"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Saturday, October 31, 2009

Survey

UPDATE 25.10.2009
~NAK JADIKAN STICKY MODE SAMPAI BERPUAS HATI DGN RESULT SURVEY NI~
BOLEH TAK KALIANS TOLONG.......


Assalamualaikum semua... Maaf la lama tak update... Thanks sbb korang kerap masuk sini... Tak sempat la nak update... Lagipun, malas nak update bila takde gambar... Gambar tu ade sbnrnya tp tak sempat nak copy gambar masuk PC. Pulak tu skrg ni dh masuk 4 mlm tak tido kat umah sendiri... Dan kami tak akan berada di rumah sampai minggu depan... Nak wat camne, Abah Anas sibuk keje dan tlibat dlm program rekreasi Haluan kat Segamat, Johor weekend ni...

Apapun, Shira nak wat survey ttg TELEKUNG. Kotak survey ada kat sebelah kanan ni, harap sgt kalians tolong Shira... Sbbnya, jeng3.... Ada projek sket dgn my MIL.... So, nak survey dulu la... Tolong ek...

Insya'Allah skrg dah ada laptop, boleh bawak balik rumah, so, bleh la kot update dr rumah Ummi nnti. Cuma tatau la ada gambar ke tak. Sbbnya banyak sangat gambar & video Anas yg nak dikongsikan kat sini.... Anas dah nak masuk 7 bln tp Ummi Anas tak cite lagi milestone Anas utk 6 bln... Byk sangat2 tau!

Thursday, October 29, 2009

7 bulan bersama Anas... Pt.1

Assalamualaikum putera Ummi sayang... Anas baru je tido lepas Ummi nyusukan Anas td... So, dapat la Ummi update sikit ttg Anas yang dah pun genap 7 bulan hari ni... Ummi bersyukur sangat atas anugerah Allah hadiahkan Anas menjadi pelengkap perkahwinan Ummi dan Abah... Sesungguhnya Ummi bahagia sangat melihat Anas membesar depan Ummi... Ummi gembira dengan keletah Anas yang skrg ni dah pandai macam2... Ummi tenang melihat Anas yang sentiasa riang dan ceria, sihat dan aktif, bijak dan menghiburkan Ummi dan Abah di kala kami keletihan dengan kerja di ofis yang semakin mencabar tika ini... Setiap hari kerja, tepat jam 5.30pm, Ummi dah excited nak balik sbb dah tak sabar nak jumpa anak Ummi comel nih... Anas pun excited je nampak Ummi datang amik Anas kat nursery kan...

Hari ni genap 7 bulan Anas hadir dalam hidup Ummi dan Abah... Cepat je masa berlalu kan... Rasa macam baru je mengusung perut boyot Ummi ni, bawak Anas dalam kandungan... Rasa macam baru je melahirkan Anas, masih terasa suasana di labor room tu... Masih terasa lagi sakitnya nak bersalin dulu... Masih ingat lagi suasana berpantang. Ummi ingat lagi masa yang hampir2 nak bersalin dulu, Ummi selalu cakap kat Abah, "Tak sabar nak tunggu baby, nak peluk dia hari2, nak cium dia hari2, nak dia menyusu badan penuh, nak tido dengan dia...." Alhamdulillah, dah tujuh bulan Ummi peluk Anas hari2, Ummi cium Anas hari2, Ummi tido dengan Anas hari2 dan Ummi bersyukur sangat kerana Allah murahkan rezeki untuk Anas terus minum susu Ummi sehingga hari ini without campur FM. Terima kasih Ya Allah atas rezeki-Mu untuk anak hamba...

Hm, apa perkembangan Anas setakat 7 bulan ni ek? Last month, Ummi tak sempat nak update milestone Anas utk 6 bulan... So, ni dikira mcm combine la...
  • Anas suka sangat gelak mengekek, pantang di acah, seronok tgk dan dengar Anas ketawa.
  • Anas mmg murah dengan senyuman. Bangun pagi je terus senyum kat Ummi & Abah. Alhamdulillah, Anas tak nangis pun bila bangun tido, terus senyum before tenyeh mata sendiri.
  • Anas dah kenal Ummi & Abah. Tapi Anas mahu je dgn semua orang. Cuma kadang2 bila mood tak ok, Anas meragam sikit bila orang yang Anas tak kenal pegang Anas. Tapi, most of the time, Anas mau je ngan semua orang. Kalau Ummi bawak gi memane, mmg ramai yang nak pegang Anas. Gi kenduri ke, shopping ke. Kadang2 gi kenduri, ada achik2 yang nak tolong pegang Anas, so, Ummi leh makan dgn selesa. As long as Anas ada depan mata Ummi, it's ok... Jangan bawak Anas jauh2 sudah. Kadang2 gi shopping pun, Ummi leh memilih dgn selesa sbb kakak2 salesgirl nak tolong pegang Anas... Tapi Ummi perhati jugak, orang tu bersih dan sihat walafiat. Ye la, takut skrg ni mcm2 penyakit...
  • Anas plak suka sangat menegur orang, mau nya orang tak geram nak pegang2 dia tu...
  • Pehtu Anas dah pandai hulur tangan bila Ummi & Abah nak amik. Dengan orang lain, kurang lagi... Then, pandai plak nk suruh orang angkat... Skrg guna bahasa isyarat la, samada jerit2 atau lonjak kaki, tendang2 ke bawah...
  • Hm, Anas baru boleh melunjur. Agak lambat sikit sbb Anas dah boleh meniarap since 3 bulan setengah. Tapi kawan Anas, Aufa pun mcm tu gak. Dah la beza berapa hari je, sama2 leh meniarap & sama2 boleh melunjur. So, skrg kat nursery, Anas & Aufa ni selalu bergandingan la melunjur sama2, and selalu berebut mainan jugak...
  • Dah nak jadi mop anak Ummi bushuk ni... Asal gerak sikit, berenti pekup mulut kat lantai dulu, then gerak lagi... Hehe... Tapi sekarang ni dah gerak laju sangat, tade perhentian lagi dah...
  • Dah pandai buat macam2 bunyi, pandai main tutup2 mulut dgn tangan untuk mengeluarkan bunyi-bunyian.
  • Pehtu, dah pandai geleng2 kepala, tambah2 bila dgr muzik & bila nampak 'Bunga - Mak Ngah Anas @ Ibu Ngah, singkatkan jadi Bunga... Haha
  • Bila Anas geram on something or seronok sangat, Anas akan senyum sampai telinga sambil pejam mata... Comel sangat Anas buat macam tu...
  • Suka nyembur2 air liur tu, pastu dah pandai sembang2 sendiri...
  • Dah nak tumbuh gigi agaknya Anas nih, sebabnya Anas dah sangat pandai menggigit (sakit tau gigit Ummi), suka ketap gusi, suka gigit benda2 keras, suka jelir lidah. Orang cakap, cmni Anas dah gatal gusi, nak tumbuh gigi la tu... Ha'ah, ada dah nampak mcm gigi nak tumbuh...
  • Bab makan plak, no.1 ok... Anas dah start solid food ms 5mth ++. Sekarang ni Anas sangat2 suka mamam, banyak makan, and nak makan jugak2 apa yang Ummi & Abah makan. Kalau sambil makan pangku Anas kan, Anas tengok je Ummi & Abah suap masuk mulut kami sendiri. Then, Anas dah pandai tarik tangan Ummi bila Ummi pegang makanan, nak amik dari Ummi la tu... Tahu je yang Ummi pegang tu food ek...
  • Makan time kan, Anas pandai muncungkan mulut nak mamam. Kadang2 sudu tu tak sempat masuk mulut lagi, mulut tu dah muncung nak mamam... Hehe, comel sangat...
  • Yang terkejutnya, Anas pandai isap air guna straw... Tapi Anas sendiri yang terkejut bila air tu masuk, hehe...
  • Pastu kan, Anas pandai dah pilih mainan yang Anas nak main. Bila Anas tengah excited pegang something, kalau orang amik dari tangan Anas, Anas akan nangis, marah la tu... Pulak tu, pandai pilih antara mainan dan handphone Ummi ek... Masa raya hari tu, orang akan bagi duit raya kat tangan Anas sbb Anas dah pandai amik... Hm, lunyai la sampul tu dalam mulut Anas... Bila Ummi amik, Anas terus nangis marah, Ummi ganti dgn benda lain tanak, nak sampul duit raya tu jugak... Haiyyoo...
  • Suka melompat, sampai Ummi dah penat nak pegang Anas tau... Dah berat la sayang...
  • Hero Ummi ni dah tak kisah mandi air paip, dah suka main air...
  • Dah semakin susah nak pakaikan pampers Anas sbb badan tu dah mengeliat-liut nak pusing...
  • Suka jerit2 and dah pandai bebal, hehe... Ada sekali tu Ummi pergi kat Anas lps lunch hour sbb Ummi busy sangat, Ummi tak masuk dlm, just jenguk Anas dr luar je. Anas excited tgk Ummi dtg. Tapi disebabkan Ummi tak masuk & nak terus balik, nangis la Anas... Sian plak masa tu. Rasa bersalah plak pergi jenguk Anas je, tak masuk...
  • Anas suka belek2 muka orang...
  • Dah alert nama sendiri. Bila orang panggil nama Anas, dah pandai pusing cari orang yang panggil tu..
  • Bila dengar suara Ummi & Abah je, cepat2 kalih, samada senyum or merengek suh amik dia... Bijak, bijak!
  • Rambut pun dah banyak tapi kulit Anas ni sensitif la... Kena gigit nyamuk je, mesti lambat baik & jadi macam kudis, bernanah... Risau Ummi...
  • Anas ni kalau tengok muka sendiri dalam cermin, excited, jerit2 & nyembang dgn reflection Anas tu... Bawak lari dari cermin, automatic terus diam... Hehehe...
  • Bab BF, Anas masih dan Insya'Allah akn terus mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Mudah2an, susu Ummi masih banyak untuk Anas sampai Anas 2 tahun, Ameen....
  • Macam Ummi pernah cite dulu, Anas susah nak minum susu kat nursery. Tapi dulu langsung tak minum sampai asyik kena buang je EBM Ummi tu... Sejak Ummi guna botol Tommee Tippee - Closer to Nature, Alhamdulillah, Anas dah mula minum tapi still tak banyak... Boleh di katakan, Ummi cuma bekalkan 8-10oz je untuk bekalan Anas kat nursery sekarang... Masa Anas 2 bulan pun Ummi bekalkan 12oz tau, habis! Tapi sekarang Anas dah start solid food, takde la Ummi risau sangat.
  • Kat rumah, dengan Ummi, mmg sentiasa nak minum ler....
  • Ummi sediakan sendiri bubur untuk Anas walaupun nursery ada sediakan jugak. Ummi tak letak garam lagi. Ummi bagi Anas rasa sikit, pelbagaikan masakan untuk Anas rasa.
Hm, ada lagi ke yang tertinggal ek? Banyak dah ni... Yang penting Anas tetap menceriakan hidup Ummi dan Abah... Kan sayang kan...

P/S: Video dan gambar2 berkaitan entry ini akan di upload kemudian di entry part 2... Tak sempat nak wat watermark lg & dah ngantuk la, esok keje... Huhu, blh claim OT 2x ganda...

P/S2: Esok Sua Rasa TV9 kat Stadium Darul Aman, mesti bingit sampai ke ofis Ummi nih...

P/S3: Watermark kat picture boleh, cmne plak watermark kat video clip ek? :-p


Ummi & Abah sayang Anas

Settled!

Allhamdulillah, Ummi dah buat watermark kat picas Anas... Takut jugak kan jadi mcm kes curi gambar anak orang lain buat masuk contest tu... Tak baik tau buat camtu, jenayah siber ni... So, skrg no more 'disable right click' tu... Sblm2 ni ada gak Ummi buat watermark... Tapi tu pun kalau tgh rajin meng'edit'... hehe.... Insya'Allah, lepas ni Ummi akan buat watermark kat setiap picas yg nak upload ke sini... Kat facebook pun sama kan... Disebabkan ketidak rajinan Ummi ni, Ummi apply cara Kak Yatie Chomeyl ni... Thanks Kak Yatie Chomeyl... Senang, mudah, easy... Hehe...

PEACE, NO WAR!
Ummi & Abah sayang Anas

Wednesday, October 28, 2009

Disable Right Click

Atas nasihat seorang teman blogging juga junior MATRI dulu, Ummi dah men'disable'kan access utk right click... Asalnya Atiqah cdgkan Ummi buat watermark kat gambar2 dlm blog ni sbb takut orang copy & paste gambar2 dlm ni... Bagus cadangan dia, dan betul apa yang dia ckp tu... Tp Ummi de teringat Cik Intan Nurul Fateha kite ni ada wat tutorial kat blog dia... So, search punya search, Ummi jumpa tutorial untuk men'disable'kan right click ni utk prevent orang copy & paste gambar2 dalam ni.... Then, godek punya godek, Ummi dah berjaya 'mematahkan' right click itu... Thanks Cik Intan n thanks to Atiqah... \(o,O)/

Kalau sape2 yang nak buat disable right click, boleh amik code kat sini.

Rasanya, Ummi tak lama kot nak pakai mode ni coz banyak contest nak join ni... Hehe... Sementara je sblm nak siapkan watermark, Ummi nak edit balik sume gambar dlm blog, nak taruk watermark...

Alamak, contest senyuman ni cmne ek? Baru je join ni, krg SMILEYKIDZ dtg terjah, taleh copy gambar plak kan... Haiyoo, kena cepat nih!

Ummi & Abah sayang Anas

Tuesday, October 27, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.


Dua tiga menjak ni bila blog walking & blog hoping je mesti akan ternampak ttg contest ni... Disebabkan Anas sangat la suka senyum hatta dalam tido sekali pun, so, keterujaan Ummi memuncak untuk join contest ni... Ummi leh upload banyak2 gambar tapi hanya SATU gambar terbaik je yang akan dinilai untuk memenangi dan merebut hadiah yang sangat2 best... Hadiah apa tu ek?

Pemenang Utama x 1 org:
~Outdoor photography for 1 hour~
(unlimited shots)
~1 sticky album with the best 20 photos~

Pemenang sampingan x 2 org:
~Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50.00~

Contest ni dari 15.10.2009 - 31.10.2009 for si comel yang baru lahir sampai la yg berusia 4 thn. So, Anas layak coz Anas berusia 7 bulan pada tarikh tutup contest ni.
Contest will be closed at 31.10.2009, 11.59pm. So, better hurry!

Pic 1: Senyuman ceria Anas
Syarat2 untuk contest ni pun Ummi dah patuhi, hope Anas qualified for this contest... Ummi dah jadi follower (lps ni leh la blajar amik gambar cantik2, apa guna beli EOS 500D kan) and Ummi dah add SMILEYKIDZ PHOTOGRAPHY kat Photography Link kat blog ni (ada kat column paling kanan, atas sekali). Banner pun dah siap diletakkan, kat entry ni pun ada sekali...

Pic 2: Anas senyum dalam tido

Pic 3: Senyuman manis Anas masa photography session kat studio

Pic 4: Senyuman di pagi Syawal

Pic 5: Ni paling mahal, senyum lebar sampai kenyit mata... Kepakaran baru Anas skrg bila geram on something....

That's all untuk contest kali ni... Semoga senyuman Anas memikat SMILEYKIDZ. Dan semoga senyuman Anas sentiasa menyinari hidup Ummi dan Abah dan akan memberi keceriaan selamanya... Senyum itu sedekah tapi jangan guna kan kemanisan senyuman tu utk kemaksiatan... Senyum sokma, bak kata Mak Njang An... Haha... Ummi bersyukur sbb Anas sangat suka senyum, tak macam Ummi yang tak pandai senyum... (T_T)

Ummi & Abah sayang Anas

Monday, October 26, 2009

Cerita hari ini...

Anas sayang... Dah lama Ummi tak update blog kan... And dah lama Ummi tak update cite ttg Anas kan... Hm, Ummi nak update milestone Anas yang dah tertangguh tu... Tapi takpe lah, reasanya Ummi boleh combine sekali nanti cite perkembangan Anas untuk 6 dan 7 bulan... Hari ni bagi laluan untuk Ummi update kisah hari ni ek... Dah banyak cite lapuk (nak cite ke tak ek?)

Hari ni pagi2 lagi Ummi & Abah kena gi USM Nibong Tebal utk site visit... Aunty Shal ikut sekali... USM Kampus Kejureteraan nak buat projek mega yang Insya'Allah bila siap nanti akan jadi the first project in Malaysia yang menggunakan Passive Design Approach... Kiranya kalau ABSB dapat projek ni, boleh tumpang berbangga la... Huhu...

Hm, ni kali kedua Ummi gi site visit. Kebanyakan site visit, wakil boleh pergi tapi kali ni pengarah kena pergi sendiri... Agaknya bukan calang2 projek kot sbb tu bukan senang2 nak hantar wakil je utk dengar taklimat... So, disebabkan Atuk takde, Ummi kena la pergi jugak... Yang sedihnya, Ummi terpaksa skip pergi breastfeed Anas lunch tadi sbb site visit tu kat Nibong Tebal, start kul 10am then Ummi kena gi Kulim, tinjau projek SIRIM. Bukan stkt skip BF Anas, ummi terpaksa skip ngepam jugak... (nyesal tak bawak manual pump skali, tak teringat langsung)... Akibatnya, Ummi bengkak susu tadi... Sakit... Sampai nangis2 dah, sibbaik Abah ada sekali...

Tapi kan, best sangat gi site visit tadi... Macam2 yang Ummi dapat... Sebelum ni, Ummi ni nama je pengarah urusan construction company tapi Ummi tatau sangat pasal construction ni... Ummi just dok ofis, manage akaun... Tapi Ummi tahu, Ummi sedar dan Ummi nampak kepentingan Ummi perlu belajar selok belok construction sbb takde la malu sgt kalau orang call tanya Ummi itu ini, Ummi tatau apa2... Kuang3... So, site visit tadi lagi menjelaskan kepentingan Ummi untuk ambil tahu... So, boss, lepas ni, ada site visit lagi, hantar la saya pergi ek... Hehe...

Ni la rupe site nye... Ekceli USM nak buat Pusat Penyelidikan Bersepadu... Area dia sangatlah luasnya... Nak buat 6 blok (makmal utk setiap pusat pengajian). Then diorang nak buat bangunan atas tasik... Kalau tgk design arkitek td, tersangatlah cantiknya... Kalau betul2 jadi as drawing tu, mesti bangga la USM... Gambar ni menunujukkan tgh buat Earthwork, diorang tgh korek kolam utk buat tasik. Lepas setel earthwork ni baru award utk building construction...

Lepas habis taklimat & site visit kat USM, kami pun mencacak gi Kulim, nak gi site SIRIM plak... Sebelum tu singgah la lunch kejap dlm kawasan Kulim Hi-Tech jugak... Upenya Abah bawak kami lunch kedai bapak saudara Aunty Una... Sedap, makan ofis bayar, Ummi makan banyak... Kuang3... Tapi mcm biasa la, lauk Ummi mesti la lauk yang blh mbantu meningkatkan production susu untuk Anas, kan...kan...kan...

Ni lauk Ummi, Ikan Keli, Pegaga, Ulam, Sawi, Papadom

Ni plak pinggan Aunty Shal... Pun banyak gak kan...

Sekali tgk pinggan Abah daaa.... Sikitnya Abah makan... Mati2 Ummi ingat Abah diet... Tapi kan, upe2nye Abah dah makan masa Ummi & Aunty Shal dengar taklimat tadi... Kuang3...

Lepas makan, gi kedai hardware plak, nak kena uruskan credit facilities untuk site amik building material... Ye la, ofis kat Alor Setar, susah la orang2 kat site nak beli barang cash kan kat Kulim yang 1 jam setengah jauhnya dari ofis... So, jumpa dgn clerk dia coz boss diorang tade... Hm, tak setel keje gak... So, Ummi tinggalkan business card je la...

Then, baru gi site SIRIM, first time Ummi sampai sini... Amik gambar material on site, and amik gambar managing director nya sekali yang baru first time sampai... Haha...

Safety first ok...

With Aunty Shal...

Abah, where's your helmet?

P/S1: Huhu, seram sejuk tau dok kat site ni... Tak payah cite la... Dah dekat kul 12 mlm ni... Hehe...

P/S2: Sebenarnya Ummi berkira2 nak guna balik blog lama Ummi untuk stori mori ttg kisah Ummi dan keje Ummi. Tapi blog lama tu tak best la... So, kira halal la stori mori kat sini gak ek Anas...

P/S3: Ummi tinggalkan 3 botol susu bersamaan 12oz untuk Anas tadi + 3 senduk bubur yang Ummi masak sendiri. Tapi Anas makan sikit je & minum 6oz je! Dah la Ummi tak pergi lunch tadi, Anas tak lapar ke? Or majuk ngan Ummi tak datang tengahari tadi.... Sori ya sayang, Ummi keje... Ummi berat hati sangat nak tinggal Anas tadi tapi Ummi have to... Maafkan Ummi ya sayang...

P/S4: Anas is going to his 7th month this Thursday, Rabu ni check-up and macam2 yang Anas dah boleh buat... Excited sangat dan hidup Ummi Abah bertambah2 ceria...

P/S5: Ummi akan lebih banyak di rumah Wan kat Bukit Indah coz tak lama lagi Abah akan kerap tido kat Kulim. Dalam seminggu mungkin Abah akan balik 2/3 hari.. So, better Ummi kat sini sbb Ummi pun sendiri, Wan pun sunyi...

Ummi & Abah sayang Anas

Sunday, October 25, 2009

Erika genap 4 tahun 23.10.2009

Jika Erika masih ada, dia genap 4 tahun dah hari Jumaat lepas. Hari Jumaat tu Ibu buat kenduri sket n sedekahkan kat rumah anak yatim... Ummi tahu tak patut Ummi cakap 'kalau/jika/if' sbb semuanya Allah dah tentukan... Perkataan tu bermakna kita tak redha dgn ketentuan Allah... Ummi redha Erika pergi sebelum sempat Ummi jumpa dgn dia... Tapi 'kalau' dia masih ada, mesti celoteh dia menghiburkan... Cukuplah sekali 'kalau' je... Takut jadi tak redha plak...

Ummi tak pernah jumpa & tak pernah kenal adik Ummi, Nur Ilia Erika binti Uzir ni... Ummi tak pernah tahu kewujudan dia sebelum ni... Ummi cuma tahu seminggu sebelum dia pergi meninggalkan kita semua... Tak sempat Ummi nak dengar celoteh Erika yang becok tu... Tak sempat nak bergurau senda dgn dia... Tak sempat dia kenal kakak dia... Tak sempat Ummi nak sikat rambut dia, tocangkan rambut dia yang kerinting tu... Tak sempat Ummi nak beli baju kurung untuk dia... Tak sempat dukung/pimpin dia, nak berjalan2 dgn Erika...

Sesungguhnya Ummi redha sbb Ummi tahu ada hikmah Allah amik dia semuda itu... Erika lahir dalam bulan Ramadhan, kembali dia kpd Allah pun dlm bulan Ramadhan... Maha Besar Allah!

Selepas Erika meninggal, Ummi hanya berkenalan dgn gambar2 Erika... Banyak gambar dia sbb dia mmg suka bergambar... Tapi yang ada dlm simpanan Ummi, satu ni je lah. Tu pun Ibu hantar MMS... Comel kan Erika... Erika, Along sayang Erika... Kita jumpa kat syurga ya dik... Ameen...

Wednesday, October 21, 2009

Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest..





Kak Ila, sepatutnya ni entry utk contest Kak Ila tu... Dah lama dah peram ni... Shira sgt2 tak sempat nak karang panjang2 sbgai syarat contest ni... Minta maaf sangat2... So, Shira terpaksa, tak menjoinkan diri walaupun hakikat2 nya sangat2 teringin nak join... Kalau Kak Ila tak minta syarat byk2, sure join punya lah...

Anyway, gambar ni saja nak tayang jugak kat blog utk tatapan sume... Gambar atas, gambar 2nd raya, Anas kat umah Tok Nyang sebelah Mak Tok nya di Kubang Rotan... Anas skrg dah pandai tunduk nak capai something dan sangat pantang nampak makanan... Mentang2 la dah pandai makan anak Ummi ni... Hehe... Anas kuat makan tau, seronok sangat tgk dia mamam...

Gambar bawah plak, gambar PakSu Ikmal Anas masa 1st raya kat Anak Bukit... Dia kepedasan makan laksa... Hehe... (bukannya pedas pun sebenarnya tu tp sbb sume dok ckp pedas kt dia, dia pun buat muka pedas la... sempat la snap pict ni...)

Hm, tu saja kot... Takleh nak berceloteh panjang coz Ummi Anas terlalu busy... Uwaaaaa....


Ummi & Abah sayang Anas

Thursday, October 15, 2009

Period ke?

Hm, cmne nak mule ek? Sy keliru sket la... Sy tahu ada sesetengah ibu menyusu lmbt dtg period lps bersalin kan... ada yg terus datang je... Sy plak Anas dah 6 bulan, mmg tak pernah dtg bulan lg la sbb sy mmg fully BF, Alhamdulillah... Then baru2 ni rasa sakit sangat2 kat perut sampai tak leh bangun... So, panggil la bidan, nak mengurut lah... Bidan tu cakap, sakit nak dtg period kot... Ckp kt kawan pun, dia ckp cmtu gak... 2 hari sakit, smlm mcm betul la kot, sy period la kot... Mlm td sakit sgt cm senggugut tu, ssh nk tido... Tp pg ni mcm takde pape la plak... Tp senggugut tu still rasa la, sakit sangat... Sebelum peknen mmg de senggugut pun..

Yg dok pening ni coz smlm ada, hr ni tade plak... Cmne nk buat ek? Sy period ke tak? So, nak mintak pendapat sume mommies yg dh ada pengalaman la... Both Ummi n Mak sy trus period lps kering nifas... Sy je yg tak dtg period lg sejak kering nifas... Nifas sy juga agak lama, 52 hr, tak mcm Ummi n mak mertua sy... Ummi sy sebulan kot n mak mertua sy pun dlm seminggu dua je... Tolong bagi pendapat ek...

Wednesday, October 14, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway

Masa untuk join Giveaway la plak, yang dianjurkan oleh MamaTisya... Dibuka sampai 14 October 2009 sehingga tepat jam 5.00 ptg... (Ummi Anas mmg suka buat entry last minute... hehe...) Jom la join sementara masih sempat nih... Harap2 ada tuah utk Anas...


syarat-syarat sgt senang & mudah :
  • Terbuka kepada smua blogger
  • Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smpai 14 oktober 2009
  • MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  • Add banner di atas di sidebar blog anda
  • Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  • Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  • Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  • hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  • Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  • Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

Ummi & Abah sayang Anas

Sunday, October 11, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest


Huhu, dah lama Ummi bercuti dr contest... Dah agak lama jugak blog ni tak di updatekan... Sbbnya Ummi amik MC jap utk update blog... Hehe... Sebenarnya Ummi amik masa ziarah sume blog kawan2 Ummi yang dah terlalu lama Ummi tak jengah & beramah tamah... Ada yang sempat Ummi tinggalkan jejak, ada yang masih blom sempat... Insya'Allah Ummi akan kembali aktif cuma kena kurangkan aktiviti ni sket coz Ummi sangat2 sibuk kat ofis...

Lama dah kan Ummi senyap seketika sbb melayan perasaan, so kena la berjalan2 ke blog kawan2 Ummi plak... Sebenarnya Ummi sangat2 menghargai kawan2 blog Ummi yang prihatin, tak putus bagi semangat dan kekuatan utk Ummi & berdoa utk kesejahteraan keluarga kita... Terima kasih sangat2 kat kalians sume... Buat silent reader (baru ku tahu blog ini ramai beno silent reader nye... Hihi, malu la plak...) terima kasih sbb setia mengikiuti perkembangan Anas...

Hm, nak ceriakan balik blog ni ngan contest lah... Boleh kan... Contest yang Ummi nak join ni tajuknya 'Si Comel Berbaju Raya Contest' yang dianjurkan oleh BabyIbu, of course sempena Syawal ni kan... Ummi sangat2 excited nak join contest ni coz ni la first time Ummi beraya ngan Anas, dan yang menarinya Ummi jahit sendiri baju melayu untuk Anas... Warna merah makngah plak tu tema raya tahun ni, Anas sangat2 menyerlah dlm baju itu... Siap lengkap dgn songkok lagi, saiz 17... Cuma sampin je yg takde, coz tade saiz la... tak reti la nk jahit... haha...
Gambar untuk contest ini:
Nama Si Comel Berbaju Raya: Anas bin Ahmad Ashraf
Umur Si Comel Berbaju Raya: 5bln++ (ketika gambar diambil on 20.09.2009)

Dan Ummi teringin jugak nak men'join'kan adik kecil Ummi ni sekali, Si comel Ikmal... Kalians yg dah baca entry Ummi yang ber'part'2 tu mesti tahu kan........ Ni la first time beraya dgn adik Ikmal, tak sempat langsung jumpa dan beraya dgn adik Erika... (Sedih sangat, rindu sangat kat Erika....) Ok, ni gambar adik Ikmal ek...

Nama Si Comel Berbaju Raya: Muhammad Ikmal Harris bin Uzir
Umur Si Comel Berbaju Raya: 1thn++

Ok, setel bab gambar... So, apa lagi kengkawan sume, jom la pakat ramai2 meramaikan lagi penyertaan contest ini (adoi, pening la juri nak memilih, nak buat undian)... So, jom kita intai info ttg contest ni....
Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda (done)
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini (done)
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda (done)
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) (done)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya (done)
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) (done)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Klik sini untuk Q &A
Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen..so mehla ramai-ramai sertai..

P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita.. Gin&Jacqie, eoeOnline, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko
Mudah2an ada rezeki buat Anas... Thanks to BabyIbu kerana menganjurkan contest yang sangat2 menarik ni... Geram nengok budak kecik pakai baju melayu & baju kurung... Comel bangat... Dan salam perkenalan buat tuan rumah BabyIbu...

Ummi & Abah sayang Anas

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi