"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, September 2, 2010

Tunda lagi...

Asalnya kami plan nak ke Shanghai tu 21-25 Sept 2010. Tapi boss cakap better pi awal sebab seboleh2nya boss nak lif tu sampai awal, boleh pasang awal. Sekarang projek SIRIM tu mmg ahead 2 weeks from schedule. Tu yang boss excited nak bagi siap awal projek ni. Dia siap cakap, kalau projek ni boleh siap awal, dia akan bagi special bonus untuk semua staff, Alhamdulillah, Ameen!


So, Boss suh awalkan, pi 3-7 Ogos 2010. Tapi disebabkan masa Boss cakap tu pun dah nak masuk bulan July, maka kelam kabut pihak supplier nak arrange the visit. So, ditunda lepas raya plak, back to plan asal, 21-24 Sept 2010. Jadi 4 hari je instead of 5 hari sebabnya pihak SIRIM tak mau ada shopping bagai dalam visit tu nanti. It is a factory visit bukan jalan2 time, hehe... Consider la sket kan, bukan selalu dapat pi Shanghai tu kan...

Then, dapat plak email dari supplier, kilang KONE kat Shanghai tu akan tutup pada 22-24 Sept 2010 sebab diorang ada Mid Autumn Festival
celebration
. So, arrange balik schedule, decide to go on 27-30 Sept 2010.

Tapi masih ada satu lagi masalah. Tujuan SIRIM hantar wakil ke Shanghai sebab diorang nak examine the testing process untuk lif yang akan di pasang di bangunan baru tu. Seboleh2nya SIRIM nak examine lif diorang jugak2 la. Unfortunately, production line kat sana akan terganggu sedikit la. So, menepati kehendak SIRIM, pihak supplier decide tunda ke 11-14 Oct 2010 la...

Bagus jugak diorang tunda ni. Sebabnya:
  • Ummi masih ada banyak masa untuk kumpul EBM stock for Anas
  • Masa tu pun Anas dah besar sikit, dah setahun setengah
  • Mungkin time tu dah agak selesa dengan rumah baru, so senang dan selesa Mak Tok nak tido situ untuk jaga Anas
  • Dapat la gi konvo Achik 26 Sept 2010 kat UTM Skudai. Ada chance, leh gi Singapore sekali
  • Dapat join Wacana MATRI kat Putrajaya 25 Sept 2010 (Tetap tak dapat gi birthday party Arifa Dalila pada hari yang sama coz Ummi might be dah on the way ke Johor, singgah KL)
  • Masa tu dah Autumn,so sejuk la sket
Yang bestnya, ada Shanghai World Expo 2010 (sampai 31.10.2010) - boleh ke pi, dah takde leisure time, kan?

**Jangan depa tunda lagi sampai ke bulan 12 plak sudah... Bunga nak kenduri plak...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

7 comments:

ibu_Arifa said...

ingatkan tunda ni sempat lah nk mai birthday party Dalila..tp tu lah..Acik Anas pulak konvo esoknyer kan..sure kena bertolak awal.

amboi..byk nyer plan Shira ni..merata nk 'singgag' tu..sambil menyelam minum air sekali..yer tak?

kakyong said...

ohh gitu plak jdinya..
susah juga bila plan nak jln jauh ni.. ;)

abah_izz said...

keje ngan KONE ke...slalu gak inspect kone punya lift kt building2 yg nk pasang & dh pasang..

abah_izz said...

keje kone ye..slalu gak inspect lift kone yg nk n dh pasang pd building2..pma punya

AshAnas said...

@abah_izz
eh, bukan... sy as kontraktor... km skrg buat projek utk SIRIM BERHAD. dlm bangunan 5 tingkat yg kami build tu nk pasang lif dr KONE ni... dlm kontrak, km kena observe inspection lif tu kt kilang dia kt Shanghai before shipping ke Malaysia...

AshAnas said...

@kakyong
biasa la tu kan kakyong... cuma jgn ditunda lg smpai hujung tahun sudah la...

AshAnas said...

@ibu_Arifa
tu la kak min, harap boleh join gak majlis dalila nnti...
tp kebetulan plk ada alumni, diorg wat kt putrajaya, dh mmg on the way ke johor plk time tu...
sori, ms awal2 kak min tanya tu, lupa psl shanghai n konvo adik tu...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi