"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, December 3, 2013

Khas untuk Aliff (draft 10 bulan baru nak kuarkan.. Aigo Ummi...)

Hai, ke laut betul mood nak menulis blog ni. Agaknya sebab ada facebook, blog ku diabaikan. Bila nak insaf nih? Hehe...

Hari tu Ummi de try google nama Anas bin Ahmad Ashraf, pastu keluar banyak sangat gambar Anas. Sebab dulu kan Ummi rajin join contest. Kesian kat Aliff sebab Ummi tak pernah pun hantar gambar Aliff ke mana2 contest. Bila google nama Aliff bin Ahmad Ashraf pun cuma keluar gambar Aliff Aziz & Aliff Satar je... Huhu... Sian anak Ummi nih...

Ni la hero kedua Ummi, Aliff bin Ahmad Ashraf.




Aliff dah nak masuk 21 bulan @ 1 tahun 9 bulan bulan Feb nih. Dan lagi 5 bulan Aliff akan jadi Abang Ngah. Hehe... (Lama tak update blog tetibe de berita baru ek... Tu cite lain kali lah)

Hobi Aliff:
Aliff suka main tolak2 benda. So favorite toys die baby step walker (nak google gambar step walker pun keluar gambar Anas tgh main step walker tu, huhu).
(gambar lama Anas dgn step walker yang Ummi baru beli)

Step walker ni murah je Ummi beli kat Tesco sbb masa tu tak jumpa yang Fisher Price n V-Tech kat kedai, kena beli online je. Tapi tahan lama la jugak untuk anak-anak Ummi guna.
Kadang2 Aliff suka tolak kerusi meja makan, tolak troli yang tepi katil diorang tu. Ape benda yang boleh dia sorong, semuanya dia main tarik n tolak.

Lagi satu Aliff suka main sesuatu yang bertali. Amik ape2 yang bertali gantung kat leher.
Aliff tak berapa layan sangat kartun kat TV & gadgets cam iPad tuh. Kalau kartun yang betul2 dia minat baru dia stay tengok. Dia suka lagu kartun Tayo the Little Bus. "Tayo Tayo, Tayo Tayo" pastu Aliff pun akan goyangkan badan sama, hihi, comel....

His fovorite food & drink:
Aliff ni kalau nak ikutkan, suap ape pun sume die makan. Asam Ummi pun die makan selambe je takde kerut2 muka tanda masam. Tapi yang Ummi perasan dia suka bubur sup ayam Ummi & noodles. Spaghetti, Mee, bihun tu mmg die suka sangat, macam Anas la jugak. Air plak, pun sama ape pun die minum. Abah die suka ribena, dia pun asyik mintak ribena je. Abang Long dia minum milo, dia pun nak milo jugak. Ummi minum air asam, die pun nak jugak.

Aliff kan walaupun dah nak masuk 2 tahun tapi mulut die macam ade ketulan emas. Masih takmau bercakap. Kalau anak2 sebaya dia dah banyak words, tapi Aliff belum ade satu pun word yang jelas keluar dari mulut emas dia tu. Risau, mmg risau. Dah bawak jumpa Paed. Doc suh bagi masa sampai dia 2 tahun. As long as dia faham apa yang kita cakap, dia boleh terima n ikut arahan, means die takde masalah pendengaran or yg lain2. Cuma mungkin belum sampai masa dia nak bercakap. Kalau nak compare dgn Anas, Anas mmg masa usia Aliff ni dah petah sangat. Tapi Ummi & Abah taknak compare sbb Aliff pun boleh berjalan lebih awal dari Anas. Anas mula berjalan pun lambat jugak.

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

Cerita setahun punya... Hahahaha...

Aduhai... Last update bulan October 2012... Sudah setahun dua bulan berlalu... Lepas last update dulu ramai dok complaint blog ni ada malware. Terus frust nak update blog lagi... Dan skrg selepas malware dah takde rasa macam nak update cerita baru. Tapi kadang2 malas la plak sbb kebanyakan kwn2 bloggers ada dlm frenlist di fb... Tapi bila fikirkan balik ni boleh jadi kenangan buat anak2 rasa macam nak menulis balik... Mungkin dah kehilangan kegemilangan saat ramai dok baca blog ni dulu2... Tapi anak2 boleh baca di kemudian hari Insya'Allah...

Apa dah jadi pada AshA's Family selepas setahun ni ya?

Huwahahahaha... Ummi Anas Aliff skrg sudah jadi Ummi 3As... Ummi Anas Aliff Afiq... 3 HEROES... Semuanya boy!

Sebenarnya Ummi dapat tahu Ummi pregnant adik Afiq masa raya haji 2012. Kira2 2 ke 3 minggu lepas last update kat blog ni... Hehe...

Alhamdulillah, perjalanan pregnant dan melahirkan Afiq byk dipermudahkan.. Tak alah teruk macam masa pregnantkan Anas n Aliff dulu... Nak bersalin pun mudah sangat. Masuk labor room sejam lebih je compared to Anas n Aliff tunggu lebih 6 jam di labor room...

Sekarang adik afiq dah 5 bulan lebih... Afiq lahir 21.6.2013, awal 12 hari dari due date yg sepatutnya 3 july 2013... Merasa la Ummi berpantang dalam bulan puasa dan tinggal puasa selama sebulan... Masa 1 Syawal adik Afiq dah 49 hari.. Merasa la jugak tak dapat makan apa2 sangat masa raya.. Banyak benda yang pantang lagi masa tu... Baju raya tahun ni for both raya puasa n raya haji cuma pakai baju lama2 je...

Yang penting di usia Afiq 5 bulan ++ ni Ummi dah habiskan ganti puasa sebulan tu... Ummi habis ganti sebelum raya haji... Alhamdulillah...

Oh ya perjalanan never stop bf Ummi masih bersambung dan masih belum berhenti... Kali ni merasa tandem nursing sbb Aliff xmo wean off... Betul2 berhenti menyusu di usia Aliff 2 tahun 3 bulan... Semoga Ummi dapat continue bf adik Afiq sampai 2 tahun...

Fakta menarik ttg anak2 Ummi:
  • Anas lahir 4 hari awal dr due date yg doc bagi...
  • Aliff lahir awal 8 hari dr due date yg doc bagi...
  • Afiq lahir awal 12 hari dr due date yg doc bagi...
  • Beza umur Anas & Aliff 2 tahun 1 bulan 12 hari...
  • Beza umur Aliff & Afiq 2 tahun 1 bulan 10 hari...
Perkenalkan my 3rd baby hero, Afiq bin Ahmad Ashraf...



Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas, Aliff & Afiq
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi