"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, February 22, 2010

Corat coret gathering susuibu.com zon utara

Assalamualaikum anak soleh Ummi... Tika ni Anas dah pun tido lepas kekenyangan minum susu Ummi, Alhamdulillah... Next week Anas genap 11 bulan & Anas masih menyusu badan walaupun banyak sangat cabaran yang Ummi hadapi... Ummi tetap berusaha untuk beri susu ibu, makanan terbaik buat permata hati Ummi & Abah...

Tadi kan ofismate Ummi ada cakap, Ummi ni betul2 jaga Anas, hope bila Anas dah besar nanti, Anas akan jaga Ummi macam Ummi jaga Anas... Alhamdulillah, terharu Ummi dengar dia cakap camtu...

Sayang, rentetan entry Ummi cite pasal BS kasik FM senyap2 kat Anas tu, mamanoa ajak Ummi gi gathering susuibu.com zon utara kat Taman Belia, Penang... Setelah berbincang dgn Abah, dan Abah setuju, maka sampai lah jugak ke gathering tu... First time Ummi pegi, rasa seronok sangat.. Thanks Abah sudi bawak Ummi walaupun sesat sblm sampai tu...

Alhamdulillah kat sana Ummi jumpa kenalan2 blog Ummi, antaranya kak meen aka ibu_arifa, kak nora aka mamanoa dan kak dayah aka imtiyaz... Dan ada jugak dari Jitra, Kak Rini & Kak Hana, dan ramai sangat kenalan baru yang boleh berkongsi cerita... Tambah lagi kenalan blog & kenalan FB, kak sara & kak nora Sangat best! Apasal sume kakak2 je ni, sebab Ummi paling muda hari tu, hehe...

Slot dengan Dr. Balkees paling Ummi seronok sbb dia Lactation Counselor (LC) & Paed dari Pantai Hospital... Pandangan Abah ttg susu ibu dan FM sedikit berubah lepas dengar apa yang Dr. Balkees sampaikan, dan Abah dah tak suruh2 Ummi top up FM lagi dah, Alhamdulillah....

More story about this gathering, kat blog kak dayah

ramai kan, kak dayah cakap, gath kali ni double from last year nye gath

kak shida yg sgt best giler tgh cite pasal baby sling... Lps balik tu Abah tanya Ummi bape harga, berkenan ke? Tapi mmg menarik pun berbanding batik lepas mcm bibik buat gendong baby tu... haha... tanak la Ummi pakai batik lepas... Rela cari kain jahit sendiri, haha...

Anas ni dengan sape pun dia nak tambah2 dengan budak2... Ni Anas dengan Kak Sara

Ummi tgh share ttg Cloth Diapering

Kenalan blog Ummi, Kak Meen with Dalila & Kak Nora with Imran

Puteri Kak Meen yang tetibe pandai posing & asyik posing dpn kamera, hehe... Comel sangat Dalila ni...


Ummi & Abah sayang Anas!

5 comments:

Ummi Salsabila said...

wah..bestnye dpt gathering.dpt jupe kak min n dayah yer..

pe dr balkees tu habaq? citerla..

tauke-minyak said...

bestnya dpt jumpa member2 blogger... kak long ada hal aritu, sebab tu tak dpt nak join...

AshAnas said...

odah, nnti shira buat entry khas ek...

tauke_minyak ni kak long ke? hehe...

Dayah said...

AKHIRNYA kita bersua jugak..mmg paling muda pun Syira ni, baby face lak tu...

ibu_arifa said...

bestkan p gathering ni.

nnt nk minta shira wat entry apa info2 dari dr.balkees tu juga.. kak min x sempat dgr pun..dalila dok sibuk nk menyusu dan meragam sbb panas pulak time tu..rugi,terlepas peluang nk dgr ilmu2 BF aritu.

p/s: tu 1st time dalila wat cam tu (xmalu tul..) dgn kemera org..even dgn kamera mak2 sedara dia pun dia tak wat gitu..dia menyorok/lari lagi ada lah..

dia suka/mesra dgn hubby Shira pulak tiba2.

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi