"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, February 9, 2011

Resipi: Daging Masak Kicap


Boleh dikatakan ni first time Ummi masak daging seumur hidup Ummi. Kalau setakat perap daging untuk bakar tu, dah biasa dah la... Kalau nak tahu Ummi kurang sikit makan daging sebab Nenda Anas takleh makan daging. Kami ni dari kecik mmg makan daging kat rumah sekali je dalam setahun, masa musim raya haji. Kalau kat kenduri kendara tu, biasa la.Cuma Nenda tak masak sendiri sebab dia allergy dgn daging lembu. Tu la sebabnya kami pun jarang makan daging.

Tapi Nenda pandai masak daging. Cuma dia takleh rasa la. Daging lembu berbisa dengan kulit dia. Ummi paling suka sup daging selain daging masak kicap.

Nak cite pasal Ummi masak daging plak. Sebenarnya Abah beli daging ni dah lama. Banyak plak tu. Niat Abah nak suh Ummi perap untuk bakar je sbb Abah tahu Ummi tak pernah masak. Tapi bakar dalam oven tak best la. Nak bakar guna arang, takde masa la plak. Last2 Ummi google resipi masak daging.

Jumpa la 2 resipi yang best dan gambarnye pun dah membuka selera. Terus follow blog Jintan Manis ni... Ummi search Daging Goreng Kunyit & Daging Masak Kicap untuk Ummi cuba masak sendiri. Asalnya Ummi nak buat daging goreng kunyit je tapi dok pikir takde kuah la plak. So, tukar masak daging masak kicap. Ummi buat kuah sikit je tak banyak mcm Cik Ros buat tu.


Daging masak kicap versi Ummi
~teknik Cik Ros amik gambar tu menarik la, nak kena follow nih!~

Resipi asal Daging Masak Kicap dari blog Cik Ros

Versi Ummi-main campak2 je... hehe... (Sebenarnya campur2 dengan cara Cik Ros masak Daging Goreng Kunyit)

Bahan-bahan:

400gm daging boneless (hiris nipis-tak terlalu nipis la)
1 inci halia - hiris nipis
1/2 biji bawang besar - kisar halus
1 biji bawang putih - kisar halus
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah Pelaga
Kicap manis
Kicap pekat
2 batang cili hijau atau capsicum
1/2 biji bawang besar - hiris kasar
minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara memasak:
  • Potong daging, basuh dan toskan. Kemudian rebus bersama hirisan halia sehingga empuk. (Cara Nenda Anas-goreng atas kuali tanpa air, nanti air daging tu akan keluar)
  • Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang yang dikisar halus sehingga naik bau dan agak garing.
  • Masukkan kicap pekat & kicap manis. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama air rebusan sekali. Masak sehingga empuk dan kuah kicap menjadi pekat.
  • Masukkan garam, sesuaikan rasa. Kemudian masukkan bawang dan cili hijau. Bila bawang dan cili hijau dah agak layu, tutup api. Sedia dihidangkan!

*Sebenarnya nak bagi daging empuk tu, kena tengok pada jenis daging jugak kan? Betul tak?




Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

1 comment:

Nadiah Sidek said...

akak tak minat daging. kalau mkn pun, daging tu mesti nipis2

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive