"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, September 30, 2010

Hadiah paling bermakna buat kami tahun ni...


~Entry tak bergambar sbb tak larat nak pilih gambar, huhu~~

Semalam Anas genap 1 tahun 6 bulan. Selamat dah kena cucuk hero Ummi ni... Demam sikit last night. Tapi hero Ummi kuat kan sayang!

Hari ni plak Ummi genap 26 tahun. Happy birthday to us! (",)

Takde la apa2 celebration pun, dah tua kan... Dengan keadaan Ummi yang tak berapa sihat ni, Ummi dah cukup happy terima ucapan yang sangat manis daripada kawan2 semua... Best gak ada facebook ni...

Dulu bila time birthday je, mesti dapat kad atau hadiah. Masa tu happy tak terkira. Bila zaman semakin canggih, kad bertukar menjadi e-card, pastu sms, skrg facebook plak...

Hari ni Ummi dapat hadiah baju kurung cotton yang sangat comel pemberian Bunga, bekas potpuri yang sgt eksklusif dari Nenda... Thanks a lot!

Sebenarnya birthday kali ni, Ummi dapat hadiah yang sangat istimewa dan hadiah yang Ummi boleh kongsi dengan semua orang.... Anas akan jadi abang tak lama lagi... Syukur Alhamdulillah... Sekarang ni Ummi 6-7 weeks pregnant. Tak dapat nak pastikan betul2 lagi...

Kalau pregnant kan Anas dulu Ummi alah teruk since 5-6 weeks pregnant. Skrg pun sama. Awal2 tu Ummi cuma rasa pening dan loya je. Ni baru semalam dah mula tak boleh bau makanan, hilang selera makan, loya sepanjang hari.

Asalnya nak sorokkan dulu dari kawan2 kat ofis, nak tunggu lepas balik Shanghai dulu. Tapi dah kerap kuar masuk toilet dok 'uwek2', dah tak boleh sorokkan lagi dah, huhu...

Hm, nampaknya Ummi pergi Shanghai nanti bawak adik la... Risau gak dengan alah ni. Dulu masa tau pregnant Anas, sehari sebelum gi Bali. Memang sangat tak seronok berjalan sbb alah. Ni kena pergi Shanghai plak, camne la... Huhu....

Doakan kesihatan Ummi dan adik Anas ya... Ummi minta maaf sbb tak boleh nak blogwalking lagi buat masa ni. Kepada contestant Ummi, harap bersabar menanti kunjungan Ummi ya... Ummi hargai sangat semua yang dah join. Thanks a lot... Masa masih panjang, ada 20 hari lagi... Sapa yang belum join cepat2 ya...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

13 comments:

Atiqah said...

tahniah kak shakira...

haszuraidah ishak said...

selamat hari lahir & tahniah!! take care yer..

ibu_Arifa said...

happy birthday shira!!
tahniah sekali lagi yer..syoklah tahun depan dah bertambah seorang lagi ahli keluarga...meriahlah kat rumah baru tu nantikan..

yatie chomeyl said...

weeeeeee bestnya Anas dh nak jd abang..i'm happy for u. hepi bestday shira

[-suziey-] said...

congrates shiera..happy besday..bestnye hadiah:p

Ammi Sara said...

Salam shira, hepy besday dear :)
congrats on ur 2nd pregnancy..seronoknye!!
k.sara doakan shira kurang alah kali ni, n semua ok for u n bb, kira anas dah stop bf ke camne?
take care..

Sharini aka Ummi Khayra said...

Salam shira... tahniah shira...dah pregnant... :) hehehhehe semoga pregnancy kali ni dilindungiNya jugak... :) i'm happy for you.. take care

layla_elyas said...

tahiniah kak shira ;)

Dayah said...

tahniah dik... take care ye...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam ukhuwah shakirah...
saya baru jumpa blog syakirah ni. harap dapat berkongsi cerita dgn shakirah.

tahniah atas kandungan kedua ni. jaga diri baik2...jaga kandungan baik2 :-)

semoga ukhuwah berpanjangan....

f a i z a h 's said...

Happy birthday yg ke 26 shira...n tahniah byk2 ats hadiah yg xternilai itu...harap2 gegirl lak...hihi..apa2 pn bersyukur kn...bila due shira??? all the best...enjoy ur 2nd pregnancy~!

ardyim said...

epy belated bfday n congrats 4 ur 2nd bby.. jge elok2 ye…:)

kakyong said...

hepi 26th besday shira... semoga bahagia selalu di samping anas & adik anas..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi