nak cakap apa, ada la bunyi tapi lidah die mcm bergulung bila nak sebut something tu... Klaka plak dgr nya...
  • "mmii, ambi-lla" (lebih kurang gitu la bunyinye) bila die nak suh kite ambikkan something utk dia...
  • "no...no...no..." sambil goyangkan jari telunjuk dia, ni bila dia tau taleh wat apa2...
  • "ampah" - sampah - kadang2 bunyi
  • dah pandai panggil (designation) kebanyakan orang di sekeliling dia... -atuk-nenda-abah-ummi-bunga-achik-ucu-tok (tok wan & mak tok & pengasuh dia)-
suka baca buku

dah pandai babab orang... oh, no...no...no...

byk words dia tp dh lupa la...

kdg2 suka sembang sorang2 & suka sembang ngn orang dgn bahasa dia, bajet org faham la apa die cakap tuh...

bile nampak sejadah, dia akan sujud. kadang2 meniarap, pastu sembam muka kat sejadah & cium sejadah tu, hehe...

pandai angkat tangan bila baca doa, & aminkan doa.

bila azan, angkat tangan letak kat telinga...

kalau Ummi sebut Allahuakbar, die angkat tangan, tadah baca doa... boleh la tu, haha...

Ummi zikir 'Subhanllah Alhamdulillah Allahuakbar', dia pun ikut tapi dgn cara dia la...

bila nyanyi lagu 'twinkle twinkle little star', die buat la tangan mcm bintang berkelip-kelip tu...

dlm iPod Ummi ada lagu 'row row you boat', dr dulu kalau die dgr je music tu, die akan nyanyi, 'row row row'

Pendek kata Anas skr dah jadi copier yg terbaik - mimik muka, words, gaya orang... semua dia tiru...

banyak Ummi lupa la, nnti dah ingat Ummi upload lg ek...



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

Wednesday, July 28, 2010

Meringankan blog...

Ummi ada terima komen dari 3 orang yang mengatakan blog Ummi agak berat... Yang lain2 malu nak tegur Ummi kot... Hehe...

Ummi tak perasan sgt sbb bila Ummi buka, slalu laju je... Tapi bila dah 3 orang cakap agak lambat nak loading, haruslah Ummi 'kuruskan' blog Ummi ni kan... Senang je nak kuruskan blog, susah la nak kuruskan badan Ummi ni balik, huhu....

So, Ummi dah buang apa2 yang tak patut tu... (sayang tapi haruslah terima hakikat, tanak la org takmo jengah blog ni sbb berat kan... dapat la merasa walaupun sekejap...)

Thanks to Kak Nadiah, Kak Suziey & Achik coz bagitau...

Ummi dah buang apa2 yg rasa memberatkan tu... Kalau still berat, cakap ek... Jangan la malu2... Ummi ok je...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, July 27, 2010

Memancing dan Johan!

Ups! Abah Anas yang memancing dan johan pertandingan memancing tu...

Ceritanya masa family day UiTM Arau kat Tasik Darulaman, 18/7/2010 hr tu... TokWan Anas kan lecturer UiTM Arau. Nak plak Abah & TokWan Anas ni sangat2 gila memancing, haruslah menjoinkan diri dlm pertandingan ini....

Nak dijadikan cerita, ni lah first time Ummi ikut & teman Abah mancing ikan... Sebelum ni Ummi dah pernah ikut Abah mancing udang galah je... Ikan lom pernah lagi la...

Hm, malas nak banyak cerita sbb takut tade org nak baca, hehe... (Ummi busy la...)

~gaya Abah menaikkan ikan lohu~

~ikan lohu yang ke-2~

~anas geli dgn ikan ni~

~tiga ekor sudah~

~senyuman gembira Abah~

~joran bertuah~

~anas kepanasan suda~

~ikan ke-4~

~senyuman TokWan Anas walaupun pancing dia langsung tak mengena~

~hadiah johan memancing~

~Mak Tok Anas tgh makan~

  • Abah berjaya menaikkan 6 ekor ikan lohu, sekor bagi kat orang, 2 ekor bakar, 3 ekor lg lepaskan dalam kolam kat umah....
  • Abah menggunakan mata kail & umpan ex-lecturer Abah tapi org tu dpt 2 ekor ikan je...
  • First time Abah mancing dapat ikan... Tu sebab Ummi ikut skali la tu...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Monday, July 26, 2010

Ummi cuba menerima hakikat...

Kesinambungan dari entry ini dan ini....

Thanks a lot atas semangat yang kawan2 berikan...

Nak tahu cerita petang smlm?

Biasanya Anas lepas Ummi amik dr umah pengasuh dia, dia akan terus mintak nak nenen... Balik umah mesti dia merengek2 nak... Kadang2 dlm keta pun terus mintak... Pastu dia akan minum dan terus tertidur sampai ke Maghrib. Kadang2 lepas Maghrib minum, terus tido sampai ke Subuh...

Tapi apa yang berlaku ptg smlm?

Anas langsung tak mintak. Bila Ummi tanya & sua, dia just tengok je... Pastu dia touch sket, then gelak2 & terus geleng kepala... Dia angkat jari telunjuk dia, goyang2kan & cakap, 'no..no..no...' Aduh, nak tergelak pun ada tapi serious sangat2 sedih... Dia dah pandai say no...

Sungguh Ummi tak sangka secepat ini... Ummi belum bersedia... Sob...Sob...Sob...

Dulu, bila nak tido je, Anas mmg akan cari Ummi. Kadang2 Abah suka ngusik pegang dia kuat2 tak bagi mai kat Ummi, ataupun Abah letak jauh2 dr Ummi. Tapi bila dia nampak Ummi dah baring, cepat2 dia datang & landing sebelah Ummi... Ummi rindu sangat saat tu...

Rindu gaya dan posisi dia yang bermacam2 tu bila menyusu... Oh, tidak... kenapa tetibe sangat semua tu hilang dr Ummi.....

Smlm Ummi tetap mengepam, Ummi tetap bg susu Ummi kat Anas walaupun Anas dah tanak direct feeding... Apapun Ummi bersyukur sbb Ummi masih mampu nyusukan Anas walaupun bukan secara direct... Ummi positif, mungkin Allah nak bagi Ummi rasa macam2 pengalaman masa breastfeeding ni...

Apapun, yang best nya. Anas still nak nyendeng ngan Ummi masa minum dr botol pun. Dia nak Ummi ada sebelah dia, dodoikan dia. Kalau Ummi bangun je, nangis...

Dan Anas masih boleh terima direct feeding walaupun hanya di tengah malam, masa dia dah tido tu... Kan dia tak sedar. So, bila dia merengek nak susu, Ummi suakan ja & dia minum dengan elok ja... Kalau dia sedar, of course dia akan gigit & say 'no'...

Lagi satu kan, dulu kalau dia nak nenen, dia akan sebut, 'nak ek...' sambil tunjuk kat situ or kat dada dia... Tapi skrg dia sebut, 'nak tutu....' hadoi.... anak oh anak...

*** Anas baru boleh berdiri sendiri & dah mula menapak setapak dua... Adakah dia meragam tanak nenen sbb dia nak boleh benda baru? (harapnya begitulah & dia akan kembali direct bf seperti dulu...)


*** Ummi tak boleh nak biasakan diri siapkan susu untuk Anas dalam botol... Ummi nangis je... Harap semua ni akan cepat berakhir...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Miakididdles Giveaway

Salam tahniah buat Kak Alin & anak2 sbb banyak menang contest & giveaway kebelakangan ni. Dan untuk itu, Kak Alin nak berkongsi kegemberiaan dgn semua bloggers dengan mengadakan giveaway ini... Jom sama2 join giveaway kat blog Kak Alin.

Syarat-syaratnya...
  1. Wajib follow blog MIAKIDiDDLES dan MIAKIDiDDLES CONWAY dan add la kami dalam bloglist anda.
  2. Letak badge "Miakididdles Giveaway" ke dalam entry dan side blog anda.
  3. Buat 1 entry bertajuk "Miakididdles Giveaway" dan bagilah pendapat anda bagaimana kami boleh meng"improve"kan lagi blog kami. Pastu sila tinggalkanlink dan id follower di bahagian komen di MIAKIDiDDLES CONWAY
  4. Tagkan kepada 2 teman anda paling mesra... so that kita sama-sama kongsikan "Miakididdles Giveaway" ni
  5. "Miakididdles Giveaway" bermula 14.7.2010 hingga 14.8.2010
  6. Pemenang yang bertuah akan dipilih oleh my lovely doter, Damia
  7. Antara hadiah yang ada adalah Tuceng Oren hasil tangan cik Nurul from Tecik Craft, so sila follow mereka skali yer. Hadiah-hadiah yang lain akan diupload kemudian.

Salam sayang Kak Alin,

Bila Kak Alin suh bagi cadangan bagaimana Kak Alin leh improve kan blog Kak Alin, Shira totally blank, no idea tau kak sbb blog akak dah sangat2 cantik...

Kedua2nya sekali mmg sangat2 cantik.

Dengan header yang comel, gambar katun family akak tu mmg cute sangat, susun atur kemasan kat blog pun perfect sangat.

Memang Shira kena banyak belajar dari akak.

Watermark pun sangat2 cute! Suke tengok!

Warna pun dah sangat2 menarik, I like!

Shira masih baru dalam dunia blog dan Shira suka sangat blog akak, both! Tak sarat, sedap mata memandang, cute, kemas, cantik...

So, pendapat Shira, KEKALKAN! hehe....



Hm, Shira nak tag:
1. ibu_arifa a.k.a Kak Min
2. ummu_asiya a.k.a Faizah


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Sunday, July 25, 2010

Susu oh Susu!


Sambungan dari entry ini

Hm, Anas ni plak, tiap2 kali minum susu tepung (any type of susu tepung la) akan jadi rashes kat blkg penggung dia...

Firstly, masa nursery lama dia bagi Isomil, susu soya, jadi cmtu la. teruk sangat, ada bintik2 kecil mcm nanah, banyak sangat kt belakang tu...

Secondly, masa BS baru ni cuba bagi dia Dumex sbb hari tu susu Ummi terkurang. Pun jadi camtu gak...

Smlm masa Ummi try Anmum & Bio-Lac pun, naik rashes jugak...

Situasi Ummi skrg, susu Ummi dah tak meriah macam dulu. Ada pun hanya cukup2. Bila Anas minum semakin banyak dan susu Ummi makin kurang, Ummi sedih sangat...

Ummi ada cuba supplement, dan Ummi nampak la keberkesanan itu... Tapi baru je rasa kegembiraan kerana susu makin bertambah tu, tetibe ade masalah yang datang bertimpa2 (tanak story ttg masalah itu sbb by the time Anas leh baca entry ni, masalah ni dah takde) sampai hari2 Ummi nangis dan stress sgt2!

Ya, Ummi akui, susu Ummi makin berkurang sbb keadaan emosi Ummi yang tak berapa stabil kebelakangan ini... (Ada tak supplement nak bagi cool? huhu...)

Adakah ini (kekurangan susu) puncanya Anas asyik menggigit je? Tapi Anas gigit sebelum isap lagi, bukan masa sedang menyusu tu... Kadang2 cik B tgh bengkak pun, Anas tetap gigit...

Ummi nyusu dlm keadaan emo? Oh tidak, Ummi sangat2 happy bila nak nyusukan Anas. Ummi put aside segala kesedihan... Dan masa kejadian, masalah Ummi dah selesai...

Satu sebab yang perlu di consider, Ummi mengandung pulak? Ye ke? Kalau betul, mmg Ummi bersyukur sangat2... Tapi Ummi tak pasti lagi...

Anas nak tumbuh gigi kot... Positif to this, harap2nya begitulah...

Yang pasti, Ummi anggap semua ini sebagai cabaran dalam breastfeeding. Semua ibu2 akan mengalami situasi ni kan.... Ummi harap keadaan ni tak berlanjutan dan Ummi akan tetap berusaha nak bagi Anas terima direct feeding dgn Ummi balik...

Hari ni Ummi tetap mengepam walaupun berdarah. Ummi sapu cream, Ummi pam. Bila luka lagi, Ummi stop kejap, sapu cream & continue, Alhamdulillah, dah tak berdarah...

Anas still mau direct feeding walaupun hanya ketika dia mamai...Means, Anas tetap nak nenen...

Langsung tak terlintas di hati Ummi nak stop bf. Ummi dah harungi banyak cabaran selama 16 bulan ni, dan Ummi akan bertekad untuk 8 bulan je lagi...

Ummi harap sangat Anas boleh bf sampai Anas 2 tahun... Ummi yakin dengan Allah!


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Oh, tidak! Kenapa tetibe sangat?!

Wahai anak kesayangan Ummi, Anas... Assalamualaikum sayang.... Kenapa tetibe je sayang? Ummi belum bersedia lagi...

Dah dua hari Anas mcm ni... Ummi nampak Anas ngantuk, Ummi tahu Anas nak nenen... Tapi tiap kali Ummi sua, belum apa2 Anas dah gigit sekuat hati & terus rentap... Mmg Ummi sedikit terjerit, sakit sayang buat mcm tu... Luka tau Anas buat Ummi cmtu... Ummi terjerit bukan sbb Ummi marah kat Anas, tapi Ummi sakit sangat...

Ummi surf internet, cari info kenapa Anas buat mcm tu... Dari

Yuitsumuni *sweetstory*,

dia cakap if anak on off nak direct bf, kenal pasti perubahan pd dia dan kita.

Perubahan pada anak
  • Adakah dia nak tumbuh gigi? (Ummi dah cek gusi2 dia, tp takde plak tanda2 nak tumbuh gigi... huhu...)
  • Ada ulser ke dlm mulut die? (pun tak dak)
  • Anas tak sihat ke? (hm, sbb ni ke? tapi Anas nampak sihat... makan selera ja...)

Perubahan pada Ummi
  • Adakah Ummi tak sihat? (Ummi sihat cuma sedikit stress... affected ke ha?)
  • Adakah Ummi mengandung lagi? (Yang ni Ummi belum dapat pastikan lagi... Kalau ye, Alhamdulillah sangat2)
  • Adakah Ummi menukar sabun mandi / bedak / perfume? (tak de tukar pun...)
  • Adakah puting Ummi luka? (luka pun sbb Anas gigit la...)
Tips yang Ummi dapat untuk atasi masalah ini ialah:
  1. Pujuk dia baik2, katakan "JANGAN!" kpd dia. Jangan menjerit kerana takut dia ingat kita marah... Huhu, Ummi tak marah sayang, Ummi terjerit sbb sakit. Tapi lepas Ummi dpt tahu ttg ini, Ummi dah tak jerit, Ummi ckp pelan2, "Jangan gigit Ummi sayang, Ummi sakit" Tapi entahlah, dia tetap ulang & keep ulang smpai luka kesan gigitan dia tu...
  2. Leraikan gigitan dgn memasukkan jari kelingking, dan keluarkan puting dr mulut dia...
  3. Picit hidung dia, nnti dia akan buka mulut utk bernafas, tapi berhati2, takut dia fobia...
  4. Pesan kat dia selalu, jangan gigit...
Huhu, semua tips ni Ummi dah cuba, tapi tak berhasil. Dia ttp ulang nak gigit sampai dia menangis yang teramat2 sangat... Gaya dia mcm dia marahkan Ummi sebab lepaskan puting dr mulut dia.

So, Ummi mengalah, Ummi cakap, "ok, ok ni Ummi bagi, tapi Anas jangan gigit tau! Ummi sakit sayang," dia diam, pusing cr nenen, masuk je, die terus gigit lagi... cepat2 Ummi lepaskan balik, and dia mengamuk lagi... hadoi!

Last2 Abah cakap, dah susah sangat cmni, bagi botol la, nak wat camna? dia lapar, ngantuk tp taleh nak minum...

Ummi agak tak setuju nak bagi botol. Susu Ummi bukannya takdak, ada, cuma Anas takmau direct, asyik nak gigit je... So, Ummi pam, mlm tu dpt 5oz (read: slalunya 3oz je skali pam) & Ummi terus bagi kat dia. Sangat lahap dia minum... Sian dia dah lapar sangat & dah ngantuk sangat.

Masa Abah tgh tunggu Anas minum tu, Ummi menangis sorang2 membelakangkan Anas. Ummi tak sanggup tgk. Dengar bunyi je pun dah sedih sangat2...

Tetibe, Anas nangis lagi, dia masih lapar... Selalunya skali minum, dia minum 3oz je, ni dh bg 5oz pun, dia nangis lagi... So, Ummi terpaksa amik stok ebm kat fridge, ada 12oz semuanya, mmg cukup2 utk hantar ke umah BS hari Ahad. Ummi amik 3oz,habis jugak Anas minum. Then, dia nangis lagi, Ummi amik plak lagi 2oz. Kali ni dia takmau plak. So, Ummi sua nenen (dlm keadaan takut2 if Anas gigit lagi, ya la, dh luka teruk kena gigit, agak fobia la jugak...) Alhamdulillah, dia mula isap betul2, dah tak gigit...

So, baru Ummi tau, bila dia dah mamai, dah ngantuk sangat baru dia mau isap betul2...

Tu cerita hari Jummat, hari Sabtu lain plak jadinya...

Mcm biasa, bila nak nenen, dia akan gigit. Tapi smlm Ummi mmg terpaksa mengalah awal sbb terlalu pedih luka Anas gigit tu. Bila dia gigit lagi, Ummi terus tarik & tak sua dah (buat sementara je, Insya'Allah)...

Hm, stok ebm tinggal lagi 7oz je, mmg tak cukup utk hantar kat umah BS. Ummi pam tapi sangat terseksa sbb akan mengalir darah sekali... Cuba hand express tapi sungguh Ummi tak mampu, Ummi tak kuat... So, dengan tangisan, Ummi bancuh susu untuk Anas (ada sample dok dapat dr Anmum masa Anas masuk 1 tahun dulu).

Anas minum sampai dia dah lali nak tido, then dia nangis tak cukup, cepat2 Ummi sua, Alhamdulillah, dia minum dengan elok. Kami dua beranak tido sampai 3 jam...

Tapi tu lah, Ummi hanya mampu bf dia bila dia betul2 nak tido. Kalau dia berjaga, mmg tak la... Dia dah tak mintak mcm dulu. Bila tanya pun, dia cuma tgk je.. Kalau baring pun, dia pegang2 sambil 'ghenyih' (senyum gaya nakal), that's it...

Cik B Ummi ni plak, sgt cpt engorge klu lama xkeluarkan. 3 jam tak keluarkan, dh rasa bengkak yg sangat2, sakit sgt... Ptg smlm plak kami keluar berjalan, Ummi tak prepare any botol, pam, etc... Sudahnya Anas mmg tak minum, dan cik B Ummi sangat2 bengkak. Kul 11pm br dpt pam keluarkan susu, hasilnya dpt 7oz sekali pam...

Ptg smlm plak, Ummi dah beli susu Bio-Lac. Sblm Ummi dpt pam mlm td, Ummi dah cuba bagi Anas minum susu tu. Sblm tu, Ummi cuba gak bagi nenen, tapi dia tak nak. Dia cuma gelak2 je tgk, pastu dia pegang botol dia... Sedih sangat!

Lastly, mlm td, for the first time sejak hampir 16 bulan usia Anas, dia tido dgn botol di mulut dia, bukan 'bestfriend' dia! 8oz susu dia minum mlm td sampai tertido... Selama ni dia sangat2 susah nak tido tanpa 'bestfriend' dia... Tetibe je dia berubah angin, Ummi langsung tak prepare utk situasi cmni... Ummi ingat lambat lagi... Sangat TIBA-TIBA Anas dah tanak 'bestfriend' dia...

~sape yang tak sedih tgk anak nyusu botol sampai tertido sdgkan slama hampir 16 bulan dia tak leh tido tanpa Ummi dia~

Ummi: Abah tak sedih ke tgk Anas cmni?

Abah: Kenapa lak tak sedih?

Ummi: Habis tu?

Abah: Nak buat camna, terpaksa sayang, dia lapar, ngantuk sangat2 dah tu, sbb tu dia terus tido...

Ummi: Selama ni dia taleh tido tanpa Ummi, tetibe sangat Abang.. Cmne Sha nak terima?

Abah: Dah sampai masa dia kot sayang. Bukannya dia tak minum susu Ummi dah. Sha tetap pam susu untuk dia kan?

Ummi: Tak sama rasa bila anak isap dari badan dgn bagi anak minum dr botol. Lain sangat... Rasa mcm bonding tu dah terlerai...

Abah: Tak dak lah sayang. Anas tetap sayang Ummi dia...

Ummi: Lain sangat Abang... Sayu je rasa tengok dia minum botol...

To be continued.....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Wednesday, July 21, 2010

Corat Coret Sepanjang Kursus @ Vistana Hotel


Sblm ni Ummi dah cerita apa Anas buat masa Ummi berkursus kan. Kali ni Ummi nak story 5 hari kat Penang last week... Training Ummi start 12hb sampai 15hb, & 16hb tu de exam... So, hari Ahad kita dah pergi Penang, check-in Vistana Hotel pukul 3 pm. Kenapa stay kat Vistana Hotel? Sbbnya course Ummi diadakan di situ dan untuk memudahkan Ummi untuk jenguk2 & bf Anas, Ummi pilih utk stay kat situ ja. Alhamdulillah, Ummi leh guna peruntukan yang diberikan oleh syarikat... Dan expenses yang sebegini is considered as 'tax allowable'...

Rasanya ni kali ke-3 Anas stay kat hotel. 1st kat Cameron Highlands, 2nd kat Langkawi... Anas nampak teruja... Sape pun akan teruja kan... Ummi dulu pun masa kecik2, sangat seronok bila Atuk & Nenda bawak gi jalan2, tido kat hotel, haha...

Dah gaya pun nak stay 5 malam, so Ummi kemas la sket bilik tu bagi selesa. Dalam Ummi do sibuk ngemas tu, Anas pun sibuk ngemas jugak... Ummi dah susun kasut elok2, tengok la apa dia buat ni....

Dia nak cuba pakai kasut Ummi, hehe....

Ummi bawak playpen & sedikit toys dia so that Achik tak la rasa penat sangat ngasuh budak tecik yang sedang ligat & sangat aktif skrg ni...


Ptg 1st day tu, lps Abah habis keja, Abah datang amik kat hotel, then Abah bawak gi makan kat Kg. Telok Tempoyak, Batu Maung. Kat Ikan Bakar Hj Adnan b Hassan (kasi promote sket nih, nnti I mintak komisyen kat Hj, Adnan, hehe). Sblm makan, kami jalan2 kat situ dulu. Air laut tgk surut, ada satu titi kat situ menuju ke tengah laut. Ramai gak orang dok mancing kat situ...

Ni view waktu senja kat tepi pantai tmpt kitorang makan tu. Cantik kan? (Ummi rasa cantik la, tp org yg dh pro guna DSLR mesti cakap, biasa2 je ni, hehe...) Ummi guna lens baru Ateh utk amik gambar this view... Ummi suka gambar ni. Kalau korang perasan, ada sorang budak tgh main sorong papan kat selut tu... Ni wide lens, so, Ummi tak dapat zoom kat budak tu. Ada satu lagi lens utk zooming, tapi malas nak bukak sbb tgh nak makan, hehe...

ni la lens baru Ateh tu. This pict Ummi google kat sini.

Ok, finish cerita 1st day... Ups, Ummi tade la nak story day by day, hehe... Cuma nak share sikit2 je...

Story by picture...

Huhu, cmne ni ke Anas nangis time Ummi gi kelas?

Ni time Ummi dah balik kelas petang tu...
Kat rumah dia slalu je turun panjat katil kat dalam bilik tu. Sekali nak turun dr katil kat hotel ni, tinggi sangat la plak... Haha... Tu yg tergantung sekejap tu. Tapi Ummi tetap suh dia turun sendiri. Alhamdulillah berjaya akhirnya...

Muka lps dah berjaya turun & lepas dapat apa yang dia nak. Suka sangat main lens cover ni...

1 malam tu, Ummi ajak Abah gi Queensbay Mall, ada la nak beli barang sikit2. Ni aksi Anas kat JJ & kat Pizza Hut... Comel tak mulut dia tu?

Hari Khamis tu, trainee di beri pelepasan awal sket coz dah habis course & nak wat persiapan utk exam esoknya tu. Abah pun balik awal, Abah ajak Ummi gi apartment yang Abah stay spjg Ummi berkursus. (Abah stay kat apartment kawan dia. Kan Ummi bawak Achik, so, Abah stay kat tempat lain la) Apartment Gold Coast, dekat2 ngan Queensbay Mall jugak. Cantik sangat view kat situ...


view dari apartment kawan Abah kat tingkat 5 (Abah try HDR tp kurang menjadi lagi)

ni la tujuan sebenar Abah ajak datang sini. Nak ajak Anas mandi swimming pool. Geram sangat Ummi tgk dua beranak ni main air, Ummi pun nak jugak tapi Ummi tak bawak baju spare, huhu...

Tgh2 ralit tgk Abah & Anas main air, Ummi nampak mak penyu datang bawak anak2 dia nak join Anas main air jugak... Cepat2 Ummi snap gambar, takut depa lari... Berjaya jugak akhirnya! Comel sangat tau!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

hihi... jgn marah ea.....

# Course Ummi agak padat, start kul 9.00 pg, habis lepas kul 5.00pm. Banyak sangat tasks spjg course tu, banyak homework yg menyebabkan Ummi taleh enjoy sangat di malam hari...
# Tingin nak jumpa kawan2 bloggers kat Penang tu, namun apakan daya...
# Result exam hari tu akan keluar next week, doakan Ummi ya!





Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Sunday, July 18, 2010

Apa Anas buat bila Ummi berkursus?

Alhamdulillah, tamat sudah kursus Ummi kat Penang. 4 days training and the 5th day tu ada exam... Ummi sekarang dah boleh jadi auditor, audit system dlm ISO 9001:2008. Syarat nak jadi auditor, kena training... So, training sudah, exam pun sudah, result akan keluar in two weeks time... Kalau lulus exam, dpt sijil, so diiktiraf la... So, system kat ofis Ummi pun harus lebih baik la kan... Insya'Allah, Ummi akan vuba buat yang terbaik...

Hm, 5 hari training, kan Ummi bawak Anas sekali, bawak Achik utk tolong jagakan Anas sepanjang Ummi berkursus tu... Ummi tanak cerita lagi ttg course Ummi & ttg aktiviti kitorang kat Penang tu... Ummi nak citekan perihal Anas ni dulu... hehe~~~

Firstly, tgk gambar ni dulu... Ape dah jadi ni? Anas ke Anis? Haha... Ni kes kena buli ngan Achik la ni... Achik cakap, Achik buli balik je sbb Anas buli Achik dulu, haha...

~gambar dr handphone Achik kot ni, sbb tu kecik~

Untuk makluman, ini adalah tudung Ummi yang telah di klasifikasi kan as pakaian kotor ya.. Maknanya, baunye pun dah agak2 Ummi tak lalu nak pakai la, kena basuh la...

Ummi dah asingkan letak kat bahagian baju kotor, tapi Anas ni dok amik la tudung ni heret ke sana ke mari... Bukan tudung je tau, baju t-shirt yg Ummi pakai tido malam2 pun diheretnya jugak... start hari ke-2 sampai la hari ke-4 (last day tu Ummi dah packing siap2) hari ke4 tu pun, Ummi nak simpan dlm almari, so that Anas takleh capai. Tapi Ummi kesian la plak, takut dia cari...

Achik cakap mmg dia asyik heret kedua2 benda tu, bg tudung kat Achik suh pakai then tunjuk2 & pegi kat pintu ajak Achik keluar... Siannya anak Ummi...

Anas jugak tersangat la rajinnya mengemas bilik hotel itu... Hadoi hai....

Anas taknak EBM, mgkin sbb bau Ummi ada kat situ so dia reject EBM...

Waktu siang hanya akan tido sekali je, tu pun masa Ummi rehat lunch, Ummi akan bf dia sampai dia tido... Kalau tak dapat bf dia mmg susah nak tido melainkan ada buaian... Mana la Ummi bawak buaian. Anas cuma tido buai kat umah bs dia ja...

Ummi bawak rice cooker, beras, carrot, kentang & ikan bilis goreng yang tlh di blend. Anas mmg susah sket ngan instant food ni. Dia lg suka home made food. Sblm ni kalau berjalan, Ummi selalu bg instant food je, mmg sgt2 ssh nak makan. So kali ni Ummi prepare everything. Alhamdulillah, sangat berselera dia makan Achik suapkan...

Breakfast kat hotel, mcm2 leh makan. Kdg2 Ummi mintak half boiled egg & omelette utk Anas.
Lunch makan moi yg Achik masak & sometimes turun makan ngan Ummi kat bawah. Mcm2 la leh makan, tp moi Achik ttp menjadi pilihan utama.
Dinner baru makan best sket, Ummi bagi makan lauk banyak2 sket coz siang tak makan lauk sgt kan... Dok Penang, makan ikan bakar, udang, sotong.... Wau!

Ummi bawak jugak playpen dia, so takde la susah sgt Achik nak handle Anas yang mmg sangat2 ligat & aktif skrg nih... Kalau takde playpen tu, jenuh la Achik nak ngejor...

Ada gak gambar2 sepanjang kat Penang. Lps convert RAW ke JPEG, lps edit nnti Ummi story dgn gambar plak ea....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Sunday, July 11, 2010

Kursus 5 hari @ Penang

Ummi akan cuti berblogging buat sementara waktu coz Ummi de kursus 5 hari kat Penang. Kursus ni berkaitan ISO 9001:2008 - Lead Auditor Training Program kat Vistana Hotel, Penang... (12-16 July 2010)

Ummi angkut Anas sekali & Achik tolong jadi BS sekejap... Kami akan stay kat Vistana Hotel jugak utk memudahkan urusan... Program agak pack di siang hari (8.30pg - 7.00mlm) huhu... Malam je kot free sket...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil

Thursday, July 8, 2010

Touch up sket blog bagi cantik...

Salam sayang semua... Nampak tak apa2 yang baru di blog Ummi Anas? Hehe, tetibe merajinkan diri plak menggodek dan berani bermain dgn HTML code ni... Dah lama Ummi nak cuba sebenarnya tapi agak takut tak jadi dan merosakkan je blog ni...

Yg kat atas tu, Ummi taruk favicon gmbr katun Ummi & Abah and bagi tajuk blog bergerak2... Yg ni Ummi belajar kat blog cik Intan Nurul Fateha yg comel lote tu... Thanks ya Intan!

Then, Ummi letakkan status YM Ummi kat sidebar tu, pun belajar dr blog Cik Intan...

Pastu, dok tgk ramai sgt yang hide shoutbox, cam cantik la plak kan. First Ummi tahu ttg hidden shoutbox ni dr blog KakYong. Then Ummi godek2 tutorial kat blog kakyong, terus membawa Ummi ke link maribinablog.blogspot.com dan Ummi guna cara dia utk buat hidden shoutbox. hasilnya mcm dlm gambar di atas & gambar di bawah...

Ummi masukkan jugak 'Like' fb button kat blog ni, sbb Ummi suka click 'Like' button ni kt blog kawan2 Ummi, klu kita tak sempat tinggalkan jejak pun, at least kita let tuan tanah tahu kita ada dtg ke blog diorang kan...


Last but not least, Ummi letakkan numbering page navigation kt bwh blog Ummi ni menggantikan 'older post' & 'newest post' button tu... Ummi prefer numbered navigation ni. Yang ni pun Ummi belajar dr maribinablog.blogspot.com

Hm, ada lagi yang Ummi dok godek2 ni. Tapi sikit2 la nak belajar, bukan org pro pun... Kawan2 yang dah pro, sudi2 la ajarkan ek...

Watermark / signature ni pun terhasil sbb teruja tgk watermark & signature yang sangat cute kat blog Kak Min a.k.a ibuarifa... Godek2 kat photoshop, menjadi jugak akhirnya walaupun amik masa 3 hari gak la siapkan bende ni... Alang2 ada gambar Ummi & Abah yang dikartunkan oleh kawan Abah before kami kawen dulu, Ummi gunakan kat sini... Gambar ni Abah letak kat kad kawen sebelah dia...

nak tgk tak gambar asal Ummi & Abah sblm di kartunkan ni?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


credit to munzir.net, tp jgn cari dia plk tau!


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
for signature -kecil
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi