"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, February 16, 2011

Kereta oh Kereta

Teringinnya nak gi bercuti makan angin before bersalin nih! Nanti dah ade baby kecik, susah sikit la kan. Hm tapi tatau nak gi mana? Kete kami plak sejak akhir2 ni, macam2 la plak rosaknya. Bulan lepas repair dah RM400 lebih. Bulan ni plak, Sabtu lepas tiba2 berasap bonet depan. Kami tak perasan radiator dah panas. Rasa membahang dalam kete tapi tak terfikir pasal radiator. Alhamdulillah ade sorang abang baik hati bagitau kete kami berasap. Dan Alhamdulillah masa kejadian Abah ada sekali. Idak le Ummi dengan Anas je. Kalau tak mesti tak tahu ape nak buat. Cek punya cek kipas enjin rosak. So, melayang RM300 lagi.

Nak dijadikan cerita masa mekanik tengah repair kipas tu tetibe je radiator Gen2 tu jatuh sebab dah reput. Hadoi! Nak kena tambah duit lagi beli radiator baru. Sekarang ni mekanik tu cuma tolong pateri balik yang lama, kami belum tukar radiator baru lagi. Semalam survey, mau RM300 jugak la.... Peningnya fikir soal duit dan kereta ni. Every month ade je masalah. Memang la lumrah kereta lama kan.

Tapi kereta ni, sejak baru beli (beli 2nd hand untuk kegunaan Ummi kat UIA dulu) mmg banyak sangat masalah. Nak salahkan Proton ke? Wallahua'alam... Bukan la nak merungut tapi bila dari awal guna kereta ni sentiasa habis duit repair banyak benda, jadi sedih la jugak sbb kadang2 kita simpan duit untuk benda lain tapi terpaksa burn untuk repair kereta yang terlalu kerap rosak. Sedih tak?

Banyak kali Abah cadang suh tukar kereta. Tapi Ummi takla rasa terdesak sangat nak tukar kereta. Masih bersyukur sebab kereta ni masih boleh digunakan. Ramai lagi yang belum ada kereta. Kami patut bersyukur sebab ada kereta sendiri walaupun hadiah dari Atuk, kami tak yah fikir soal nak bayar loan bulan2. Kami takde tanggungan hutang dengan bank pun.

Tapi kali ni memang Ummi rasa sedih sangat. Dalam masa 2 bulan berturut-turut dah hampir RM1,000 kami berhabis duit nak repair keta tu. Sedih sangat bila fikir nak simpan duit nak bersalin, nak beli barang baby lagi. Anas plak dah minum FM, makin terasa banyak nye nak pakai duit.

*Masih jauh lagi aku dengan Allah.... Astaghfirullahal a'zim.....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

3 comments:

✿ etiey ✿ said...

hmmm sabar. apa nak buat. dugaan juga kan tu. tp memanglah. tak boleh elak dengan marah frust erk.. nak suruh tukar kereta tu ;)

munna said...

sabar ye.. macam tulah klu dah pakai keta...munna punya keta lama selalu gak meragam .. dah tak daya sgt asyik nak kena repair je... ambil yg baru satu jawabnya...

[-suziey-] said...

tu la dugaan hidup..kadangkala Allah menguji hambaNya berturut2 kejadian utk mengetahui tahap keimanan hambaNya..bila kita redha seikhlas hati..insyaAllah akn muncul nikmat yg sgt manis disebalik segalanya..yg penting redha seikhlas hati dgn ujian Allah..insyaAllah..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive