"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, December 8, 2010

Dah merasa gerakan baby

Orang cakap masa pregnant anak sulung, 5 bulan baru kita rasa pergerakan baby kan... Bila pregnant 2nd baby dan seterusnya, seawal 4 bulan dah dapat rasa kan? Sekarang kandungan Ummi dah 16 minggu, which means, dlm 4 bulan la kan...

Alhamdulillah, Ummi dah merasai kehadiran adik dalam rahim Ummi. Sekarang ni, malam2 sebelum tido adik mesti gerak2. Ummi suka letak tangan atas perut layan adik. Ramai cakap perut Ummi tak nampak lagi. Tapi Ummi sendiri dah rasa la...

Hm, Anas pun dah leh rasa kot ada adik dalam perut. Sebabnya, kalau time die dok nyusu tu, bila adik gerak je, Anas stop nyusu. Dia akan sebut, 'adik, adik...'

Kadang2 bila Ummi tanya nak nenen tak, die akan jawab, 'baby, baby...' Ntah la apa yang die faham masa tu. Ummi ingat die mula nak wean off, nak bg kat adik plak. Tapi takdenye. Lagi nak ade la...

Sekarang pun Ummi dah mula rasa braxton hicks yang mcm mamanoa cite ni. Mmg la rasa mcm contraction. Tapi sikit je dan takde la rasa sangat2 sakit tu... Sekejap je la... Dan Ummi memang dah kumpul info sebelum2 ni. So, Alhamdulillah dah fully prepared utk hadapi keadaan itu.

Best jugak rasa pengalaman pregnant dan masih breastfeeding ni. Jarang sangat orang dapat rasai pengalaman ni. Kebanyakannya pregnant lepas anak dah stop breastfeeding ataupun bila tahu pregnant je terus stop bf. Bagi Ummi plak, selagi Ummi mampu (sehingga Anas 2 tahun) Ummi akan teruskan. Ramai suruh wean off, tapi ntah lah, Ummi belum bersedia kot sebabnya Ummi sangat enjoy the breastfeeding moment tu... Anas pun of course belum bersedia nak pisah dgn best friend die...

Dan sangat2 bersyukur jugak, dah 4 bulan pregnant ni, susu masih ada. Risau jugak akan kering. Keep berdoa je ke hadrat Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Lebih kurang 3 bulan lebih je lagi sebelum Anas genap 2 tahun... Insya'Allah...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

19 comments:

Syira C Gadis KidaL said...

salam...

tak sabar nak kawin. nak mengandung .hihi..

tahniah mommy asha..

f a i z a h 's said...

Sonoknya dpt rasa bb gerak2...masih terngiang2 rasa tuh :) keep bf je kalu masih mampu...kakak sy pregnant da 7bln lbh tp anak ke-2 dia masih xmo stop nyusu... nanges2 kalu xdpt bf dgn ummi dia... susu da kurang tp ada lg la... ksian sgt2... anak ke-2 kakak sy tuh muda 2bln dari anas... ksian kan? huhuh...sdeh sy tgk...

Amal a.k.a Mama Lynn :p said...

masa dlm 16w lebih2 pun amal start rasa baby gerak2. :) at first, xla rasa mcm excited sbb tgh konpius2. dlm buku/internet ckp utk 1st baby, around 20w baru dpt rasa. tapi kalo dah everyday rasa mcm tu, terus tanya kwn2 yg dah ada baby. depa cakap yes that's the baby. alhamdulillah~ :)

hobi baru amal pun; letak tangan kat perut :p

*contraction tu rasa mcm mn kak? pernah tny doktor. dia ckp mcm kena period pain. is it?

AshAnas said...

@Syira C Gadis KidaL
sabar2... hehe... jgn shortcut tau!

AshAnas said...

@f a i z a h 's
anas pun cmtu la, ngamuk klu tak dpt... tu yg sy teruskan jugak... lgpun mmg dah niat nak bf dia sampai 2thn...

AshAnas said...

@Amal a.k.a Mama Lynn :p
lbh kurang la...tp contraction yg akak alami skrg ni tak la sekuat itu, perut mengeras sikit. tp xde la rasa cm baby nak kuar, hehe...

Zaidah said...

pengalaman yang tak mungkin dilupakan sepanjang kehamilan baby bergerak...so sweet...

Atiqah said...

bahagianye kn perasaan mse tu..x sbr jgk nk jd ibu...hehe

ibu MZW @ farah idayu said...

salam..hmm..baru je lepas experience pregnant 2nd child 21hari yg lepas. hehe. saya tetap menyusukan anak sulung sehinggalah hari nk bersalin tu. kebetulan pula anak 1st genap 2 tahun pd 20/11/10 dan saya bersalin pd 18/11. maknenya saya menyusu dari awal mengandung hingga bersalin. braxton hicks saya rase since 5bln. melalui experience sy,mudah & cpt bersalin 2nd ni =) hrp2 ummi anas juga mudah bersalin ye ;)

Diary Qol said...

salam kak shira..tula.betul ckp akak tu..anis pun alhamdulillah..sedang merasai pergerakan bayi..anak kedua, lebih cepat ye kita dpt rasa pergerakkannya?..

MamaYatie said...

a'ah betul! masa anak sulong kita kurang sensitif sbb takder experience lagi..anak ke2 & seterusnya kita lebih peka

akak menyusukan angah masa pegnant mysara..alhamdulillah,takder masalah pun. rezeki angah,susu sentiasa ada..jadi masa mysara keluar takder la masalah susu takde, lagi mencurah2..hehe..

transformed housewife said...

selagi mampu BF teruskan je Shira. Knur dulu terpaksa wean off anak sulung masa umur dia 1 thn 5 bln sbb ada infections kat boobs. huhu

Naz Nur Nhazzla said...

saya masih trus bf walaupun peknen..sbb mmg xsanggup nak stopkan dia sbb kita niat nak smpi dia 2thn..adik nye susu blakang kira..nanti adik lahir dia dptlah susu dia..tp kuasa Allah bila kandungan saya 5bulan..dan Rikazz setahun 8bulan susu kering sndiri..saya terpaksa bg dia formula milk..sejak susu xda bru dia nak tp dia ttp nene dgn saya smpi skang..jd xterasa pun kalau dia xbf dgn saya sbb rutin kami ttp sama..teruskan bf anas k

Nadiah Sidek said...

akak pun rasa pergerakan 2nd baby masa 16 minggu. masa tu dah rasa kuat dah dia bergerak. safiyyah pun masih bf lagi tapi tak kerap le dah & akak tak boleh nak bf dia lama2, n*ppl* sakit..uhuhu..

[-suziey-] said...

salam shiera..sori lama xjengah sini..bz sgt2..huhu..

haih bestnye ..rasa nk peknen ni..

Ummi Salsabila said...

Shira..seronoknya.rindu nak preggy lagi...;)
Kali ke 2 ni kita lebih alert.dah ade pgalaman kan? Hehe
kalo anas nk nenen,bg je.bg je slagi dia nak.mcm aufa dah tanak,sedih tau....

P/s:odah ronda2 sini.lama xsinggah..;)

Sharini aka Ummi Khayra said...

Syabas shira... :) keep on BF selagi mampu... :) akak pun masa 4 bulan dah boleh rasa gerakkan Adyan... :) suka biler dpt rasa kicking dari dia.. :)

kakyong said...

tahniah shira.. masih dpt berikan anas susu ibu..

kakyong masa pregnant susu memang kering.. sian kat Anis sbb dpt menyusu 4 bulan jer...

ade 5 bulan lagi to go...

Sitisifir10 said...

Tabik spring lah...akak ritu bleeding memanjang sampai doktor nasihatkan suruh berhenti BF...lepas berenti BF dah tak bleeding lagi...jadi, memang sangat jeles kepada mereka yang BF semasa hamil huhuhu...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi