"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, November 9, 2010

Alkisah banjir di Kedah 2010

Assalamualaikum anak-anak kesayangan Ummi, Anas dan adik dalam perut nih. Abang Anas sekarang semakin macam2 keletah yang menghiburkan, adik plak semakin membesar dalam rahim Ummi.

Anak-anak Ummi sayang, baru2 ni Allah uji kita dengan macam2 ujian. Tapi seberat2 ujian yang Allah bagi kat kita, berat lagi ujian yang Allah bagi kat rakyat Indonesia. Tsunami dan letusan gunung berapi berlaku serentak. Sampai sekarang pun gunung berapi masih meletus lagi. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Semoga Allah memberikan mereka ketabahan dalam mengharungi bencana ini.

Kita di utara tanahair di uji dengan banjir besar. Banjir kali ni agak teruk jugak la berbanding 5 tahun lepas. Kali ni tempat2 yang tak pernah kena banjir pun habis tenggelam. Berhari2 rumah2 di kawasan Jitra, Titi Gajah, Kepala Batas, Changlun, Wang Tepus, Bukit Tinggi, Bukit Pinang, Pokok Sena, Kuala Nerang, Derang, Hutan Kampung, Anak Bukit, Mentaloon, Alor Merah, Alor Setar, Kuala Sungai, Kubang Rotan, Sg. Baru, Jalan Gunung Keriang, Alor Janggus, Pantai Johor dan banyak lagi tenggelam.

Boleh dikatakan first time jugak la Ummi terlibat dengan banjir besar sepanjang 26 tahun hidup Ummi nih. Masa banjir besar 2005 dulu, Ummi masih di UIA, masih bergelar student. So, tak la merasa banjir masa tu.

Kali ni Ummi dapat tengok sendiri, dapat rasa redah banjir, masya'Allah rasa simpati sangat2 kat mangsa2 banjir. Dah la rumah tenggelam. Barang2 rosak. Ada yang terpaksa bermalam bawah khemah yang didirikan di atas divider saja. Masak kat situ, makan kat situ. Nak membuang hajat? Wallahua'alam. Mandi? Tiada bekalan air bersih. Yang dapat berlindung kat pusat pemindahan, mungkin agak mudah dapat bantuan dan makanan. Yang tak dapat berpindah? Ya Allah, kesian sangat.

Banjir di Jitra bermula sejak Selasa (2/11/2010). Kat Perlis awal lagi kot, Ummi pun tak pasti. Tapi hujan tak berhenti 2 hari sejak hari Ahad. Bila hujan dah berhenti hari Selasa tu, banjir pun bermula dan kembali reda hari ni, Selasa (9/11/2010). Seminggu kan?

Jalan dari rumah Ummi di Bandar Darulaman ke Pekan Jitra mula ditutup pagi Selasa rasanya. Air naik kat depan Pasaraya Yawata. Malam tu dalam kul 12 malam, Abah lalu kat sungai, air dah penuh sama paras dengan jalan. Dalam pukul 1 air dah melimpah ke taman2 berhampiran. Dalam pukul 2 semua yang dilanda banjir dah mula berpindah. Pukul 3 pagi air di Taman Bunga Raya dan kawasan2 berhampiran termasuk Pekan Jitra dah tenggelam sampai pinggang orang dewasa. (Banjir 2005 air naik ke paras pinggang dalam masa 20 minit je). Kali ni air naik lambat tapi air datang sangat kuat, bergulung2.

Hari Selasa Ummi masih ke office. Tapi balik awal sebab jalan highway dah tutup kat susur keluar Bandar Darulaman. Kawan Ummi dan Nenda called, diorang cakap kalau nak balik, kena balik awal sbb jalan kat Kepala Batas pun dah naik air. Jalan Hutan Kampung dah tutup. So, pukul 4 petang kami dah balik. Masa lalu kat Kepala Batas, air sungai Padang Terap tu dah melimpah. Alhamdulillah kami cepat sebab pukul 6 petang jalan tu dah tutup. Kawasan Titi Gajah pun dah tenggelam cuma jalan belum tenggelam lagi masa tu.

Hari Rabu, semua jalan dari Jitra-Alor Setar ditutup. So, kami takleh pi office. Hari Khamis kami terpaksa jugak redah banjir nak ke office sebab ada kerja. Atuk plak ada meeting kat Kulim. So, Atuk memberanikan diri bawak kami redah banjir naik Pajero office. Tempat yang paling menyeramkan kat depan simpang Taman Aman, Anak Bukit. Huhu, Serrramm..

Jalan Titi Gajah, berhampiran Airport

Berhampiran simpang ke airport, airport nampak cam laut je

Bila sampai office, banyak tempat kat Alor Setar dah naik air. Air sungai dekat stadium pun dah nak melimpah. Pukul 10 am, Ummi keluar ke Mergong, nak amik Mak Njang Anas and nak hantar ubat kat kawan Ummi yang dah jadi mangsa banjir. Masa tu air sungai belakang stadium dah melimpah. Kuil Hindu dekat situ dah banjir. Kawasan stadium pun dah banjir. So, Atuk tak jadi pi meeting, hantar wakil je. Kami cepat2 kemas2 barang kat office sebab air makin datang.

Jalan Anak Bukit, banjir sepanjang turun flyover sampai sebelum Istana Anak Bukit. Jalan yang paling mencabar dan menakutkan

Jalan dekat stadium, muzium negeri. Dalam masa sejam je air dah naik

Then, kami bersiap2 nak balik. Tapi semua laluan balik dah ditutup. Jenuh kami pusing cari jalan keluar. Satu2nya jalan yang masih boleh di redah oleh pajero ialah jalan Anak Bukit. Tapi Atuk dah fobia. Masa datang tadi air paras betis je. Masa kami balik tu air dah paras paha. Kami doa banyak2, redah jugak. Diizinkan Allah, enjin pajero mati di tengah2 banjir. Atuk hidupkan balik, then dia pegang starter sambil jalan. Sampai je kat tempat kering, Atuk berenti jap, buang ketaq. Huhu, memang serrrammm la. Bayangkan kalau pajero tak leh jalan, mmg la kami terpaksa randuk banjir berjalan kaki, huhu...

Sebelah balik, jalan hospital lama (kawasan tak pernah banjir walaupun dekat dengan sungai)

Detik mencemaskan dalam video ini. Enjin mati di tengah2 banjir.
Kalau tengok dari mula, ni dari Pantai Johor nak ke flyover dekat bangunan2 pejabat kerajaan. Depan Istana Anak Bukit mmg kering, kat simpang Taman Aman paling dalam, kat situ la enjin pajero mati. Kami macam naik bot je, bunyi enjin pun macam bunyi enjin bot

Kami keluar dari office pukul 12.40, 2 jam lps tu balik semula ke office sebab tak jumpa jalan keluar. Solat Zohor dan kemas lagi office bagi betul2 selamat segala dokumen penting. Then sambung balik perjalanan lepas Asar, cuba jalan Hutang Kampung. Tapi jalan tu dah tenggelam paras pinggang, patah balik ke office tengok air dah menghampiri kawasan office, tinggal 50 meter je lagi. Then sambung balik perjalanan, sampai kat rumah waktu Maghrib, fuh!

Lagi cerita banjir selepas ni... Kenapa kerajaan negeri salahkan projek landasan keretapi berkembar jadi punca banjir? Nanti Ummi kongsikan ya...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

1 comment:

Suziey Ahmad said...

uish ngeri jgk ek baca cite shira ni..klu akk mmg xg opis dh....tkt sangkut..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi