"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, January 25, 2011

Resipi: Karipap


Ummi dah pernah postkan resipi karipap ni kat blog lama Ummi. Ni masa zaman anak dara lagi ni. Dulu buat dengan bantuan bibik la. Tapi yang dalam gambar di atas, sendirian berhad la...

ni gambar2 dr blog lama - masa ni rajin amik gambar step by step - skrg dah ngak rajin lagi, hehe... boleh je nak refer blog lama tu...

Biasanya Ummi buat inti karipap kentang+ayam+kari. Hari tu je saja cuba2 nak wat inti karipap kentang+lada.

Inti karipap (kari) - amik dari blog lama gak...

bahan2nya… (org pun xtau the exact measure…coz main campak2 je…)
kentang dipotong dadu kecik2 je…
bawang merah/putih…untuk menumis
udang/ayam/daging… org guna udang kali ni punye…
serbuk kari sket… pndai2 bajet la nk taruk byk mana….
garam secukup rasa

>>tumbuk bawang dulu sampai halus pstu tumis la, pastu masukkan serbuk kari yg tlh dibancuh dgn air…bila dh naik minyak, masukkan kentang….tunggu smpai kentang empuk baru masukkan udang…pastu taruk la garam secukup rasa…dh agak masak, angkat n sejukkan…

Inti karipap (lada)

Yang ni Ummi tak tahu resipi yang betul2 cmne. Tapi Ummi buat ikut agak2 Ummi je le...

1 ulas bawang besar - didadu
5 biji kentang - dipotong dadu (kentang Ummi guna hr tu halus2 je)
Air
Garam
Lada Hitam
Daun Sup + Daun Bawang

Mula2 tumis bawang dulu sampai layu, then masukkan kentang dan air. Biar kentang empuk dan air kering, masukkan garam dan lada hitam. Gaul rata, then masukkan daun sup & daun bawang. Dah masak tu, tutup api, ketepikan inti dan sejukkan...
Cara nak buat kulit karipap plak:

bahan2:
tepung gandum…agak2 la nk wat byk mana…td org pakai 2cawan tepung
marjerin ckit…agak2 jugak
secubit garam
air
campurkan sume bahan di atas n uli smpai lembut…
dh jadi doh, betukkan bulat kecik2 mcm dlm gambar…
Ummi guna 1 cawan air untuk 2 cawan tepung. (tepung ayak dulu bg halus) air plak masukkan sikit demi sikit tau, jgn sekaligus...

Then, biarkan sekejap doh tu (bertutup) - org ckp bg lembut dulu... Pastu boleh la mula buat karipap - boleh follow step Ummi kat sini.

Selamat mencuba ye kawan2... Karipap ni leh wat frozen. Bila2 nak makan, goreng je la... Tapi simpan elok2 la. Jangan tindan karipap (nanti melekat antara 1 sama lain) - lapik dgn plastik dan jarak2kan sikit bg ada ruang. Yang penting jgn bg melekat je...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

2 comments:

e.l.i.z.@ said...

rajinnya buat karipap! eli ni mmg malas masuk dapur heheh

[-suziey-] said...

rumit la buatnya..klu ak beli je la puas..hahahah beli segera pnya lagi senang..ekekk:D

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive