"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, November 23, 2010

Kenapa Kedah Perlis banjir teruk hari tu?

Sekarang ni kami di utara tanah air masih berjaga2 takut banjir gelombang kedua yang dijangka hujung tahun ni. Petang semalam pun Sg. Kedah dekat area Kelubi melimpah lagi. Air naik sikit kat kawasan seberang sana. Kawasan seberang sini terutamanya kawasan Taman Bunga Raya masih selamat. Kami berharap takde la banjir lagi. Kesian sangat kat semua yang jadi mangsa banjir hari tu. Kalau banjir datang lagi,bertambah2 la beban yang diorang kena tanggung. Bantuan yang diterima tak cukup nak menampung semua harta benda diorang yang dah rosak teruk.

Rata2 kawasan lapang di Jitra sekarang dah jadi macam tempat buang sampah. Yang paling banyak ialah sofa dan almari. Ada jugak mesin basuh dan peti sejuk. Kesian sangat. Kalau setakat bantuan RM500, cukup ke nak bantu diorang beli balik kelengkapan yang dah rosak tu?

Bagi mangsa2 banjir hari tu, kalau orang datang tolong cuci rumah diorang pun, diorang dah happy sangat. Tapi setakat datang nak bergambar konon2 bantu diorang cuci rumah tu, nampak sangat korang tak ikhlas. Kecik hati diorang yang sangat2 memerlukan bantuan ketika itu. Lepas amik gambar, tayang kat TV, korang pun blah... Nape la ade gak orang2 yang macam ni?

Berbalik pada tajuk entry, kenapa agaknya Kedah Perlis kena banjir teruk hari tu? Ada macam2 isu berbangkit tentang banjir ni...
  1. Selatan Thailand banjir teruk (tapi nak mencucinya tak la teruk sbb govt diorang sangat2 membantu nak cuci semua kawasan yang terlibat)
  2. Jumlah hujan yang turun 4 hari berturut2 tanpa henti di Utara Semenanjung bersamaan dengan jumlah hujan untuk 1 bulan.
  3. Disebabkan jumlah hujan yang melebihi had, empangan2 tak dapat menampung lagi air yang terlalu banyak. So, Empangan Timah Tasoh di Perlis dan Empangan Pedu di Kuala Nerang, Kedah terpaksa dibuka bagi melepaskan air yang terlalu banyak. Kalau air tak dilepaskan, kemungkinan empangan akan pecah, maka akan berlaku banjir besar.
  4. Fenomena air pasang di laut menyebakan air sungai tidak dapat mengalir ke laut. Sementara laluan air ke laut, air melimpah dulu ke kawasan2 berhampiran dan mengambil masa yang lama untuk surut.
  5. Difahamkan projek landasan keretapi berkembar turut menyumbang kepada banjir besar di Utara.
Wah, isu sensitif ni! Mesti ramai nak tahu kenapa Ustaz Azizan, MB Kedah salahkan projek double track tu kan?
  • Tempat2 yang selalu naik air, kali ni naik lagi teruk. (Rumah PIL masa 2005, air naik paras pinggang je. Kali ni, naik sampai ke paras dada) - Ada jugak yang terus tenggelam. Orang yang tinggi melayut 180cm pun terpaksa jinjat meredah banjir. Bayangkan la!
  • Tempat2 yang tak pernah banjir pun, air naik sampai 2 kaki (paras lutut) dan ada jugak yang sampai ke paras pinggang.
  • Banjir kali ni amik masa yang terlalu lama untuk surut. Ada yang seminggu tenggelam.
  • Kebanyakan kawasan yang teruk2 berdekatan dengan kawasan pembinaan landasan keretapi berkembar.
  • Anehnya, kawasan di seberang sini naik tinggi tapi kawasan yang di sebelah sana plak, kering. Selepas beberapa hari, bila air naik semakin tinggi, baru la kawasan di seberang sana turut banjir. Sebab air baru melimpah ke seberang sana.
  • Ini kerana, bila landasan baru tu dibina, tanah dinaikkan lebih tinggi (sebab diorang bajet, bila banjir melanda, perjalanan keretapi takkan terjejas). Diorang cakap diorang dah buat saliran air yang cukup. Tapi masa kejadian, kenapa air tak mengalir dengan baik? Biarlah mereka yang telah dilantik menjalankan siasatan kan... Ummi tanak sentuh apa2, sebab isu ni terlalu sensitif. Ummi tak berpolitik di sini, Ummi tulis berdasarkan apa yang Ummi nampak, Ummi rasa dan alami sendiri.
  • Ummi nampak semua ni tapi tak boleh nak amik gambar pemandangan tu sebab orang terlalu ramai berkumpul di atas flyover Jalan Tun Razak tu, kami naik pajero dan tak boleh nak berhenti. Lagipun kami agak tergamam dengan realiti dan kebenarannya. Kami lihat dengan mata kepala kami sendiri. Hari Khamis (4/11/2010) lebih kurang pukul 2pm, banjir dah naik ke paras lutut di Taman Rakyat, manakala di Alor Semadom, langsung takde air. Malah parit di kawasan Alor Semadom, air masih cetek. (Ni pemandangan dari atas flyover Jalan Tun Razak - bawahnya projek landasan keretapi berkembar tu). Taman PKNK di seberang jalan pun masih kering. Air naik ke kawasan2 itu pada hari Sabtu (6/11/2010)
* Bagi Ummi, Allah nak bagi semua orang rasa peritnya banjir. Selalunya kawasan rendah je yang kena banjir. Diorang pun dah rasa camna peritnya. Kali ni nak bagi kawasan2 yang tak pernah banjir plak banjir. Allah adil, nak bagi orang yang belum biasa alami sendiri dan faham macam mana peritnya banjir.

* Alhamdulillah, rumah kami tak banjir. Kawasan kami sangat tinggi. Kalau kawasan kami turut banjir, tenggelam satu Kedah rasanya. Tapi bila Allah izinkan sesuatu tu untuk jadi, maka jadi la kan.

* Ingat lagi kisah Nabi Nuh? Dia ajak anak dan isteri dia naik ke kapal. Tapi mereka angkuh, diorang cakap Nabi Nuh gila sebab air takkan naik ke kawasan tinggi. 3 kali mereka lari ke kawasan yang lebih tinggi utk meyelamatkan diri, akhirnya mereka tenggelam jugak bersama keangkuhan mereka terhadap Allah.

* Sekarang, berhati2 lah dengan penyakit berjangkit bawaan bakteria di musim banjir yang lepas.

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

1 comment:

transformed housewife said...

mmg banjir kat Utara hr tu teruk kan. Alumni sekolah lama knur SMSAH pun ada buat kutipan utk membantu mangsa2 banjir. kami pun nak menolong sedaya yg kami mampu.

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi