"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, November 25, 2010

Bil Hospital Swasta Terlalu Mahal & TAK LOGIK!

Baru2 ni kecoh bil hospital swasta terlalu mahal dan ada kos perubatan yang tak logik. Mula la Kementerian Kesihatan kecoh nak siasat. Pada Ummi, mesti kena siasat betul2. Perkara ni dah lama dah. Mungkin baru sekarang orang realize dan nak kecoh2. Bagus la. Khabarnya, 26% rakyat Malaysia yang buat loan dan guna kad kredit untuk jelaskan bil hospital swasta yang terlalu mahal, tapi tak mampu nak bayar balik. Kesian kan. Mereka tertindas dalam keadaan yang terdesak.


Pagi tadi Ummi & Abah sempat dengar Hot Chat kat Hot.fm Am Krew kat 8TV, ade sorang kakak ni call cite pasal pengalaman die kene kaw2 ngan private hospital (PH).

Die pilih nak bersalin kat PH sebab die selalu wat pregnancy check up kat situ & PH tu offer die pakej bersalin yang maximum kos die is +/- RM 5,000.00. So, die memang menyimpan dalam RM 5,000.00 je la untuk nak bersalin.

Die masuk labor room petang. Sampai ke malam pun die tak bersalin lagi. Last2 die kena emergency operate pukul 2 pagi la kalau tak salah. Warded for 3 days. Bila nak bayar bil, diorang suami isteri terkejut beruk bill sampai RM 10,000.00. So, dia mintak PH explain kenapa bil mahal sangat sedangkan die amik pakej.

So, PH explain, disebabkan die kena emergency operate pukul 2 pg, kos jadi triple. (Kalau normal hour-rate biasa, after 5pm sampai 12am- double, lepas pukul 12am plak jadi triple). Die sangat2 terkilan sebab masa die agree untuk amik pakej tu before bersalin, takde pun diorang cite pasal double & triple cost tu sume. Means, ada caj tersembunyi yang tak diberitahu awal2. Sadis kan. Tak pasal2 je...

Lagi kisah yang Ummi nak kongsikan, kebanyakan kawan2 Ummi yang bersalin kat PH yang agak terkenal di Kedah ni, kebanyakannya kena emergency operate. Why ha? 3 kes kawan2 Ummi, bila dah dekat nak bersalin, diorang just gi wat check up je. Scanning sume, doc cakap tali pusat terbelit kat leher baby and kena cepat2 operate. So, dari bajet RM 3,000.00 utk bersalin normal, dah kena RM 7,000.00 sebab operate.

Kes terbelit tali pusat ni tak boleh nak kata apa la kan. Kalau kes yang baru 4 jam masuk labor room tapi tak bersalin2 jugak (sebab takde contraction), doc akan terus suruh operate. Pengalaman Ummi la, kat govt, diorang akan tunggu bagi kita leh bersalin normal jugak2 walaupun agak lama dalam labor room, melainkan if condition baby terlalu lemah baru diorang wat emergency operate.

Sorang kawan Ummi yang bersalin kat PH camtu la. Masa die masuk labor room, baru buka 3cm. Anak sulung biasa la, agak lambat sikit kan. Die tak rasa sangat sakit contraction tu. Lepas 2 jam doc pecahkan ketuban. Lepas tu diorang masukkan ubat bg kuat contraction. Agak2 lepas 2 jam, bukaan baru 4 cm. Means, dalam 4 jam, 1cm je bertambah. So, doc terus decide suh operate. Die yang tak tahu ape2, ikut je... Maka dengan itu, terbang la RM 7,000.00

Tu baru kes bersalin. Kes sakit2 lain tu Ummi tak pasti la. Ada yang Kementerian Kesihatan siasat, ada PH yang bagi ubat yang tak sepatutnya dan tak berkaitan dengan penyakit tu pun.

  • Ummi dulu pun bersalin kat private gak. Tapi milik orang Islam. Sangat berbeza la dengan apa yang Ummi story kat atas. Best sangat doc tu sambut Anas dengan laungan azan. Ummi masuk labor room pukul 12pm (bukaan 3cm). Nak tunggu ke 6cm, 5 jam lbh jugak la. Tapi dari 6cm ke 10cm 5 minit je, huhu. Akhirnya Ummi selamat bersalin tepat jam 6.08 pm lepas 3 kali push. Kena bantu jugak dgn forsep sbb Ummi amik epi (nyesal tak sudah amik epi sbb sakit tak lama pun, hehe - Ummi amik epi 2 jam before bersalin, mmg nyesal!)
  • Kos yang Ummi kena masa tu around RM 1,700.00 je
  • Yang sedihnye, sekarang Pusat Rawatan tu dah tak de khidmat sambut baby. Doc tu pun dah pindah ke PH yang lain. Ummi nak bersalin kat die jugak ni. Tapi risau caj2 tersembunyi ni.
  • Nak bersalin kat govt, ada lak pro & con nya, tapi lebih kpd con la plak, huhu...
  • Nak bersalin kat mana ni?
Pendapat Ummi ttg bil mahal di PH - Harus ada Medical Card! Ye la, kita tak dapat nak jangka kan if apa2 berlaku kat kita. Sekurang2nya, tak la kita ditindas...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

17 comments:

mama tisya said...

mmg mhl nk2 kalo die tau kita ni company cover lg die suka tahan lama2...tp kalo utk mereka yg company tk cover mmg kena prepared la mcm medical card/insurans smua tu kn if nk dptkn rawatan kt PH....

[-suziey-] said...

stdrd la tu..klu PH ni cepat je nk soh operate sbb bole caj tinggi..shiera xde medical card ke? seb bek la pos cover cost bersalin as per billed..so bole la g PH..tp gomen pn ok jgk..mcm UKM,putrajaya serdang..ok..cuma jgn HKL..hahaha..mmg tertekan..

[-suziey-] said...

sbb HKL full gomen..klu yg semi gomen ok jgk..xmahal sgt n layanan pn ok..

AshAnas said...

@mama tisya
tu la, mmg penting ada medical card/insurans zaman sekarang ni kan...

AshAnas said...

@[-suziey-]
shira tgh berkira2 nk amik medical card ni... before ni tertipu dgn satu insurans tu, katanya ade medical card... last2 bila bc blk polisi, mmg takde... tertipu den tau!

MamaYatie said...

a'ah betul la kata shira, byk sngt dengar PH ni sket2 nak operation..rasanya dia org takut nak amik risiko kalo apa2 hal jadi.kalo kat gomen, doktor suruh usahakan normal dulu tak boleh sngt br operate.

my experience, along +angah=hospital k.trg -layanan doktor + nurse = bagus!
mysara-hospital serdang -terkena dgn doktor+staff yg x effisien langsung!! - serik dah nak gi!!

mamanoa said...

hmm..hidden charge kat PH confirm ada,lelebih lg dkat hospitalities nyer bahagian..(kalu refer bil la)

sy alhamdulillah bini dokto dpt pelepasan fee utk semua doktor hanya RM1 bg setiap dokto yg kita guna bg setiap jabatan(KKM nyer prosedur)

tp yg lain tetap kna byr..

AshAnas said...

@MamaYatie
stkt ni shira dgr yg plg teruk kat utara ni GH Kangar & SP je... Kat alor setar ni, ok la, ramai yang puji, wallahua'alam... risau sgt... nape staff govt ni kurg mesra ye?

AshAnas said...

@mamanoa
kak noa, kalau hubby sndiri yg sambut baby lg best kan?

f a i z a h 's said...

errr...sy antara org yg kena czer...huwaaaaa...tp kena caj dgn PRM xbyk sgt pun... ok la... lama sgt tunggu n sakit... dari pagi smpai ke mlm... last2 doc anuar soh czer je... :( sdeh tuh sdeh la jgk... tp da taqdir... sy kena dlm RM4k... 2mlm kt spital private room... spitak kangaq mmg trok! arituh p check up aisya seorg JM mengaku sndiri xmo dah bersalin kt govt hospital... smpi cam tuh kn?? sbb kena trok dgn doc pelatih masa nk bersalin... siap kena 'repair' kt bawah nun kerna salah teknik sambut baby rasanya... xmau! jadi mangsa keadaaan...nauzubillah..nurse sndiri ceta kt sy ni!

nieda said...

betul tu, nk bersalin kt provate byk info kena cari dan tanya doctor

Azam Zaki said...

kalau ade medical card senang , tunjuk je card dapat guarantee letter terus je admit , tayah nak runsing pasai duit.dok lam wad dapat duit laie , duit elaun wad, elaun icu , elaun surgery , tak ke bagus tu.

ape le sangat baya serendah RM 100 sebulan tapi leh cover hospital bil sampai 500,000.

nak tau detail ,

email je kat noorazammdzaki@prupartner.com.my or call je 012-3287042 ( Azam)

leh wat appointment laie senang nak share , thanks

Hana Seman said...

Kakak akak bersalin PH, memang baca bil dia banyak charge yang tak logik. Nasib baik company yang cover..

Kalau GH, biasanya hospital yang baru ni better sikit servis dari segi facilities. Staff sebenarnya ikut nasib.
Alhamdulillah akak n hasben memang GH staff, so pasal layanan tu takde prob sangat.

layla_elyas said...

kwn ela cakap, PH nk cepat2 wat operate sbb bayaran bonus wat operate berganda2 doktor dapat..tu doktor PH suka operate dr tunggu normal delivery..

transformed housewife said...

knur bersalin kat HUSM masa bersalinkan anak sulung sbb masa tu kerja dgn USM. okla cuma tak suka bila ada doktor pelatih tersilap cucuk sbb nak masukkan air. anak kedua pula bersalin kat NZ. berbeza sgt keadaannya sbb kat sana serba serbi dijaga oleh bidan. Bidan tu ada kuasa lebih dr doktor.

Qistina said...

salam...saya besalin kt spital kerajaan di teluk intan..sebab x mampu nk g ph..alhamdullilah layanan dr nurse n doktor amat baik.nk kata marah2 tu x der....rasa nk besalin kt situ lg..

kakyong said...

kakyong 1st bersalin di GH.. layan tu boleh la.. janji jgn kita lancang sgt udah le.. tp kena bayar RM400 sbb nak wad 2nd class.. tp x best sbb doktor india yg sambut anak..

kakyong 2 kali bersalin di Pusat Rawatan Islam Ar-ridzuan.. kena dlm RM1,200++ bersalin normal + 2 hari wad (2-3 tahun lepas).. skrg ni dalam RM1,500 kot..

kalo c-sec la ni kena RM3,500++ 2 hari warded... adik ipar ari tu bersalin c-sec, sbb dia tak tahan nak tanggung sakit bersalin normal.. hehehhe. masa 1st dia bersalin normal, sampai 3-4 hari mengadu sakit kat mak (MIL kakyong la)...

la ni sapa yg nak ke PH memang kena ade insuran la.. & kena check juga depa cover utk bersalin tak.. selain tu memang kena tanya betul2, malang jer duit melayang kerana hidden caj semua tu.. melampau kan.. boleh report ke tribunal pengguna tak?

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi