"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, April 26, 2010

Adik susuan Anas...

Sebenarnya Ummi nak update ttg adik susuan Anas. Tapi Ummi nak kena pastikan dulu dah lengkap ke syarat Ummi jadi ibu susuan... Ada sesiapa boleh bantu Ummi? Ummi sekarang keliru dengan pelbagai pendapat tentang syarat menjadi anak susuan nih....

Camnilah, Ummi faham syarat2 nya ialah:
  1. Anak susuan berusia bawah 2 tahun
  2. Minum susu sehingga 5 kali kenyang
Yang timbul kekeliruan di sini ialah, cara susu tu diberikan. Ummi hanya bagi stok EBM Ummi pada anak kawan Ummi tuh. Dia baru berusia 5 bulan, dan dah minum sampai 5 kali kenyang lah.

Dia minum susu Ummi melalui botol.... Ada pendapat mengatakan tak jatuh status anak susuan bila dia tak minum direct dari badan ibu susuan...

Ada plak pendapat yang mengatakan jadi status anak susuan sbb ianya tetap susu ibu walaupun cara baby tu minum bukan direct dari badan, tetapi ia tetap susu ibu...

Ada pendapat yang mengatakan, jadi status anak susuan apabila susu tu dari badan ibu susuan dan masuk ke perut anak susuan walau dengan apa cara sekalipun ia masuk (direct atau guna sudu atau botol)...
Tak jatuh status anak susuan walaupun susu tu dari badan ibu tapi tak masuk ke perut baby, maksudnya, disuntik dari jarum masuk ke liang rongga baby...

Jelas, syarat yang dinyatakan:
  1. Anak susuan berusia bawah 2 tahun
  2. Minum sehingga 5 kali kenyang
Yang menjadi kekeliruan:
  1. Cara susu tu diberikan (direct, sudu atau botol?)
Susu ibu tetap susu ibu, baby dah 5x kenyang dan umur pun bawah 2 tahun... Camne ek?

Ummi & Abah sayang Anas!

4 comments:

Aliff Imran said...

hmm..isu ni mmg banyak yg pendapat..tp cuba sha cek balik saper yg bg setiap pendapat tu..cuba rujuk yg imam syafie..dia ckp yg mana..(sbb kita guna mazhab syafie kan) xsalah kalu sha nk guna ijtihad sendiri berdasarkan syarat² tu..islam itu memudahkan bukan menyusahkan..
yg pening kita tgk dalil yg ulamak tu guna..kalu kuat (even bukan dr mazhab kita)xsalah dan xberdosa pun kalu kita apply..

layla_elyas said...

emm betul jugak persoalan kak shira tu..adik susuan dzaatin dulu mmg diberi direct..alhamdulillah..kalu tak mesti sy tak terfikir gak..tapi ela ada terbaca satu story majalah pa&ma,adik beradik ni kongsi2 kan susu diorg pada anak2 masing2..dua2 diorang buat..dan diorg iktiraf anak susuan masing2..emm..cuba kak shira try surf internet, mgkin ada byk point ke..ela dulu pun sebelum nk apply anak susuan ni ela surf pastikan kat internet duku hukum hakam dan hak2 nya..alhamdulillah byk pointnyer..papepun, tahniah sbb ada anak susuan..amalan sunnah..;)

Siti said...

uik..bagusnya ada anak susuan...mmg salute la siti. siti pun kalau byk susu wafi nanti 7 byk lak yg lebih, leh gak cari anak susuan..huhu

Nadiah Sidek said...

tak sure la shira. syarat yg biasa dgr 2 tu je la. yg psl cara tu tak pasti pulak

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi