"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, December 2, 2010

Breast pump & EBM

Last entry dah menjawab soalan kawan2 tentang CD. So, entry ini tentang breast pump dan EBM plak...

Ramai yang tertanya2 breast pump apa yang paling elok, paling sesuai. Hehe, terus terang, Ummi tak tahu nak bagi jawapan yang macam mana. Sebab bagi Ummi benda ni atas individu. Ada setengan orang selesa dgn yang ini, ada plak yang selesa dgn yang itu, tak serasi dgn yang ini, kan?

So, this entry hanya sekadar review ttg jenis breast pump yang Ummi pernah guna, pernah dengar ttg kebaikan die la... Tak bermakna yang Ummi tak review tu tak bagus. Tapi, Ummi belum pernah guna atau belum pernah dengar ttg nya lah...

Bak kata bidan yang jaga Ummi masa berpantang dulu, dia cakap pam ni kena beli berjenis2, kena cuba sendiri yang mana serasi. Kebanyakan ibu2 yang dia jaga, semuanya beli 2 3 jenis pam baru la jumpa yang betul2 serasi...

Masa mula2 Abah belikan pam untuk Ummi dulu (masa ni kami belum kenal Electric Breast Pump dan tak tahu online shopping lagi barang2 camni) Abah belikan Ummi Pureen Basic nye pam.
Ni 1st pam yang Ummi guna.
Hm, agak tak berapa selesa nak mengepam menggunakan tapak tangan sepenuhnya.
Dan Ummi perasan, kadang2 serbuk getah yang berwarna biru tu kadang2 termasuk dalam susu. So, Bidan cakap kat Abah, cuba beli yang lain plak.

Kemudian Abah belikan yang ni plak. Mula2 guna tu memang agak selesa la sebab tapak tangan tak sakit, banyak guna jari la. Sebulan jugak pam ini berjasa dengan Ummi, akhirnya kepala dia patah. So, kurang sikit bagusnya, hehe...


Then bidan cadangkan yang ini. Selesa la jugak sebab kena tarik je. Kekurangan die, hanya boleh menampung 2-3oz je sekali pam. Kalau susu banyak, kena stop kejap, transfer ke dalam botol lain, sambung perah. Leceh sket la... Dan masa nak tarik tu memang kena berhati2, sebab kalau susu dah banyak, takut melimpah keluar bila tarik tak kena caranya. Tu yang sadis tu...

Lepas pada ni la, bila Ummi dah masuk kerja, Ummi mula aktif berblogging, macam2 blog yang Ummi jumpa, macam2 website ttg penyusuan susuibu yang Ummi baru jumpa. Pastu baru la kenal dgn dunia online shopping...

Setelah baca review yang agak memuaskan tentang electric breast pump Spectra 3, Ummi pun beli 1. Ummi beli terus set utk double pumping. (Pam serentak lebih bagus utk ransang pengeluaran susu tau!)


Oh ya, Ummi mula kenal Spectra 3 ni dari Ummi Khayra, Kak Nurul Dhia, pendek kata, zaman mula2 Ummi berblogging dulu, masa Ummi baru kenal ibu2 berkerjaya yang mengepam ni, kebanyakannya guna Spectra 3.

Hm, apa kebaikan Spectra 3 ni ye?
  • Mesti la lagi memudahkan sbb tangan kita relaks sikit. Boleh ngepam sambil buat kerja (Tapi Ummi kena fokus time ngepam, takleh wat kerja lain, hehe...)
  • Senyap, tak de bunyi bising la. Orang lain pun tak tahu yang kita sedang buat projek mengepam ni, hehe...
  • Murah berbanding produk2 lain.
  • Senang nak mengangkut ke sana sini (umah-ofis la)
Lama jugak la Spectra 3 berjasa dengan Ummi dalam mengumpulkan stok EBM untuk Anas. Sejak Anas 3 bulan sampai la dia 1 thn 5 bulan. Ummi tak tinggalkan Spectra 3 tau! Sambung baca lagi perjalanan breastfeeding Ummi.

Bila Ummi tau Ummi kena gi Shanghai, Ummi dah agak pening, of course susah nak travel jauh2 angkut Spectra 3. Setakat ulang alik ofis-umah, ok lagi... Sebabnya Ummi travel sendiri tanpa Abah. Sape yang nak tolong Ummi mengangkut kan? So, Ummi beli Medela Harmony.

Brand Medela ni agak famous jugak la. Cuma dia agak mahal sket la.
Ummi sangat2 jatuh cinta dengan Medela Harmony ni sebab walaupun dia manual tapi sangat lembut dan friendly dgn jari jemari dan tapak tangan Ummi, hehe... Accesories die senang buka dan pasang balik, boleh simpan dalam beg yang kecil.

Oh ya, ada jugak ibu2 yang menggunakan Medela Freestyle, Ameda dan banyak lagi la.

Dan Ummi sangat2 kagum dengan kejayaan MommaMia menyusukan kedua2 anaknya dengan susu ibu. Dah la berkerjaya, kedua2 anak masih menyusu, sangat gigih kak Alin tandem nursing dan mengumpul stok EBM sampai kena beli Chest Freezer untuk simpan stok EBM yang sangat banyak tu.

Kak Alin guna Ameda Purely Yours Breast Pump

Dan di bawah ini stok EBM Kak Alin dalam Chest Freezer. Banyak kan?

Sekarang Ummi dah tak mengepam. Sejak Ummi pregnant adik Anas, Ummi dah tak mampu nak mengepam lagi dah. So, Abah decide nak bagi Anas FM. So, kat umah pengasuh Anas minum FM. Malam2 Anas still nenen ngan Ummi. Tapi sejak Ummi pi Shanghai, Abah start bagi FM kat Anas malam2 pun. Sebelum Ummi gi Shanghai, Ummi dapat kumpul stok EBM agak banyak jugak la, Alhamdulillah. Tapi Abah puas hati bila Anas minum FM, huhu... Apa bleh buat, mmg la sblm train orang lain ttg breastfeeding, kena train husband dulu, haha...

So, sekarang ni, kedua2 breast pump Ummi tersimpan rapi dalam kabinet. Akan digunakan semula bila adik dah lahir nanti. Ummi cakap kat Abah awal2, adik Anas ni akan fully breastfeeding. Abah ok, Alhamdulillah.

Oh ya, cadangnya nak sambung tentang penyimpanan EBM. Tapi hari ni macam tak sempat la. So, boleh refer kat blog MommaMia ttg penyimpanan EBM ni.

Ummi pun dah lama tak simpan stok, agak dah lupa sket nih. Nak kena mengkaji semula.

Link untuk online shopping breast pump dan CD:

* credit to En.Google untuk gambar yang bukan hak milik Ummi.



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

5 comments:

Momma Mia said...

Dear Shira. Thanks ada review ttg kak Lin. Nak betulkan sket. Kak Lin tak berjaya tendum Nursing si kakak Damia sbb masa preggy Dzakirah, Damia dah tak mo isap nenen dia. Skarang ni pun dia tak isap but sekadar isap sua mulut jer. Bijak si kakak tu. Alhamdulillah, pengalaman menyusu anak pertama mengajar kak lin to be better dalam penyususuan anak ke-2. Dgn Damia hanya berjaya menyusu sehingga 1 thn 2 bulan. Dan Dzakirah sekarang sudah masuk 8 bulan menyusu penuh dgn susu ibu.

Kak lin doakan semua ibu2 menyusu juga dipermudahkan segala urusan berkaitan penyusuan. Semoga kak lin & breastfeder semua diberi kesabaran & kegigihan utk tidak mudah putus asa dengan penyusuan susu ibu. Amin!!

Sentiasa berdoa dgn Allah & minta padanya.

Zaidah said...

semoga adik anak dapat bf sepenuhnyer yer ummi...amin..

Mardiana Alias said...

As-Salam,

Thanks ye sbb letak mydearshoppe dalam senarai kat entry...seronok bc pasal bf & ebm kat blog ni...terus bersemangat..

mamaqari said...

salam..
mamaqari nk share skit pengalaman mamaqari..bg mamaqari utk electrical pump mama prefer spectra3 dan utk manual pum plk mama suka avent..yg best utk spectra 3 sb bunyi dia yg x bising (sesuai klu nk pump kt office). manual avent pum plk sgt lembut dan selesa (tp ssh skit nk pasang sb ada part2 yg kecik2)

anum said...

salam...

salam perkenalan...mohon izin saya dapatkan banyak info fasil bf. saya bf untuk anak saya yang sekarang baru 8 bulan.... tengah cari info nak tambah susu. banyak yang saya dapat kat blog pn...

saya pun ada pergi link mommaMia untuk dapatkan maklumat...terima kasih banyak2

mohon halalkan ye...

tqvm

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi