"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, March 7, 2011

Berlari dan terus berlari

Dulu bila Anas masih belum boleh berjalan, Ummi asyik ternanti-nanti bila la Anas nak berjalan...

Dah setahun lebih pun Anas masih belum berjalan, orang sekeliling mula bersuara, katanya Anas lambat berjalan sebab Ummi tak guna walker untuk bantu Anas berjalan.

Tak ape lah, diorang tak faham macam mana Ummi faham walker itu ada keburukannya...

Setahun 4 bulan, Anas mula menapak sendiri.

Ummi terharu sangat. Anas berusaha sendiri untuk berjalan.

Nampak keceriaan di wajah Anas bila kami bersorak menyokong Anas menapak.

Kemudian Anas mula berlari, melompat dan memanjat.

Adakalanya Ummi rasa letih nak mengejar Anas ke sana ke mari.

Adakalanya Ummi risau bila Anas melompat dari tempat yang agak tinggi.

Tapi Ummi tahu Anas sedang meneroka dunia yang masih baru bagi Anas.

Ummi tahu Anas sedang meneroka kebolehan yang Anas baru dapat.

Teruskan sayang.

Ummi akan bantu Anas untuk terus meneroka dan belajar.

Ummi biarkan Anas berlari sebebas-bebasnya kerana Ummi tahu Anas suka. Lebih-lebih lagi di kawasan yang lapang.


Bila Anas terjatuh, Ummi terjerit jugak.

Tapi Ummi harus kawal, sebab Ummi nak Anas kuat semangat.


Ummi nak Anas berusaha untuk bangun sendiri bila jatuh.

Ummi nak Anas belajar untuk tidak menangis.

Ummi nak Anas belajar ignore rasa sakit. Anas kena kuat!



Anas perlu berdikari.

Bila jatuh harus bangun sendiri.

Kerana itulah lumrah alam ini.

Bila dah besar nanti Anas akan faham, tak selamanya kita berada di atas. Adakalanya kita akan terjatuh dalam perjalanan hidup kita. Tapi kita tak boleh menangis, meratap dan mengharap simpati orang.

Kita harus berusaha untuk bangun sendiri.



Dan kembali meneruskan perjalanan hidup kita.

Jangan menoleh ke belakang lagi.

Jadikan 'kejatuhan' itu sebagai iktibar dan pengajaran.

Dan belajarlah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Berhati-hati dalam hidup.

Sama seperti Anas semakin berhati-hati mengawal langkah Anas dalam larian bila Anas dah merasa jatuh sekali.

"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..." 

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

5 comments:

nad said...

huhu, sedih pulak bacanya...

Zaidah said...

memula menapak..pastu berjalan...pastu berlari...sungguh jauh lagi perjalanan anak2 kita....

yatie chomeyl said...

sambil baca entry i, sambil terngiang2 lagu "bebas berlari" :)

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wow wee dah pandai jalan mesti penat dok ngejo kan balqis pun lambat hjalan tepat2 umur setahun baru [andai jalan

Ummi Shira (AshAnas) said...

Nad,
tu la, sy pun sebak time tulis, hihi...

kak zaidah,
tu la kan, masih panjang lg perjalanan kita nak bentukkan diorang ni utk jadi insan yg berguna...

kak yatie,
haha, sama la kita... dok teringat lagu tu je...

anje,
adus, semakin sarat ni, semakin lasak plak die.... kite yg xlarat...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive