"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, January 18, 2011

Perjalanan paling lama.... KL-Jitra 14 jam?!!

Normal perjalanan KL-Jitra hanyalah 5-7 jam sahaja. Kalau driver tu pecut 160 km/h, 4 jam dah leh sampai kot... Tapi ape yang membuatkan perjalanan kami lama sangat sampai 14 jam?!!

Kami keluar dari umah kat Selayang kul 10am. Memang niat nak shopping kat IKEA before balik. Orang jauh kalau borong kat IKEA tu perkara wajib kalau sekali sekala mai KL ni. Ops, family kami je kot, hehe... Apepun Atuk & Nenda Anas memang penggemar barang2 dari IKEA. Turun kat Ummi, dan Ummi perturunkan kat Abah jugak. Now Abah pun dah sangat2 suka gi IKEA bila turun KL.

Apa perlu buat bila plan nak shopping kat IKEA?
  1. Masa plan nak datang KL, harus plan elok2. Barang2 pun jangan bawak banyak2 - sebabnya nanti tak muat plak kete nak letak barang2 yang nak beli kat IKEA tu.
  2. Kena tengok katalog awal2 ye. Bajet & plan betul2 apa nak beli. Kena tau saiz benda tu - muat ke tak dalam bonet?
Kami plan sekejap je nak ke IKEA tu sebab dah aim barang apa nak beli. Memang agak tak berlamaan la kat sana. Tetibe Ummi rasa nak ajak Abah gi The Curve. Ummi nak cari maternity wear. Masa pregnant Anas dulu, Ummi tak beli seluar. So, kali ni nak cari seluar.

Pastu nampak kedai barang RM5 - barang import dari Jepun. Masuk la borong sikit. Hm, masa ni Anas dah mula cranky, ngamuk2 sebab dah ngantuk. Jam pun dah dekat kul 1. Terus ajak Abah balik. Tapau lunch siap2. Masuk kete terus bagi Anas makan, kasi n***n dan dia terus zzzzzzzz. Ngantuk sangat dah anak Ummi ni...

Kami berhenti rehat kat Hentian Rawang, makan yang tapau tadi, solat jamak dan teruskan perjalanan.

Pukul 4 kami sampai kat Simpang Pulai. Memang plan nak ziarah baby ecahAbu. Plan tu nak datang sekejap je la. Tapi Abu pandai plak pujuk Ummi & Abah suh stay sampai dinner, sebabnya diorang nak gi mancing. Sempat lagi tu... Kalau ikutkan hati memang tamau bagi Abah gi mancing sebab perjalanan kami masih jauh lagi... Tapi ikut je la... So, Ummi ngan Anas stay la kat umah diorang sampai ke Maghrib. Lepas Maghrib, dinner lu, then terus balik.

Tu la sebabnya perjalanan kami sampai 14 jam, huhu... Sepanjang 14 jam tu langsung tak baring, mau tak lenguh pinggang & badan2 Ummi ni. Dok dalam air-cond plak malam2, memang la masuk angin je... Sampai umah kul 12 mlm, sebabkan dah jamak Isya', Ummi terus tido. Langsung tak tengok barang & baju kotor, hehe... Esoknye Abah nak gi keje tade seluar, haha... Tu la akibatnya gi mancing. Kalau balik awal, sempat je Ummi basuh seluar Abah tu, haha...

Ni gambar2 Anas dengan baby. Kat rumah diorang ni ada 2 orang baby. Sorang tu adik Abu, Iman nye baby, dah 36 hari. Sorang lagi tu anak ecahAbu la, baru 7 hari.

Ape la amanat Pak Cik Abu kat Anas tu?

Sayang adik! Ni Fatih Arraziq, anak EcahAbu.

Sayang adik lagi!

Sayang baby lagi. Ni Abdullah Naufal, anak Iman dan Umar.

Anas suka sungguh tengok baby. Dulu kan die selalu jeles, nangis2 kalau Ummi pegang baby lain. Sekarang ni, Alhamdulillah dia lagi suka Ummi pegang baby, tanak berenggang ngan Ummi ngan baby. Asyik nak cium baby je... Dah tahu die akan jadi abang, die dah prepare siap2 la tu... Alhamdulillah, jadi abang yang penyayang ye Anas sayang...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

3 comments:

Ummi AmnaAmzar said...

xlama lagi anas jadi abg la ye? anak ummi baru setaun dah suke baby sgt2..padahal dia pun baby lagi...hehe

[-suziey-] said...

soo sweet anas cium baby...dia dh ready nk dpt adik dh tu :)

pstt..xsbr nk tgk kerusi yg dibeli dr ikea tu :p

Ummi Salsabila said...

Singgah shopping mmg lamalah jdnya.hehe.
Odah smpi pukul 4pg.stop tidur dulu kat RnR.huhu.

Nak singgah kedah.tp orgnya dah turun KL..hehe

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive