"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, October 11, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest


Huhu, dah lama Ummi bercuti dr contest... Dah agak lama jugak blog ni tak di updatekan... Sbbnya Ummi amik MC jap utk update blog... Hehe... Sebenarnya Ummi amik masa ziarah sume blog kawan2 Ummi yang dah terlalu lama Ummi tak jengah & beramah tamah... Ada yang sempat Ummi tinggalkan jejak, ada yang masih blom sempat... Insya'Allah Ummi akan kembali aktif cuma kena kurangkan aktiviti ni sket coz Ummi sangat2 sibuk kat ofis...

Lama dah kan Ummi senyap seketika sbb melayan perasaan, so kena la berjalan2 ke blog kawan2 Ummi plak... Sebenarnya Ummi sangat2 menghargai kawan2 blog Ummi yang prihatin, tak putus bagi semangat dan kekuatan utk Ummi & berdoa utk kesejahteraan keluarga kita... Terima kasih sangat2 kat kalians sume... Buat silent reader (baru ku tahu blog ini ramai beno silent reader nye... Hihi, malu la plak...) terima kasih sbb setia mengikiuti perkembangan Anas...

Hm, nak ceriakan balik blog ni ngan contest lah... Boleh kan... Contest yang Ummi nak join ni tajuknya 'Si Comel Berbaju Raya Contest' yang dianjurkan oleh BabyIbu, of course sempena Syawal ni kan... Ummi sangat2 excited nak join contest ni coz ni la first time Ummi beraya ngan Anas, dan yang menarinya Ummi jahit sendiri baju melayu untuk Anas... Warna merah makngah plak tu tema raya tahun ni, Anas sangat2 menyerlah dlm baju itu... Siap lengkap dgn songkok lagi, saiz 17... Cuma sampin je yg takde, coz tade saiz la... tak reti la nk jahit... haha...
Gambar untuk contest ini:
Nama Si Comel Berbaju Raya: Anas bin Ahmad Ashraf
Umur Si Comel Berbaju Raya: 5bln++ (ketika gambar diambil on 20.09.2009)

Dan Ummi teringin jugak nak men'join'kan adik kecil Ummi ni sekali, Si comel Ikmal... Kalians yg dah baca entry Ummi yang ber'part'2 tu mesti tahu kan........ Ni la first time beraya dgn adik Ikmal, tak sempat langsung jumpa dan beraya dgn adik Erika... (Sedih sangat, rindu sangat kat Erika....) Ok, ni gambar adik Ikmal ek...

Nama Si Comel Berbaju Raya: Muhammad Ikmal Harris bin Uzir
Umur Si Comel Berbaju Raya: 1thn++

Ok, setel bab gambar... So, apa lagi kengkawan sume, jom la pakat ramai2 meramaikan lagi penyertaan contest ini (adoi, pening la juri nak memilih, nak buat undian)... So, jom kita intai info ttg contest ni....
Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda (done)
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini (done)
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda (done)
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) (done)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya (done)
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) (done)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Klik sini untuk Q &A
Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen..so mehla ramai-ramai sertai..

P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita.. Gin&Jacqie, eoeOnline, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko
Mudah2an ada rezeki buat Anas... Thanks to BabyIbu kerana menganjurkan contest yang sangat2 menarik ni... Geram nengok budak kecik pakai baju melayu & baju kurung... Comel bangat... Dan salam perkenalan buat tuan rumah BabyIbu...

Ummi & Abah sayang Anas

20 comments:

fazlinil irma said...

good luck anas..

wah bergaya sungguh no dgn slr baru.. hai nampak gaya shira lg advance dr akak ;)

[-suziey-] said...

good luck anas..hmm sedih plak tgk ikmal..xde rezki nk beraya ngn erika..sabar ye shira..

MuMMy 2 Haqq said...

gud luck anas!

isya said...

cayuk.. anas.. mudah2 menang. untie chah xda baby.nati dpt anak sedara leh la geng ngan anas. tp xtau la dpt baby pa lg. girl ka boy sbb baby songsang.

Nadiah Sidek said...

good luck! ;)

Nazihah said...

comelnye anasss..=D
insyaAllah anas mesti menang punya..amiinn..
shira,letak la gmbr erika..dalam kenangan..
teringin nk tgk die..

ummumishkah said...

Anas pun encem sungguh! Good Luck.. :)

yatie chomeyl said...

tomey nyer anas....ada can nk mng nih

AshAnas said...

::kak irma::
hehe, baru belajar lg kak... ashraf lg expert dr shira coz camera tu dia yg konker... hehe...

AshAnas said...

::[-suziey-]::
tu la kak... rindu sgt kt erika...

AshAnas said...

::MuMMy 2 Haqq::
thank you!

AshAnas said...

::kak long aisyah::
songsang? siannya kak chik.. xpe, mudah2an dua2 slmt mlahirkan dn dilahirkan...

AshAnas said...

:: Nadiah Sidek::
thanks kak nadiah!...

AshAnas said...

::Nazihah::
Insya'Allah nanti aku masukkan...

AshAnas said...

::ummumishkah::
thanks kak...

AshAnas said...

::yatie chomeyl::
thanks kak yatie...

monamie said...

comeinya si kecik baju merah tu!! gigit kang!

salam kenal .. orang jitra gak nih :D

monamie said...

hihi...mona jitra kat kg paya kercut! tauuu?? ;D erm.. dekat tmn mahsuri.. yang ada pencawang besar tu!!! ha situ la kampung mona, tp la ni parents tak dok situ, umah tu org sewa, parents skrg kt kuala nerang! ;D

AshAnas said...

::monamie::
la, tahu sgt tempat tu... umh parents kt bkt indah... dkt je kan...

monamie said...

a'a dekat! bkt indah ha..rumah situ cantik2!! suka!

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi