"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, March 29, 2011

Anas turns 2 today!


Anas sayang,
Hadirmu anak penyeri hidup Ummi dan Abah...
Saat mengandungkan mu, Ummi dan Abah sangat-sangat tak sabar menanti kelahiran mu...
Menyaksikan proses kelahiran mu menginsafkan kami...
Alhamdulillah, kamu dilahirkan sihat sempurna dan cukup sifat...
Cabaran untuk membesarkan mu telah bermula...
Ingin memastikan kamu membesar dalam suasana penuh tarbawi...
Seperti didikan Rasulullah S.A.W...
Ingin memastikan kamu membesar menjadi Muslim Qawi...
Ingin memastikan Biah Solehah mengelilingi mu anak...
Ingin kamu yang membentuk Biah Solehah dan memeliharanya...
Ingin ruh dan jasad mu sentiasa mengingati Allah yang Maha Menciptakan...
Ingin aqal mu secerdik ilmuwan-ilmuwan terulung di muka bumi...
Yang berilmu dan beragama...
Yang menjaga ilmu dan agamanya...
Yang menjaga dunia dan akhiratnya...
Agar wasatiah sentiasa ada dalam diri....

Anas sayang,
Melihat mu membesar...
Merasa sendiri pengalaman membesarkan mu...
Sangat membahagiakan Ummi dan Abah...
Keletah mu menceriakan hidup kami...
Di kala kami keletihan, dikau mampu membuat kami tersenyum...
Kecerdasan mu...
Adakalanya agak meletihkan kami...
Tapi kami tetap terhibur mengejar mu ke sana ke mari...
Kecerdikan akal fikiran mu...
Kadang-kadang membuatkan kami terpaku...
Tapi kami bersyukur kerana kamu cepat belajar...
Karenah mu...
Adakalanya memeningkan kami...
Tapi kami tetap sabar melayan kamu...
Kerana kamu anak yang diamanahkan...
Kamu anugerah terbesar...

Anas sayang,
Jagalah solah mu...
Kerana itulah tiang agama...
Basahkanlah lidah mu dengan alunan Zikrullah...
Fasihkan lidah mu membaca Kalamullah...
Merdukan suara mu melaungkan Azan...
Semoga kamu menjadi insan yang berTaqwa...
Yang akan mendoakan hari Akhirat Ummi & Abah...

Anas sayang,
Jadilah seorang abang yang bertanggungjawab...
Pengasih, Penyayang terhadap adik-adik mu...
Jagalah adik-adik mu...
Sayangi dan kasihi mereka...
Jadikan diri mu contoh terbaik buat mereka...
Dikau lah anak harapan Ummi dan Abah...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

14 comments:

Suziey Ahmad said...

selamat ulangtahun kelahiran anas..smga menjadi ank yg soleh..membesar dgn sihat dan cemerlang dunia akhirat..amin ;)

mummy_ayu said...

selamat ulangtahun kelahiran yg ke 2 Anas....semoga jadi anak yg soleh..leh la minta adik nie..

yatie chomeyl said...

sanah helwah ya anas. nanti ajak ummi & abah bwk nas dtg jalan2 kat jepun sbg hadiah bday hehe

Ummi Shira (AshAnas) said...

tima kasih sume...

aunty suziey, ameen....

mummy_ayu, adik coming soon this may insya'Allah, hehe...

aunty yg sentiasa chomeyl, aunty la bg hadiah km gi jepun, hehe...

Aliff Imran said...

anas!!!! eppy bufday from imran & erfan...
hehhehehe

nad said...

selamat hari ulangtahun anas..
moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki dans emoga menjadi anak dan abang yg soleh

bonda dadif aka akish said...

anas..hepi turn 2!!!

semuge menjadi anak yg sole....=0

MamaYatie said...

Amin3x Ya Rabbal 'Alamin!! selamat ulangtahun anas...semoga dalam rahmatNya selalu..

transformed housewife said...

happy birthday to Anas. Kejap je dah besar ye. (dah klik ur HB)

Unknown said...

tahniah Anas.. sudah 2 tahun, tapi nampak matang... semoga terus membesar menjadi anak soleh spt yang diharapkan oleh bonda & ayahnde

Hana Seman said...

Happy birthday Anas,.. dah 2 tahun dah yer... bebrapa minggu algi dah nak jadi abang..

Ummi Salsabila said...

Happy birthday yg ke dua abg long! Kejap je dah 2tahun.tak lama lg dpt adik..pakat baik2 dgn adik nanti :)

smg jadi anak yg soleh + hensem :)

ibu_Arifa said...

Happy birthday Anas..semoga Anas sentiasa sihat dan menjadi anak yg soleh yer sayang. kiss for birthday boy yg encem ni. muahhh..muahh!

Nadiah Sidek said...

happy birthday anas! tak sangka pulak tarikh birthday anas sama dgn anniversary akk :D

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive