"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, February 1, 2010

Kesinambungan entry udang galah

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Haha, jom gelakkan Ummi ramai2... Lambat update kisah Ummi, Abah dan udang galah ni, mesti sume dapat agak Ummi & Abah tak dapat udang... Haha...

Sebenarnya dapat gak, tapi dua ekor je... Ye, diulangi DUA ekor udang galah je selepas menanti selama DUA jam dan kena bayar DUA puluh ringgit malaysia....

~Ummi google je gambar ni, buat tatapan sume, haha...~

Kalau ikutkan, Ummi memang tak suka tunggu lama2 memancing ni, bosan dan buang masa je rasanya... Tapi, bila dapat hasil, seronok sangat tau! Udang yang kami dapat malam tu besar2 bapak udang jugak, lagi la seronok... Tapi, mmg sangat2 la bosan nak tunggu je umpan dimakan oleh udang... Sometime, udang makan, tapi tak sangkut kat mata kail... Ataupun, kami yang tak pandai nak jinakkan udang naik ke atas, terus terlepas... Haduh, kalau udang tak terlepas, 8 ekor jugak la kot dapat udang galah malam tu...

Tapi, takpelah, Ummi happy jugak sbb dapat kongsi hobi Abah, dapat berdua-duaan je ngan Abah (Ummi tipu je, sebenarnya asyik tingat kat Anas je tau! Call Mak Tok kat umah, Mak Tok cakap Anas dah lama tido... Sian Anas malam tu tido tak nenen Ummi dulu... Bila Ummi angkat Anas letak sebelah Ummi, terus Anas cari2 nak nyusu... Sian Anas... Ummi dah tak sanggup nak tinggal Anas lagi...)

Sekali sekala je ni, kena kongsi gak apa yang suami kita suka buat, temankan dia... Abah pun happy malam tu... Selalu Abah lebih suka keluar dengan kawan2 dia, tinggal Ummi & Anas kat umah. Tapi malam tu, bila Ummi ajak Abah mancing udang galah, Abah terus cancel nak jumpa kawan lama dia... Huhu...

Ummi & Abah sayang Anas!

6 comments:

fazlinil irma said...

elok la tu.. sorang sekoq.. pas ni dapat tiga plak..bg kat anas..

AshAnas said...

tu la kak, sorg sekor... hehe

Ummi Salsabila said...

org yg suka memancing ni.orgnya penyabar kan.lame nyer nak tunggu nak dptkan hasil.hehe

[-suziey-] said...

perghh beso btl udang galah ni..byk hasil tangkapan..

AshAnas said...

kak suziey ni perli org ek.... ekeke...

temp. housewife said...

sabar jelah ye. lain kali boleh cuba nasib lg.

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi