"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, October 7, 2012

I'm back!


Assalamualaikum buat semua. Sungguh lama Ummi Anas Aliff ni menyepikan diri dari dunia blogging. Tak tahu lah kenapa. Dulu Ummi seorang yg suka mencatat segala perkembangan anak2 dalam blog. Tapi sejak melahirkan Aliff, macam dah hilang hobi berblogging tu... Semua masuk fb je... Tu pun xsemua. Kadang2 je bila rajin n rasa sesuai. Sebenarnya takut org boring kot...

Di sebalik Ummi rasa mungkin orang menyampah, mungkin ada yg perli2, pasal anak2 pun nak cerita, rupanya ramai yg masih baca blog Ummi, dan selalu bertanya khabar, samada di blog ataupun di fb. Thanks Ummi ucapkan. Ummi nak cuba jugak kembali aktif mencatat di blog tp kadang2 tak ada mood menaip, hehe...

Ada yang bertanyakan perkembangan terbaru anak2. Secara ringkasnya Anas, putera sulung Ummi pada hari ni dah berusia 3 tahun 6 bulan 8 hari, masih belajar di CIC, Bandar Darulaman. Semakin banyak karenah, banyak mulut, dan sekarang mmg tgh pening melayan perangai dia yg banyak dipengaruhi karakter kartun di TV.

Aliff si putera kedua plak pada hari ni berusia 1 tahun 4 bulan 26 hari, lagi 4 hari genap 1 tahun 5 bulan (17 bulan). Aliff pun dah semakin smart sekarang. Boleh berjalan pada usia 13 bulan tapi sekarang masih berat mulut. Belum banyak words dia. Mungkin sbb dia hanya seorang di rumah pengasuh tanpa budak2 lain, jadi tak banyak komunikasi dgn budak2 sebaya membuatkan dia sedikit lambat bertutur.

Sebenarnya kami baru balik bercuti di Sabah (Kota Kinabalu dan Kundasang). Tapi Ummi belum amik lagi gambar2 dari adik Ummi. Nanti Ummi nak share jugak. Seronok tapi tak puas berjalan sbb sekejap sangat pergi, huhu... Ni la sikit antara gambar2 di Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah. Seronok bergambar kat situ, hehe...




Ummi sekarang buat part time baking. Amik tempahan sikit2. Yang selalu org order, kek karamel, pavlova, cupcakes red velvet, chocolate, carrot cake. Boleh la buat sikit2 utk tambah pendapatan utk savings dlm tabung family. Minat tp kadang2 melayan anak2 membataskan jugak. Selalu baking tengah malam time anak2 dah tido, ataupun pagi2 bangun baking sblm anak2 bangun. Kalau weekend, terpaksa la poskan anak2 ke rumah grandparents diorang sekejap, huhu...

Semalam Ummi buat Rainbow Cake. Kalau nak resipi, nanti tgk blog Dari Dapur Shira Shaakira ek...


Abah? Abah diorg ni makin busy sekarang. Weekend pun kerja. Hari biasa mmg balik lambat...

3rd baby? Haha, ramai yang tanya. Kami dah ready nak tambah ahli baru. Doakan lah... Teringin nak gegirl...

Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

1 comment:

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi