"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, March 3, 2011

Anas 23 bulan ~ Adik 29 minggu

Assalamualaikum anak-anak kesayangan Ummi dan Abah, Abang Anas dan adik yang masih di dalam kandungan Ummi. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kita untuk merasa nikmat-nikmat pemberian Allah. Dan yang paling penting, kita masih berada dalam nikmat Iman dan Islam. Semoga Iman dan Islam kekal mengiringi perjalanan hidup kita sampai kita dipanggil oleh-Nya...

Tak lama lagi Anas dah nak genap 2 tahun. Tak lama lepas tu Anas akan dapat adik plak. Sekejap je kan masa berlalu. Dah besar dah anak Ummi yang sorang ni. Bila Ummi tanya Anas nak bahasakan diri apa bila ada adik? 'Along' ka 'Abang Long' ka 'Abang'. Anas jawab, 'Along'. So, jadi la Along Anas, hehe...

~Ni semua gambar masa weekend baru-baru ni, masa ramai tetamu dari jauh tu. Gambar dari kamera kawan Abah~

 : : tgh main PS3 dgn Abah & kawan2 : :

 - joystick PS3 kan wireless, yang Anas pegang tu joystick PS2 yang dah rosak, Abah potong wire die. So, die action je la tu. Tak kacau Abah nye. Kalau Abah main game pun, mmg die amik yang die punye, tak kacau Abah punye -

: : ni la tetamu kami : :
- tengok la kaki Anas tu, siap bersilang lagi - 

 : : bermalas-malasan nak bangun pagi sbb malam tu tido lewat main dgn kawan2 Abah : :

Hm, Anas makin manja sangat sekarang. Orang cakap nak dapat adik, mcm tu la... Tapi Ummi dah tak larat sangat nak dukung2 dia, huhu... Sikit2 nak minta dukung, letih dah Ummi... Tapi takpe lah. Tak lama lagi mesti Ummi kurang bagi perhatian kat dia. Sebab tu dia mintak perhatian sekarang kan... Berkorban demi anak-anak...

Ummi rancang nak buat majlis sikit nanti sempena birthday Anas. Tapi belum tentu lagi camna sbb masa tu pun Ummi dah sarat 8 bulan dah. Tapi harap dapat la buat majlis kesyukuran sikit untuk Anas dan adik yang bakal lahir nanti...

Kandungan Ummi dah masuk 29 minggu. Semakin keletihan. Abah cakap masa pregnant Anas perut Ummi lagi besar banding yang ni. Sebab pregnant kali ni, Ummi slim sikit kot, hehe... Abah plak yang makin membesar ni, risau Ummi, hehe... Berat adik dah 1.1kg, Alhamdulillah, perkembangan yang sihat. Jantung pun sihat. Kepala adik dah kat bawah. Harap kekal di kedudukan ni sampai bersalin ya adik, jangan pusing2 lagi dah... Rasanya adik lagi aktif dari Abang. Adik sangat2 banyak bergerak. Kadang2 Ummi sampai takleh tido sebab time Ummi nak tido tu la adik mula nak gerak-gerak, kuat plak tu. Abang pun terkejut bila adik gerak masa tengah menyusu, hehe...

Oh ya, Anas masih bf dengan Ummi. Genap 2 tahun nanti baru wean-off la. Pastu sambung ngan adik plak... Sayang nak stop sbb Ummi sangat suka moment yang tercipta time bf tu... Semoga Allah murahkan rezeki anak-anak Ummi untuk dapat khasiat yang terbaik dari susu ibu...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

9 comments:

yatie chomeyl said...

ingatkan Anas btul2 dha leh main ps3. hr tu ada jugak akak cdg nk beli ps3 kat nazhan, tp xjd beli sbb tkut dia asyik main game je.

Golden Rose said...

alhamdulillah.....moga dimudahkan segalanya

Nadiah Sidek said...

nak jadi along dah anas :). shira mcm mana skrg? ada rasa nak pitam lagi tak?

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak yatie... PS3 ni abah anas beli senyap dr kawan die. mule2 kwn tu bg pinjam je, pastu die tdesak nk pakai duit, die jual la. shira dok pelik apesal xpulangkan lagi. upenye dh beli. klu shira tau, mmg xmau beli pun. sm la cm akak, takut diorg main game je...

ni pun nak jual balik ni sbb target nak beli benda lain yg lbh berguna, hehe...

Ummi Shira (AshAnas) said...

golden rose, alhamdulillah, mudah-mudahan

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak nadiah, shira dah ok sket. cuma shira dah tak mampu nak ganti balik puasa. ada 4 hari je lagi tau... makan lmbt sket pun dah mula pening nak pitam. hr tu cuba puasa, mmg lembik la... smpt ganti 6 hari je...

Ummi Hanie said...

pehhh...tv yg takleh tahan tu....;)

PS3 pu xleh tahan..heee...kami ada ps2 jek..tu pun beli 2nd hand dr my bro n joystick sume dah rosak

take care ye shira..jgn dukung2 sgt anas..bukan ape,takut bahaya lak kndungan yer..budak nk beradik mmg lebih ckit manje dier ;)

f a i z a h 's said...

amboi canggeh na tv tuh...bila la nk p ziarah shira n family neh...hehe... bb apa pulak kali neh? xsabaqnya nk yg 2nd tiba2 pulak rasa...hek3

Unknown said...

Alhamdulillah, adik sihat & Anas pun dah makin ligat...

klik HB

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive