"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, January 18, 2011

Jumpa teman bloggers. Siapa ya?

Hari Sabtu lepas gi umah Achik Ummi, plan nak ke rumah Bunga Anas plak kat Balakong. Tp diorang cakap diorang nak ke Kajang, umah abang ipar Bunga merangkap best fren Abah. Masa tu dah nak lunch. Sebut je Kajang, Ummi terus teringat kat restoran hasben sorang blogger ni. So, terus msg dia tanya kat mana Restoran Layar Maju tu. Jeng...jeng...jeng... Tetibe je tau plan... Masing2 eksaited nak bertemu....

Tapi................ Kawan Abah ajak makan nasi arab la plak... Abah cakap, takpe, makan nasi arab dulu, lepas tu kite pegi Layar Maju. Orait! Ummi ikut je sebab tahu Abah pun dah lama teringin makan nasi arab yang selalu menjadi buah mulut kawan2 die tu.

So, lepas solat sume, kami terus menuju ke Restoran Layar Maju milik suami Eliza Diana. Berdebar ni first time nak jumpe. Tapi sebab kemesraan di alam blog, tak kekok pun, segan sikit ade la. Maklumlah, kami ni orang biase2 je... Hihi...

Anas dapat jumpe dengan Abg Eiymann je. Kakak Riri xde. Tapi 'kaka' Eli ade, haha... Anas ni memang, asal orang perempuan je, sume panggil kakak. Kecuali yang sebaya Nenda & Tok dia, tahu la die panggil Tok ke. Yang lain, walaupun pangkat makcik, yang anak berderet, sumenye 'kakak'... Bangga jap ek Eli... (",)

Eiymann si comel mata bulat yang baru lepas nangis coz jeles mummy de dukung Anas, hihi...

Anas posing ngan 'kakak' Eli. Mula2 muka masam je. Pastu Abah suh tunjuk gigi, gitu la rupenye...

Pandai Aunty Eli umpan Anas... Hihi...

Anas bersama family Eli. Riri je xde, ikut cousin die...

Thanks Eli & Papa Eiymann sudi tunggu & layan kami... Nanti ade rezeki kite jumpe lagi ek!

Agenda berjumpa teman bloggers belum berakhir tau! Ada lagi... Yang ni plak, plan nak jumpa tu memang dah lama sangat dah, since March 2010. Tapi ade je halangan. Akhirnya dapat juga berjumpa ibu aQeel ni...

Mula2 kami plan nak jumpa kat luar. Tapi sebabkan ayah aQeel kena kerja plak on that day, kak suziey ajak dtg umah petang. Segan jugak nak terus serbu umah, first time nak jumpe ni, hehe...

Kami sampai umah kak suziey dah agak lewat. Lagi la segan. Tapi kak suziey nye layanan superb, hilang rasa segan, rasa mesra sangat walaupun baru je jumpa. Anas tido masa kami sampai tu. Tapi sebab dah nak masuk Maghrib, kejut la jugak. Sib baik die ok, walaupun mula tu agak marah tido die kena kacau, hihi...

Yang paling segan, kami siap tumpang mandikan Anas, tumpang solat, huhu... Pastu hujan sangat la lebatnye kat luar, susah hati nak teruskan perjalanan. Terasa la sangat2 menganggu...Huhu...

Tapi, Anas, lepas je mandi, dah segar bugar, terus la berkawan dgn abg aQeel. aQeel siap bawak Anas masuk toys room die... Senyap dua2 orang kat dalam tu main sesama2... aQeel happy la ade kawan. Anas pun sama la... Cepat mesra budak berdua ni. Sampaikan bila nak ajak Anas balik, aQeel dah sedih tanak kuar bilik, huhu...

Mula2 tu masing2 malu2 lagi. aQeel nak ajak Anas main. Tapi Anas tak pandai lagi. aQeel suh ayah die ajar Anas main, hihi... comel je aQeel ni tau!

Anas mula main dengan abang aQeel. Anas pun macam aQeel jugak, suka lori. Boleh jadi geng la depa ni...

Ni Anas mintak iPhone Abah plak. Nak main sama2 dengan abang aQeel.... Ha, dulu aQeel slalu main iPhone ibu kan, sampai bil 400++, terus ibu dia sorokkan, hehe...

aQeel ni pemalu orangnye, hihi... cute la die!

Huhu, anak bujang Ummi ni. Asyik dengan iPhone je... Sampai naik segan dah Ummi...

Ni nak balik dah. Anas salam & sayang abg aQeel dulu... Sebenarnya time ni budak berdua ni kena buli. Ade cite kat blog kak suziey.

Salam uncle plak...

Salam & sayang aunty suziey

Last but not least, wajib la ada gambar kami bersama kan...
(Gambar dengan Eli pun ada, tapi kat blog dia...)


pssssttt... jangan ditanya ye nape Ummi panggil Eli, Eli je & k.suziey plak kak suziey... Hihi, sebenarnya, Ummi takde jawapan. Ikut je kawan2 masa awal2 tu, hehe...

Sebenarnya plan nak jumpa Anje a.k.a Mama_Balqis jugak. Tapi takde rezeki lagi untuk kami berjumpa. Balqis pun demam lagi masa tu. Cepat sihat ye Balqis. Takde rezeki Anas nak jumpa model cilik nih...

Korang sume kalau datang Kedah, roger2 la. Boleh kite jumpa kat sini plak. Datang rumah lagi best! Leh masak, kan....

Next entry: Perjalanan paling lama... KL-Jitra 14 jam?!!

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

7 comments:

yatie chomeyl said...

bila Anas nk dtg jumpa auty dgn Nazhan pulak?

ibuayahdamia said...

wahh..bestkan jumpa kawan2 blogger...ayu dah baca kat entry suzi dan eli...

yg bestnya tu kawan2 anas semua lelaki kan..hehe..memang cam sesuai pulak jumpa diaorg..

Nadiah Sidek said...

baca dah kat blog suziey tadi. seronok tgk kwn2 blogger bertemu :)

[-suziey-] said...

adeiii lawak btl anas bole panggil kakak plak kt eli..haha:p aah tu la..padahal akk n eli sebaya tau..camno tu eli xde kakak..ish xleh jadi ni..nnti eli terasa dia muda..ouh tdk..hahhah jeles nih:p

ala shiera akk ok jek klu shiera nk lepak lama lagi..dh la ujan gitu..hehe..thanks ye shiera sudi dtg ke umah akk tu..nnti akk p kedah plak terjah umah shiera..hiks:p nk mandi sungai..ekekeke:p

e.l.i.z.@ said...

hihihiih eli ada jawapan utk tu..anas dh panggil 'kaka' so ibu anas tak leh ar panggil eli 'kak' :P

hehhehe tu diaaa KAK suziey dh komen tu hehehehhe i muda lagi k :P

ibu_Arifa said...

wah..tak boleh jd nih..nk kena singgah umah Shira jgk ni bila balik Jitra nnt.. nk rase masakan shira :)

✿etiey erywan✿ said...

wow gigih kan? hehhe.. suka- suka!!! nanti paksa puan suziey jadi pengetua gathering pulak...;P

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive