"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, April 1, 2010

Masih breastfeeding tetap menjadi isu... Kenapa?

Assalamualaikum Anas sayang, Alhamdulillah Anas semakin sihat dan aktif. Sampai sakit pinggang Ummi ngejor Anas, hehe... Smlm Ummi dah bawak Anas amik suntikan utk setahun. Anas langsung tak nangis malah tak de riak mcm sakit pun masa kena cucuk td. Alhamdulillah, anak Ummi ni mmg khalifah kecil, kuat! Berat badan Anas 6.9kg & kalau ikut carta klinik kesihatan, dah masuk merah, kurang zat makanan & below -3SD...

Alhamdulillah jugak sbb Ummi tak de kena marah dengan staff nurse tu mcm yg Ummi slalu bc dr blog kawan2 Ummi. Jururawat Masyarakat kat Klinik Kesihatan Jitra mmg baik2. Ummi sangat selesa berurusan dan check-up kat sana sejak pregnant lagi... Mmg layanan yang sangat puas hati. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kita sekeluarga...

Staff nurse berbincang dgn Ummi ttg diet Anas. Bila dia tahu Anas masih breastfeeding tanpa campur any FM, dia puji Ummi & dia nasihatkan Ummi ttg diet Anas slps usia setahun ni... Abah mesti suka sbb Anas dah boleh makan apa saja yang Ummi dan Abah makan kecuali pedas & keras je la yang tak boleh lagi, hehe... Dah lama Abah tunggu nak bagi Anas makan apa je yang Abah makan... Hee~~

Anas sayang, apa yang Ummi nak coretkan di sini bukan isu check-up tu... Ada benda lain yang membuatkan entry ini di publish ke blog hari ini...

Ummi sering menerima sindiran, ada yang anggap Ummi taksub dengan breastfeeding (sbb dlm blog Ummi slalu cite pasal breastfeeding). Then, Ummi masih menyusu Anas sampai setahun, orang anggap pelik dan tertanya2, ada lagi ke susu awak? Anak awak kecik, cukup ke dia minum susu badan je? Eh,eh, anak awak dah setahun? Keciknya dia... Minum susu apa? Ha, breastfeeding lagi, mana cukup... Campur la sikit, kesian budak tu... Then kalau dlm majlis, bila Ummi lari ke belakang nak nyusukan Anas, ada la yang bersuara, tu la bagi minum botol kan senang, tak payah kalut2 bila anak nak susu...

Ummi dah lalui semua ni sejak sebelum Anas setahun lagi. Dan Ummi berjaya hadapi segala cabaran2 nak bagi Anas yang terbaik... Abah ucap TAHNIAH kat Ummi sbb Ummi berjaya hadapi semuanya.. Dulu kan Abah tak berapa setuju dgn Ummi, skrg Abah la yang paling seronok tgk keletah Anas hari2 yang makin bijak dan aktif... Abah puas hati sbb Anas fully breastfeeding... Abah kagum dgn semangat Ummi...

Bukan senang nak breastfeeding sebenarnya... Tak semudah yang semua orang sangkakan... Ummi mengumpul semangat dan kekuatan, Ummi biarkan emosi Ummi stabil utk berjaya dalam penyusuan susu ibu ni... Perlu ada persiapan fizikal dan mental.. Kalau ada yang tak ready, takkan berjaya...

Ramai yang menganggap fizikal memainkan peranan penting utk breastfeed dan ramai yang percaya badan kecik kurang susu... Kecik besar badan ibu bkn faktor yang mempengaruhi berjaya atau tidak penyusuan susu ibu... Tak bermakna org kurus, susu sikit, org badan besar, susu banyak... Susu yang keluar bkn dipengaruhi oleh fizikal seseorang... Percayalah, susu ibu is on demand... Bila baby nak, signal akan ke otak bagitau, kilang kena supply susu...

Bab mental dan emosi, yang ni mmg kena betul2 stabil, klu tak traffic dr otak ke kilang susu akan jammed atau block, then susu pun tak keluar la... Dah setahun Ummi nyusukan Anas, Ummi dapat rasa perbezaan bila emosi positif dan bila emosi negatif... Bila Anas direct BF Ummi tak rasa sangat, tapi bila mengepam, mmg ketara sgt2 perbezaan. Kalau Ummi tengah stressed, tension, serabut, marah mmg susu takkan keluar walaupun rasa Cik B bengkak sesangat. Keluar la sikit, xsampai 1oz pun... So, bila Ummi nak ngepam, Ummi akan pastikan emosi Ummi stable... Kalau tgh emo skali pun, Ummi cpt2 istighfar dan cuba lupakan buat sementara masalah2 yg dtg tu, Ummi ngepam sambil tgk gmbr2 Anas to cheer me up...

Lagi satu, kalau ibu tak ready or ragu2 nak nyusukan anak, susu pun nak tanak je kluar... Dari pengalaman Ummi, masa awal2 nak nyusukan Anas dulu, masa Anas selesa dgn botol, Ummi mmg dh hmpir give up, mmg pasrah tanak BF Anas. Tapi Ummi kutip ilmu ttg bf ni, Ummi cuba positif. Ummi set mind, Ummi yakin dgn diri Ummi, Ummi boleh bf Anas. Walaupun Ummi tpaksa guna NP, Ummi positif jgk. Mmg ada perasaan malu n terpaksa lari jauh2 bila nak bf, tp Ummi teruskan jugak... Sampai la satu tahap,Anas mula selesa direct tanpa NP anymore... Serious, Ummi tak jangka Ummi akan berjaya ke tahap ini. Tapi hari2 Ummi positif, Ummi berdoa kat Allah semoga Allah banyakkan susu Ummi untuk Anas... Alhmadulillah Ummi dah separuh jalan utk berjaya skrg. Dan kini Ummi masih positif dan Ummi masih mengadu, berdoa kat Allah yang Maha Pemberi Rezeki...

Apa yang Ummi ceritakan dalam blog ini, bukan bermakna Ummi taksub or fanatik or obses dengan breastfeeding. Ummi cuma seorang ibu yang sedar ttg kebaikan susu ibu. Tujuan Ummi story dalam blog ni sbb Ummi nak share, Ummi nak jurnalkan kisah Ummi utk Anas baca satu hari nanti... Lain2 sebabnya, dr blog Ummi dpt sokongan dan Ummi dpt build satu komuniti ibu2 dan kami saling menyokong, membantu antara satu sama lain... Bila antara kami ada masalah, kami sama tolong dan selesaikan... Kadang2 mmg tak boleh selesaikan tp bila kt saling memujuk dan memberi sokongan, kita akan jadi kuat...

Buktinya, Ummi dr awal mmg fight sorang2 untuk jayakan bf ni. Ummi langsung tak dapat sokongan dr keluarga terdekat terutama Abah Anas. Tapi Ummi tetap perjuangkan bf ni. Tak lama lepas tu nenda Anas mula nampak kebaikan susu ibu dan dia selalu canang2kan kat orang cucu dia fully bf. Pastu bl Ummi de masalah, nenda la yg pujuk Ummi spy bsabar dan kena kuat semangat....

Cite pasal Abah Anas plak... Abah dr awal mmg slalu suh Ummi campurkan FM. Ummi tahu Abah tak faham... Bermacam2 cara Ummi buat nak bagi Abah fahamdan terima perjuangan Ummi ni... Allah izin Abah berpeluang ikut Ummi join gathering susuibu.com, sejak tu Abah dah boleh terima dan faham betapa Ummi sangat2 beria perjuangkan penyusuan susuibu ni... Ada la kawan2 yang dok perli2, dulu Abah gelak2 je, tapi skrg Abah diam je. Pastu bila berdua dgn Ummi Abah pujuk Ummi jgn amik hati sgt dgn kawan2 sbb depa tak faham... Alhamdulillah... Abah tahu emosi Ummi agak cepat tersentuh ttg isu BF ni, dan Abah tahu sume tu boleh mempengaruhi pengeluaran ASI sbb tu Abah akan cpt2 pujuk Ummi.... Thanks to Allah for all these, perjuangan Ummi dah dapat difahami dan diterima...

Kalau dulu bila orang dok cakap Anas kecik, bila berdua dgn Ummi Abah akan pujuk Ummi suh campur FM sket kat Anas... Tapi skrg bila org cakap Anas kecik, Abah akan tolong jawab bg pihak Ummi... Pastu kot belakang Abah akan pujuk Ummi jgn sedih2, anak kita sihat... Tapi skrg, dh kurang kot org dok cakap Anas kecik ataupun Ummi mmg dah tak peduli apa org cakap...

P/S: Ummi tgh cari sling... Sape2 leh tolong?


Ummi & Abah sayang Anas!

22 comments:

Siti said...

alahai....ct pun heran nape la org asyik pandang sinis pada kita yang breastfeed anak ni.
Siti rasa diorg tu takde kesedaran betapa pentingnya susu ibu.
Siti pun kadang2 terkena juga bu siti ignore jer. Jadikan sebagai satu cabran.

Ummi said...

salam..dok jitra ke?sy dok changlun

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

uiks...setahu kiter BF ni bagus..antibodi anak lebih kuat berbanding dengan yang minum sus formula...banyak zat makanan yang baby dapat...so teruskan BF tak de salahnyer...demi untuk anak terchinta tomei anas

[-suziey-] said...

best bila ank dh bole mkn ape kita mkn..hehe..
aah guna sling senang shira..beli la..beli online je senang

yatie chomeyl said...

sling carrier nak dukung anas ke shira?

AshAnas said...

::siti::
tu la, shira pun dh kebal dh dgr sindiran org tu,wat dek je kan...

AshAnas said...

::Ummi::
Changlun kat ne? wah, ssh nk jmpe org sekampung sehalaman nih, hehe...

AshAnas said...

::Mama_Aqish::
tu la, masih cetek kesedaran org kita kan...

AshAnas said...

::kak suziey::
tu la kak, nk cr online...

AshAnas said...

::kak yatie::
ha'ah, anas skrg dh makin manja, klu pg2 nk bsiap2 gi keje tu, mmg takleh ltk bawah, nk kena kelek je... klu buat keje umah, cmtu la jgk... dh la tanak ngn org...

temp. housewife said...

bila kita nak buat benda yg baik mmg susah dan banyak cabarannya. sabar jelah Shira ye. Insya Allah dipermudahkan nanti.

AshAnas said...

::temp. housewife::
tu la kak, semoga kt berjaya hadapi cabaran itu kan... shira dh sampai half way, shira takkan stop cmtu je...

shilafaizz said...

kak shira, bole tny x...nape dh setahun baru leh bagi ape yg mak ayahnye makan ye...kak ipar sy fully BF jgk tapi dia bagi bubur nasi jugak 2 kali sehari...

Ummi Salsabila said...

bf mom kn tabah kan shira..alhmdulillah dah sthn da.brjy shira tempuh juga.congrats:)

AshAnas said...

::shila::
akak kurg fhm maksud shila tu... hm, akak fully bf, anas start solid food ms 6 bln, ms tu akak bg bubur yg lmbut la, ms tu akak lgsung tak taruk garam atau gula... bl anas dh setahun, anas dh mula mkn nasi lembek. dan skrg ni anas dh leh mkn any lauk pauk yg kita makan la, kecuali pedas n keras la... tp, anas masih menyusu badan la, akak mmg tak kasik any fm...

AshAnas said...

::odah::
alhamdulillah, thanks kt odah... korg pun inspirasi shira utk menjayakan bf ni... odah kenalkan shira dgn dunia mommies blogging ni, thanks sgt2 kt odah!

f a i z a h 's said...

Shira...coretan2 shira kt blog ni byk bleh dijadikan panduan n iktibar... alhamdulillah...terutamanya pasai bf.faizah cite kt mak pasai anas fully-breastfeed...mak faizah pn kagum...so shira mesti trus kuat k~ insya allah faizah pn nk fully-bf mcm shira gak :)

AshAnas said...

::faizah::
alhamdulillah, thanks faizah & famili ats sokongan. Xsabar nk tgk baby faizah

*** Mawar Nafastari *** said...

tahniah awak masih menyusu badan..
anak saya pun bulan ni genap setahun, dia kecil mcm anak awak jugak.. 7kg je.. :)

alhamdulillah, kite sama2 fully BF.. yep, byk khasiatnya susu ibu ni.. alhamdulillah, anak saya sihat, aktif dan jarang sekali demam. berkat susu yg Allah ciptakan untuk kaum ibu.. memang hak seorang anak untuk mendapat susu ibu.. :)

salam kenalan.. :)

shilafaizz said...

owh gitu ye...tp kagum la dgn akak sbb keje n fully bf..kalau housewife yg fully bf no prob kan...xpe la bdn kecik janji sihat..baby besar2 tkt obes plk..anak kwn sy 6bulan dh 8kg!huhu..mcm bsr sgt je bunyinye

kakyong said...

shira,
dah jumpa ka sling nya.. nak yg camana.. kakyong masih ada 2 stock ring sling.. cuba jengah sini..

http://kakyongshoppe.wordpress.com/category/babywearing-gendongan-baby/

Ummu Salamah said...

tahniah, doakn untuk ana gak... masyaAllah hebat cabarannye...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi