Layan tengok Anas lompat 'toing-toing' ya...
Apa sebenarnya 'toing-toing' tu?
Road bumper ataupun apa-apa yang boleh digunakan untuk melompat.
Sejarah nama 'toing-toing'
Ateh Anas yang ajar dia sebut 'toing-toing' tu setiap kali melompat or lalu atas road bumper. Dalam kereta, kalau jalan kat road bumper ni cepat2 dia sebut 'toing-toing'.
Biarkan anak-anak anda mengeksplorasi dunia yang masih baru bagi dia. Biarkan dia terus meneroka. Biarkan dia bermain, berlari dan melompat. Biarkan dia merasa gembira. Biarkan dia merasa kegunaan anggota badan dia. Kerana dari situlah dia belajar sesuatu. Kita sebagai ibu bapa harus membantu dia mengenali alam ciptaan Allah S.W.T. Kenalkan dia dengan keajaiban ciptaan Allah, ajar dia mengenal Allah dan bersyukur. Yang penting jaga keselamatan dia.
Bermain adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya (samada di rumah, di playground etc), memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain.
Meneroka keadaan sekelilingnya
Dengan bermain, kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan orang-orang di sekelilingnya. Apabila mereka bermain, mereka akan dapat membina pola dan membina skema mereka sendiri. Terutama bagi kanak-kanak bertatih, mereka akan dapat bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling.
Membina Skil fizikal
Terdapat dua aspek di dalam skil fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan bermain. Contohnya kemahiran motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti melompat, berbasikal, naik turun tangga, memanjat, menari, bergayut dan lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula adalah koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini seperti menguntai manik, bermain pasir, menggunting, menguntai tali kasut, dan menampal.
Kedua-dua kemahiran ini perlu seimbang supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.
http://mamahakim.wordpress.com/2010/06/29/kebaikan-belajar-sambil-bermain-kepada-kanak-kanak/
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
1 comment:
hihi...comey jer anas lompat2..iyah iyah iyah..
the more they play,the more they learn..(iklan apa ek..lupa pulak!)
Post a Comment