"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, January 10, 2011

Nak taruk nama apa ya?

Mood malas nak update blog... Tak tahu la kenapa... Blogwalking sikit2 setakat yang mampu... Tak tahu nape hilang mood berblogging ni... Nak kena ikut cadangan Kakyong-tukar template utk kembalikan mood berblogging... Ada cadangan template yang best2 utk blog ini?

Sebenarnya Ummi sekarang sedang berdikit2 nak mulakan bisnes online. Mula dgn kawan2 dulu kat fb, Alhamdulillah, rasa seronok jugak berniaga ikut sunnah Rasulullah ni. Semoga rezeki ini diberkati Allah-untuk anak2 Ummi jugak...

Ummi mula kumpul modal sikit2 untuk beli barang yang lebih banyak. Cadangnya nak besarkan sikit2 lah. Dalam minggu ni sampai stok baru, insya'Allah. So, Ummi plan nak buka satu blog khas utk bisnes online Ummi ni. Ummi perlukan bantuan utk buat blog utk bisnes ni... Boleh kawan2 yg de online bisnes ni tolong Ummi?

Lagi satu, sekarang ni tengah dok fikir, nak taruk nama ape ye utk kedai online tu nanti? Puas perah otak, idea tak jugak datang, huhu... Sungguh la Ummi ni tak kreatif...

Nanti kawan2 sokong la part time bisnes Ummi tu ya. Antara barang2 yang Ummi cadang nak jual:

1. Baby's & Kid's Apparels
2. Cadar 100% Cotton buatan Malaysia (Melayu Islam)
3. Tupperware Brands

Sikit2 dulu, ada rezeki tambah lagi... Insya'Allah, semoga Allah bantu usaha kita bersama...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

7 comments:

layla_elyas said...

salam..wah tahniah dh start bisnes online..ela yg xstart2 g nih..hehe..ela doakan bisnes kak shira maju insyaAllah

Nadiah Sidek said...

akak pun tak kreatif jugak..huhu. nanti la kalau idea tiba2 muncul, akak bg cadangan utk kedai online shira ek ;)

[-suziey-] said...

oooo ingt nk nama anak..ekekeke:D

bgs2..bisnes kecil2 akn menjadi besar2..hehe..

emm akk tumpang bagi suggestion la..

emm Asha's Warehouse? hehe..

ummu said...

assalamualaikum dik
syukran jazilan dah singgah teratak akak yg satu lagi.ada masa singgahlah selalu erk.
wah org Melayu Islam ka yg buat cotton tu?kalau jual dgn akak dgn harga bisnes berapa erk?kid's appeareal tu bolehlah akak tengok nanti,kalau berkenan bolehlah akak beli utk anak akak usianya 3 tahun.

Kalau nak jual product anaedar dan Higoat, jomlah join dgn akak erk.

maria said...

1. AshAnas.com

2. AshAnas Shoppe

Ummi Hanie said...

salam Shira...

owh ni yg shira tanye td tu ek...hehe...hanie bukak dua,satu blogshop dan satu lg shopping cart guna www.lot.my...shira cubelah.tak silap,free trial setahun.

hanie mmg hobi tukar2 cat umah (design blog) . kdg tu dlm sebulan,berkali2 tukor sbb tak dpt yg berpuas hati lg..dah tu mmg minat lak godek2 sana sini..

nama...anas' little shop . hehe.amik smpena nama anas kan?mana tau bawak tuah...same2 le kite berniaga online..best shira..cume kena rajin update lah...apa2 buat pun mmg kena rajin kan?hanie ni kdgkala dtg mood malas gak..

Ummi Salsabila said...

oo.ada jual baju baby jugak ek?br odah tahu..:)

letak nama shira lah.cadangan maria tu odah setuju.

terjah dr penang mali..huhu

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive