Disebabkan agak risau dgn keadaan
kandungan sekarang, Ummi search beberapa info dlm internet. Alhamdulillah, kurang la sikit kerisauan ni... Dah gi jumpa gynae jugak, bertambah banyak lega nya...
Kami gi jumpa gynae hari Khamis lepas. Doc cakap, ya, kepala baby dah turun & dah masuk tapi belum terlalu bawah sangat lagi...
Dan dari info yang Ummi dapat melalui google, tak semestinya bila
engaged awal, akan bersalin awal. Ye, selalunya kepala baby akan engaged bila dah masuk 36-37 weeks or bila dh hampir bersalin. Kes Ummi ni, baru 31 weeks.
So, Ummi harus banyak rest. Takut jugak if terbersalin awal, kesian kat baby if dia lahir pra-matang. Yang sedihnya, sekarang ni la baru nak kelam kabut buat persiapan sambut adik. Hari Sabtu lepas baru mula nak kemas bilik untuk sambut baby. Cadangnya nak buat bilik khas untuk Anas. Tapi Abah cadangkan pindahkan katil Anas tu ke master bedroom. So, hari Sabtu tu operasi memindahkan katil dan almari Anas ke bilik kami. Bilik yang sepatutnya jadi bilik Anas tu, bertukar jadi 'bilik Abah'. Computer dan mini gym Abah mengambil alih katil Anas. Barang2 baby pun sume pindah ke bilik kami.
Tapi tu pun belum habis kemas. Agak penat jugak la nak alih barang yang besar & berat nih. Termengah2 Abah. Ummi hanya mampu menolong sikit2 je. Tu pun dah sangat letih. Sempat jugak Ummi basuh balik baju2 Anas untuk adik nanti...
Sekarang ni petang-petang balik kerja je ngemas la sikit2 sampai ke malam. Nak buat semua sekaligus, mmg tak terdaya. Bilik Abah, Abah dah setelkan sendiri. Part Ummi setelkan kemas barang2 baby la. Pening gak nak letak mana sebab sume dah di tempatkan dalam master bedroom.
Baru semalam selesai mengemas dan melipat sume baju2 lama Anas tu. Alhamdulillah boleh selesai kerja semalam sebab Ummi bagi Anas tido awal, Abah pun balik lambat. Tenang je buat kerja sorang2. Tinggal nak basuh cadar, sarung bantal baby, kain alas tilam, kain bedung & selimut baby. Banyak Anas punya dulu boleh pakai lagi. Tak jadi beli baru. Cuma beli baju baru 4 pasang khas untuk adik.
Oh ya, Ummi ada beli baby cot & changing table yang Kak Dina let go. Sebenarnya berkenan kat changing table je. Pastu Abah cakap, dah alang2 Kak Dina jual both for RM 150, baik amik semua je. Yang bestnya, Kak Dina bagi banyak lagi baby stuff. Betul ke Kak Dina tak nak tambah anak dah ni, hehe... Thanks sangat2 to Kak Dina. Suka sangat dapat baby monitor & baby box tu sekali... Kak Dina offer pram plak, hehe...
Ni la baby cot & changing table tu. Belum sempat pasang lagi. This weekend la plak...
~Katil dari zaman Amna ke Azra ke Imran? Hehe... Tapi masih elok, Thanks a lot Kak Dina~
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
7 comments:
insyaallah, semua dalam keadaan baik..
ada jugak tgk kat wall FB wardina jual baby cot dgn changing table tu. rupa2nya shira yg beli. x sbr tunggu nak tgk assemble benda2 tu. nanti share ye gmbr2 lepas dh pasang :)
ala mcm akk dulu pn baby engaged aawal..insyaAllah klu awal pn dlm seminggu camtu jek..
maszmadi, alhamdulillah, syukur... thanks ya...
kak yatie, ha'ah, shira cepat2 grab sbb mmg dh lama cari changing table ni. alang2 kak dina jual murah, cepat2 sambar. nasib baik ade no hp die, senang la nk dapatkan secepat dr org lain, hehe... ni pun die nak jual byk lg tau...
nnti dh pasang shira tayang kt sini ek...
shira,
kakyong doakan semoga dipermudahkan semuannya utk shira.. kakyong dulu mula enganged selepas 32 minggu.. tp kakyong memang kes anak2 semua awal minggu 37 dah bersalin..
cuma shira kena jaga diri baik2 lah yer...
wah...changing table pun ado...terer2.. ;)
Post a Comment