"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan | 1 hari @ Pulau Langkawi

Alhamdulillah, tertunai gak hajat Ummi nak jejak Pulau Langkawi... Ele, macam tak pernah pergi je kan? Haha... Hm, Ummi tatau la nape Ummi tingin benor nak gi Pulau Langkawi untuk shopping semata2... Pembawakan budak kah?

Dulu masa pregnant Anas, Ummi sangat malas berjalan, sangat malas masak, sangat tak suka berhias... Sekarang terbalik plak... Tetibe rajin sangat nak masak, sampai nangis2 kalau Abah balik lambat sbb takleh nak masak, huhu... Pastu kalau boleh tiap2 malam nak ajak Abah gi shopping + window shopping. Padahal Ummi kan dari zaman anak dara, sangat tak suka gi window shopping. Memang sangat malas la nak outing ni... Ummi hanya akan masuk shopping complex if ada keperluan yang Ummi nak beli, tu pun kalau banyak benda nak beli. Kalau 1-2 tu, rela tangguhkan dulu la...

Sebenarnya Ummi dah lama nak beli barang-barang dapur dari Pulau Langkawi. Ada je cawangan kat Alor Setar ni. Tapi mahal sikit la dari Langkawi tu, kan duty free... Orang cakap, sama je plus tambang pergi balik lagi kan... Tapi teringin jugak nak jalan-jalan jauh before bersalin nih... Jauh la sangat, hehe...

Kami bertolak dari rumah kul 7.30am terus ke Jeti Kuala Perlis. Better naik feri dari Kuala Perlis sbb 45 mins-1 jam je perjalanan. Kalau dari Jeti Kuala Kedah, 1 jam 45 minit la jugak. Ummi takut pening atas feri lama-lama... Pukul 9am baru naik feri. Sampai kat Jeti Kuah, terus amik keta sewa, terus gi Haji Ismail Group (the famous tempat nak shopping kat Langkawi). Settled bab shopping, hehe... Ummi gi kena time sale tapi dah tak banyak choice la... Yang penting murah sangat-sangat, hehe...

Lepas shopping, gi makan kat Restoran Wan Thai. Menu: Ikan Siakap Stim Limau, Tom Yam Campur & Sayur Kangkung Goreng. 2 orang makan, sekali dengan nasi putih 2, air tembikai 3, RM60++ Mahal jugak kan... Kalau orang KL rasa murah kot, hehe...

Then, kami gi Cable Car, tak berniat nak naik pun sebab gi masa bulan 6, tahun lepas dah naik. Niat tu nak main rabbit je. Tapi tutup la plak Rabbit Garden tu. So, Abah ajak naik cable car. Bila nak beli tiket baru perasan kami masing2 tak bawak turun MyKad. So, harga tiket mahal la sket. Hm, terus tak jadi naik. So, bergambar je kat situ.

Anas baru bangun tido ni. Belikan dia cap & sunglass sbb cuaca terlalu panas. Mula-mula agak meragam tapi bila nampak cap, terus cakap, 'nak pakai'. Pastu baru mood dia ok.

Tapi cukup susah nak suh dia posing amik gambar. Tanak tengok kamera langsung. Dan tanak kena pegang. So, biar je la dia sebab Ummi pun dah tak larat nak kejar...



Anak Abah tau Anas ni...




Dengan Ummi plak...
(Hehe, sebenarnya lagi banyak gambar Anas dgn Ummi tapi 1 je la Ummi buh sini, segan nak tayang perut yang semakin memboyot...)

Ni keta yang kami sewa kat sana. Abah tak tahu yang Vios ni memang save minyak. Abah terus gi isi RM30, nyesal, hehe...

Kami dah beli tiket balik masa sampai. Sebab hari tu Sabtu, ramai yang akan balik. Tiket kami 5.30ptg. Hm, lepas habis ronda-ronda, terus hantar keta balik & ke jeti, naik feri balik. Sampai je kat Kuala Perlis, terus gi Alor Setar plak. Tok Abah masuk PMC + adik2 Abah dah nak balik malam tu jugak. Tak sempat hantar Mak Ndak Min kat stesen keretapi sbb keretapi dia kul 7.45pm. So, bukan rezeki Mak Ndak nak dapat coklat Langkawi, hehe...

Sangat keletihan hari tu sbb dari lepas Subuh sampai ke 12 malam kami berjalan. Sebenarnya Ummi dah tak larat & sangat sakit masa kat Langkawi tapi Ummi senyap je dari Abah. Ye la, Ummi yang beria ajak Abah gi Langkawi sebab tu bila sakit kena diam je, hehe.. Hari Ahad, kerja cam biasa ya...

Thanks Abah sebab bawak Ummi gi Langkawi walaupun Abah nak sangat gi Pulau Pangkor mancing dgn kawan2 Abah. Next time Ummi teman Abah gi mancing kat Pangkor plak ya... Bukan rezeki kita nak gi Pangkor last week, Tok sakit, adik2 pun balik. Sebab tu Ummi sanggup gi Langkawi balik hari je. Kalau ikutkan memang penat gak tapi keadaan tak mengizinkan kita nak enjoy sangat... Ummi nak sangat2 pergi sebelum masuk 30 minggu sebab takut dah tak larat. Ni pun mengah la jugak, hehe...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

No comments:

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive