"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Friday, April 23, 2010

Kenduri Kesyukuran Hari Lahir Anas yang pertama


Alhamdulillah, Ummi & Abah sembat buat sedikit majlis kesyukuran kecil-kecilan sempena hari ulangtahun kelahiran Anas yang pertama. Majlis tu Ummi & Abah pilih untuk buat kat Arau, kat umah TokWan Anas sbb dalam seminggu, cuma 2 hari je family sana dapat jumpa Anas...


Menu utama untuk hari tu is LAKSA... Mmg faveret Ummi tau! Tapi disebabkan Ummi masih berpantang, Ummi hanya mencuba rasa laksa tu sikit2 je... Agak malam tu ok, esok makan sikit lagi... Ummi tak berani gak nak pulun makan sbb laksa kan sejuk...


Ummi belikan sebiji kek untuk Anas. Hm, laku di kalangan budak2 la. Ada gambar Upin Ipin plak tu... Plannye nak taruk gambar Anas. Tapi Ummi sangat2 tak sempat sbb Ummi habiskan akaun hujung Mac tu... Majlis ni pun Ummi buat on 2/4/2010...


Ummi hadiahkan buku bedtime story ttg kisah Nabi Muhammad utk Anas... Semoga Anas jadi anak yang suka membaca dan sayangkan Allah dan Rasul-Nya... Semoga Anas terus membesar dgn sihat, cerda, cergas, pintar dan bijak... Semoga Anas sayangkan Ummi & Abah sebagaimana kami sangat2 mengasihi Anas tika waktu kecil mu... Semoga Anas jadi insan yang berguna kepada agama dan negara... Jadilah abang yang mengasihi adik2mu.... Semoga kita dipanjangkan usia utk lebih lama bersama, Ameen....
Ummi & Abah sayang Anas!

7 comments:

[-suziey-] said...

hehe kalu aQeel tgk kek tu confirm dia terkam,..peminat upin ipin fanatik tu

Hana Seman said...

Happy birthday Anas.. semoga menjadi anak yang soleh

yatie chomeyl said...

bestnya Anas dpt kek Upin Ipin.. share la sikit dgn aunty ;)

ibu_Arifa said...

Happy birthday Anas..semoga membesar dgn sihat dan selamat yer sayang.

suka tgk pic shira dan anas tu..
sweet jer 2-2 senyum :)

Dayah said...

happy besday anas..moga anas jadi anak yg soleh ...suka tengok kek tu..Shukrina pun suka upin ipin

Momma Mia said...

slmat hari lahir Anas... semoga Anas sihat & ceria slalu.. jgn nakal2 yer!

kakyong said...

hepi belated 1st besday anas...
amboi.. comel nya kek anas..

shira.. berpantang apa tu? ade byk yg kakyong miss ni... huhhhuu

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi