"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, May 31, 2010

Happy 14-months-old Anas & Happy 2nd Anniversary Ummi & Abah!


Assalamualaikum Anas sayang... Lama sudah Ummi tak mencoret di sini kan... Dah besar dah putera Ummi sekarang... Dah macam2 ragamnya, dah macam2 yang Anas pandai...


29/5/2010 hari tu, genap lah usia Anas 14 bulan bersamaan setahun 2 bulan.... Masih belum boleh berjalan tapi dah mula nak berdiri sendiri... Kalau dah boleh berdiri tu, sekejap je... Hari tu Anas dah menapak tapi 2 langkah je, pastu terus takmau dah... Hehe...

Hm, gigi Anas dah masuk 6 batang... Cepat kan gigi Anas dah 6... Masa umur setahun, baru sebatang gigi.... Uniknya, gigi pertama Anas kat bawah,yang kedua pun kat bawah... Yang ke-3 dan ke-4 tumbuh serentak kat atas, tapi bukan kat tengah2, dia tumbuh apit kiri dan kanan... Yang ke-5 tu baru kat tengah... Sekarang tgh nak keluar gigi yg ke-6, kat tengah jugak... Sangat susah nak tayang gigi dia okey...Huhu....

Banyak jugak vocabs baru... Dah semakin memahami apa yang orang cakap dengan dia... Yang lawaknya sangat excited bila nampak balloon... Tapi dia akan jerit "Ballooh (belluuuh)" haha.... Dah tahu camne nak buka baju dan seluar sendiri...

Sangat ringan mulut... Kadang2 nak tergelak dengar dia dok membebel sorang2... Bebai pun dah pandai tau! Yang sedihnya, bila Anas bebai, suka sangat menghempas badan ke belakang... Risau Ummi kalau terhempas kepala tu....

Anas kan sangat suka dengan orang lelaki je... Dengan orang perempuan ni, mmg slow sket... Cmtu gak, antara Ummi dgn Abah, Abah tetap menjadi pilihan pertama dia... Hehe... Kalau time die tanak kat sesape tu, nak kat Ummi je, maknanya dia mengantuk, nak nyusu la tu...

Hm, makanan yang Anas suka makan... Nasi + Sup Ayam atau any makanan berkuah cair mcm sup, masak pindang/singgang, Mushroom soup, Cheese Omelette, Roti, Buah: betik, pisang, anggur, Fresh milk (Anas tak suka yang berperasa coklat/strawberry). Every day, Ummi akan masak sendiri makanan Anas & bekalkan ke nursery. Ummi taruk dalam bekas tahan panas... Ummi mmg nak sediakan sendiri makanan untuk Anas... Kalau boleh, hari2 Ummi nak Anas makan masakan dari air tangan Ummi sendiri... Dan hari2 Ummi sediakan makanan yang berkhasiat untuk Anas... Hari2 Ummi akan pelbagaikan makanan Anas dan Ummi akan pastikan setiap apa yang Ummi masak, terkandung semua khasiat dan diet yang seimbang untuk tumbesaran Anas...
Cerita pasal tumbesaran kan, Anas semakin tinggi... Seronok Ummi tengok Anas dah boleh capai tangan atas meja solek Ummi... Sebelum2 ni mmg tak sampai, hehe... Tapi Ummi harus jaga2 lebih sikit la sbb Anas dah suka memanjat & akan capai apa saja... Electrical items kat kitchen pun Ummi kena make sure takde wayar2 yang berjuntai, kalau tak Anas akan tarik kan...

Ya, semua orang akan tegur Anas makin kecik... Ummi tak kisah sbb Ummi nampak tumbesaran Anas melalui ketinggian, Ummi tahu selera makan Anas, Ummi sedar betapa aktifnya anak Ummi nih, mmg taleh dok diam... Orang lain plak tgk tumbesaran Anas melalui ketembaman dan berat badan.... Takpe la Anas kan, bukan semua orang faham mcm kita faham... Paed Anas cakap Anas sihat, aktif, so no worries! Nurse kat Klinik Kesihatan Jitra pun tak pernah sound Ummi pasal berat badan Anas walaupun mmg dah masuk line merah... Diorang cakap as long berat badan naik, anak sihat, aktif, ok la... Cuma kena jaga pemakanan bagi cukup zat la... Diorang mmg sangat2 support Ummi, nasihat Ummi macam2... Ummi dah start campur susu... Kat nursery Anas minum 3 jenis susu, EBM, Fresh Milk dan susu BioLac (rumusan homeopathy Dr.Azizan Ismail, Era Edar Marketing). Kiranya dalam sehari Anas akan minum sekali je susu formula dan fresh milk. Selebihnya mmg Anas akan dengan Ummi lagi...

Hm, cukup tak cerita pasal Anas? Ummi nak cerita pasal Ummi & Abah plak ni....

Semalam genap 2 tahun usia perkahwinan Ummi & Abah... Happy Anniversary Ummi & Abah! Abah hadiahkan Ummi perfume Japanese Cherry Blossom dari Body Shop. Ummi nak perfume sbb perfume Ummi baru je habis, hehe... Wangi, lembut je bau die... Abah suka sangat...



Abah plak, die nak handphone Nokia yang jenis biasa2 tu as 2nd handphone die... Hm, Abah ni kalau die nak ape2 kan, die akan dapatkan secepat mungkin. So, Ummi memang pening la hadiah ape nak bagi kat Abah tau... Kalau nak bagi hadiah kat Abah pun, mmg jgn tunggu time special event cmni la... Bila2 pun mmg kena bagi dah... Haha...

Malam semalam Ummi belanja Abah makan special kat D'Jitra Seafood. Memang sedap makanan kat situ. Tapi sayang, tak amik gambar la... hehe...

Apa yang special masa Anniversary kami tahun ni? Kami ngemas bilik sama2... Seronok sangat... Kena plak hari cuti kan (Kedah cuti ganti Hari Wesak smlm, ganti Hari Wesak yg jatuh pada hari Jumaat lepas)... Pagi tu kami gi Hot Air Balloon Festival kat Taman Jubli Emas... Dah last day kami pergi, dah tak meriah dah... Gambar? next entry lah... Tak larat la, sakit pinggang sangat2 dah ni, ingat nak gi KMC la...


Ummi & Abah sayang Anas!

6 comments:

Suziey Ahmad said...

waa happy anniversary to shira n hubby and happy 14th mth besday to anas :)

Sharini aka Ummi Khayra said...

happy anniversary shira... :) semoga berbahagia untuk selamanya... :)

Unknown said...

shira,
hepi belated anniversary..

Ummi Shira (AshAnas) said...

thanks semuanya! (",)

shakeymirza said...

happy belated anniversary
shira,perfume tu mmg wangi. Shakey baru je beli last weeek..

shakeymirza said...

happy belated anniversary
shira,perfume tu mmg wangi. Shakey baru je beli last weeek..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi