"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, March 31, 2011

Anas' Little Shoppe

~STICKY ENTRY~
~Scroll bawah untuk entry terkini ya~

Assalamualaikum....

Dengan ini, Ummi nak jemput semua pembaca dan followers AshA's FaMiLy mengunjungi 'kedai kecil' Ummi @ http://anas-little-shoppe.blogspot.com/

Jemput la ke sana untuk lihat koleksi cadar yang cantik2, 100% cotton, produk Muslim (support perniagaan Muslim), cadar yang cantik, sejuk, selesa....

Jika berminat nak beli, isi form yang disediakan di sana. Ummi sedia melayan sebarang pertanyaan berkaitan produk jualan Ummi...



Jemput ya semua & support bisnes kecil-kecilan Ummi ni...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Hadiah Birthday


Inilah hadiah birthday dari Ummi & Abah untuk Anas tahun ni. Ingat tak Ummi pernah cerita ttg hobi Anas main iPod Ummi? Dalam iPod Ummi tu, dia suka application MyFirst Iqra'. Application tu dari IslamKids.my ni la. Ummi jumpa produk ni dari Brainy Young Caliph. Terus niat nak hadiahkan untuk Anas sempena dia 2 years old.

Anas excited sangat dapat hadiah ni. Tapi rasanya Ummi yang terlebih excited, hehe... Tak sabar nak ajar dia macam-macam. Ummi suka la buku2 ni. Menarik perhatian kids to learn. Lukisan kartun dia pun comel sangat. CD dia Ummi cuba bukak kat TV tapi takleh baca. Belum cuba kat laptop or komputer lagi sbb tak sempat. Weekend ni, insya'Allah...

This CD set is best used as an educational aid for your 2-4 years old kids. The cute and interactive characters makes learning about Islam and FUN adventure for the Baby Khalifah.
So what will you get when you purchase this set? 
  • 6 Baby Khalifah CDs on [My First Solat], [My First Kalimah], [My First IQRA], [My First Arabic], [My First Adab] & [MyFamily],
  • 6 workbooks, on [My First Solat], [My First Kalimah], [My First IQRA], [My First Arabic], [My First Adab] & [MyFamily],
  • 1 color set,
  • 1 car sticker,
  • 1 flashcard set; and
  • 1 bookmark.

Harga? RM90.00 sahaja. Berbaloi kan....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Alhamdulillah, syukur... Tertunai sudah hak Anas....




Sapphire (2 years)

Alhamdulillah, tertunai sudah hak Anas. Tertunai sudah tanggungjawab Ummi menyusukan Anas sehingga dia genap 2 tahun. Ikutkan masalah kandungan Ummi, sepatutnya Ummi dah kena stop bf Anas since last two weeks. Tapi Anas tak mahu. Anas belum bersedia nak wean off. Ummi pun tak tahu cara. Memang ada rasa contraction bila dia bf, tapi cuma contraction ringan. So, Ummi cuba teruskan selagi mampu.

Tapi hari ni, rasa macam nak kena ajar dia stop terus sbb masa gi check up semalam, midwife cek kaki Ummi dah bengkak. Ummi cite la masalah sakit pinggang Ummi tu, rasa contraction, sakit di bawah... Midwife cakap tu sume tanda dah dekat nak bersalin. Die cek lagi kepala baby, ya, mmg dah kat bawah. Die risau lagi & terus refer Ummi jumpa doktor. Tapi Ummi terlambat sikit je, doc baru balik masa tu, huhu...

Hm tanak fikir sangat pasal tu. Cuma berharap baby mampu bertahan at least sebulan lagi...

***********************************************************************************************


Ummi nak kongsikan kegembiraan Ummi. Alhamdulillah, penat lelah Ummi berkempen tentang kebaikan susu ibu membuka mata ramai ibu2 baru. Seronok dengar diorang bercita2 nak menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Ummi turut berdoa untuk mereka semua. Yang penting usaha, kuat semangat, jangan putus asa. Itulah kunci utama kejayaan dalam penyusuan susu ibu. Ya, sokongan org terdekat mmg penting. Tapi kisah Ummi, Ummi berjuang sendirian di awal2 dulu. Agak lama sikit baru Ummi berjaya buka mata Abah.

Sekarang Abah lah orang yang paling bangga dengan Ummi, syukur Alhamdulillah... Ummi tak harapkan orang lain, kecuali Abah sorang. Sokongan Abah, kekuatan Ummi... Dan sekarang Ummi ada kekuatan itu untuk menyusukan adik...

Sebenarnya Aimi ni ex-ofismate Abah. Kawan2 kerja Abah dulu rajin gak buka blog Ummi. Mungkin dari situ mereka ter'inspired'. Apapun, syukur sangat2 ke hadrat Allah. Semua kehendak mereka sendiri. Kita sekadar memberi dorongan.

Ada jugak kawan2 Ummi yang tak mampu nak teruskan bf. Tapi mereka dah cuba bagi yang terbaik cuma ada masalah2 tertentu yang menyebabkan mereka tak boleh nak teruskan. Ye lah, Ummi sendiri akui, bukan mudah lebih2 lagi bila ini adalah pengalaman pertama. Dengan Anas dulu pun, Ummi dah lalui macam2 cabaran. Adakalanya Ummi juga hampir berputus asa. Tapi Alhamdulillah Allah beri Ummi kekuatan...

Ummi seronok berkongsi dengan ibu-ibu baru. Baru je dok sms dgn cousin Ummi, dia ada sedikit masalah. Insya'Allah, Ummi bantu sedaya yang mampu, bagi sokongan kat dia. Turunkan tips2 dan petua untuk dia. Ummi happy berkongsi...

Ummi harap Ummi mampu dan terus diberi kekuatan untuk menyusukan adik plak. Ummi harap cabaran2 yang Ummi lalui dulu boleh Ummi jadikan pengajaran... Semoga Allah murahkan rezeki untuk adik, Ameen...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, March 29, 2011

Anas turns 2 today!


Anas sayang,
Hadirmu anak penyeri hidup Ummi dan Abah...
Saat mengandungkan mu, Ummi dan Abah sangat-sangat tak sabar menanti kelahiran mu...
Menyaksikan proses kelahiran mu menginsafkan kami...
Alhamdulillah, kamu dilahirkan sihat sempurna dan cukup sifat...
Cabaran untuk membesarkan mu telah bermula...
Ingin memastikan kamu membesar dalam suasana penuh tarbawi...
Seperti didikan Rasulullah S.A.W...
Ingin memastikan kamu membesar menjadi Muslim Qawi...
Ingin memastikan Biah Solehah mengelilingi mu anak...
Ingin kamu yang membentuk Biah Solehah dan memeliharanya...
Ingin ruh dan jasad mu sentiasa mengingati Allah yang Maha Menciptakan...
Ingin aqal mu secerdik ilmuwan-ilmuwan terulung di muka bumi...
Yang berilmu dan beragama...
Yang menjaga ilmu dan agamanya...
Yang menjaga dunia dan akhiratnya...
Agar wasatiah sentiasa ada dalam diri....

Anas sayang,
Melihat mu membesar...
Merasa sendiri pengalaman membesarkan mu...
Sangat membahagiakan Ummi dan Abah...
Keletah mu menceriakan hidup kami...
Di kala kami keletihan, dikau mampu membuat kami tersenyum...
Kecerdasan mu...
Adakalanya agak meletihkan kami...
Tapi kami tetap terhibur mengejar mu ke sana ke mari...
Kecerdikan akal fikiran mu...
Kadang-kadang membuatkan kami terpaku...
Tapi kami bersyukur kerana kamu cepat belajar...
Karenah mu...
Adakalanya memeningkan kami...
Tapi kami tetap sabar melayan kamu...
Kerana kamu anak yang diamanahkan...
Kamu anugerah terbesar...

Anas sayang,
Jagalah solah mu...
Kerana itulah tiang agama...
Basahkanlah lidah mu dengan alunan Zikrullah...
Fasihkan lidah mu membaca Kalamullah...
Merdukan suara mu melaungkan Azan...
Semoga kamu menjadi insan yang berTaqwa...
Yang akan mendoakan hari Akhirat Ummi & Abah...

Anas sayang,
Jadilah seorang abang yang bertanggungjawab...
Pengasih, Penyayang terhadap adik-adik mu...
Jagalah adik-adik mu...
Sayangi dan kasihi mereka...
Jadikan diri mu contoh terbaik buat mereka...
Dikau lah anak harapan Ummi dan Abah...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Sunday, March 27, 2011

My encem boy

Hensem tak saya?

Baru potong rambut ni sebab rambut lama dah nak masuk mata. Pastu sume org dok ingat dia girl. Dah la rambut halus, lurus, panjang. Memang org ingat girl.





Tapi, bukan senang nak potong rambut die kali ni. Beza sangat masa first time bawak die ke kedai dulu. Boleh tgk video lama tu kat sini. Senyap, sopan dan santun je kan. Langsung tak bunyik suara...

Yang kali ni, Ummi rasa cam nak join nangis sama... Hm, problem plak nak upload video tu kat sini. Tapi Ummi dah upload kat facebook Ummi. Klik sini utk tgk video tu.

Ada kisahnya yang dia leh nangis camni. Sebenarnya pagi tu Abah dah bawak gi kedai. Beratur punya panjang, bila dah sampai turn, letak atas kerusi tu dia ok lagi. Tapi bila uncle tu selubungkan dia dengan kain, terus dia tanak duduk. Anas ni memang sangat rimas bila kena selubung camtu. Tido malam pun tanak pakai selimut. So, Abah tanya boleh tak kalau kalau uncle tu potong rambut Anas sambil Abah pangku dia. Uncle tu jawab susah la kalau camtu. Hm, disebabkan Anas tamau duduk,  maka tak jadilah operasi gunting rambut Anas pagi tu.

So, lepas balik kerja, Abah ajak Ummi teman sekali. Pergi kedai lain plak. Abah tanya siap2 boleh tak Abah nak pangku dia. Orang tu jawab boleh. Mula2 dia ok. Tapi bila kena selubung je, Anas terus nangis yang sangat teruk seolah2 macam orang nak buat dia. Puas pujuk jugak. Tapi orang tu, tak sempat kami pujuk Anas dia terus je pegang mesin dan potong rambut Anas. Geram jugak Ummi. Dia tak heran sikit pun tengok Anas nangis teruk camtu. Kami pun tak terkata apa.

Serik dah nak bawak Anas gunting rambut kat kedai. Sebelum ni tokwan die tolong gunting sikit2. Ala, sekadar gunting depan sikit, kat telinga sikit, kejap je rambut die panjang balik. Lagipun sekarang dia dah tanak duduk diam. Abah decide nak bawak die gi kedai sbb ingat die duduk diam je masa first time dulu. Lepas ni kena suh Abah beli mesin sendiri la mcm kawan2 suggest kan tu...


Hm, rindu plak rambut lama dia ni, hehe...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Saturday, March 26, 2011

Recognizing Shapes

Alhamdulillah, Anas dah boleh mengenal bentuk. Ni application dr iPad. So far, iPad ke iPod ke iPhone ke sgt byk membantu kami for early educations ni.

Tak sabar tunggu next week. Ade something special untuk Anas - birthday present for Anas lah. Birthday dia 29 March ni...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Thursday, March 24, 2011

Kenali Tanda Segitiga Pada Bahan Plastik


This article totally C&P from this blog
Ummi dpt link ni dari Mama Yatie

Tahukah anda bahawa bahan yang dibuat dari plastik seperti botol plastik, tidak semuanya selamat digunakan. Tentunya kita tidak tahu plastik mana yang selamat dan yang tidak selamat untuk digunakan. Namun telah ditetapkan secara antarabangsa menggunakan kod dan simbol yang sama. Tahap selamat  dari setiap bahan plastik dinyatakan dalam kod atau simbol yang biasanya terdapat atau dicantumkan pada bahan plastik tersebut. Kod ini dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Syarikat dan diselaraskan oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization).
Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:
1. Berada atau terletak di bahagian bawah
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga

Tanda pengenalan plastik itu dibahagi kepada 7 jenis.  Tanda-tanda plastik tersebut adalah:

JENIS PERTAMA:
Tanda ini biasanya tertera logo segitigadengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol plastik, berwarna jernih(transparent) seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. BOTOL JENIS PET/PETE ini HANYA SEKALI PAKAI. Bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air suam ataupun panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogenik (dapat menyebabkan kanser) dalam jangka panjang.

JENIS KE 2:
Umumnya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo tigasegi dengan angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu,tupperware, kerusi lipat, dan lain-lain. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Sama seperti PET, HDPE juga hanya untuk sekali pemakaian kerana pelepasan senyawa antimoni trioksida terus meningkat.

JENIS KE 3:
Tertera logo tigasegi (kadang-kadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V. V itu berartiPVC (polyvinyl chloride), iaitu jenis plastik yang paling susah dikitar semula. Plastik ini boleh dilihat pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang dibuat dari polietilena atau bahan semulajadi(daun pisang misalnya).

JENIS KE 4:
Tertera logo tigasegi dengan angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE. LDPE (low density polyethylene) iaitu plastik jenis coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak), biasa digunakan untuk bekas makanan, plastik kemasan, dan botol-botol yang lembik.

Sifat jenis plastik LDPE adalah kuat; agak tembus cahaya; fleksibel dan permukaan agak berlemak; pada suhu di bawah 60oC sangat resisten terhadap kimia; daya perlindungan terhadap wap air yang baik; kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen; plastik ini boleh dikitar semula, baik untuk barang-barang yang memerlukan kelenturan tetapi kuat, dan memiliki resistensi yang baik terhadap reaksi kimia.

Barang berbahan LDPE ini susah dihancurkan, tetapi tetap baik untuk bekas makanan kerana sukar bereaksi secara kimia dengan makanan yang disimpan dengan bahan ini.

JENIS KE 5:
Tertera logo tigasegi dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi. Jenis PP (polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk bekas makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan terpenting botol minum untuk bayi. Carilah dengan kod angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan berbagai makanan dan minuman.

JENIS KE 6:
Tertera logo tigasegi dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. PS (polystyrene) ditemukan tahun 1839, oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa dipakai sebagai bahan bekas makanan styrofoam, bekas minuman sekali pakai, dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain tempat makanan, styrene juga boleh diperolehi dari asap rokok dan asap kenderaan. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita dan pertumbuhan dan sistem saraf dan bahan ini juga susah dikitar semula. Bahan ini memerlukan proses yang sangat panjang dan lama. jika dikitar semula Bahan ini dapat dikenali dengan kod angka 6, namun bila tidak tertera kod angka tersebut pada barangan plastik, bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara terakhir dan sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning-jingga, dan meninggalkan jelaga.

JENIS KE 7:
Tertera logo tigasegi dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis, iaitu :
1. SAN – styrene acrylonitrile,
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene,
3. PC – polycarbonate; dan
4. Nylon.

Biasa digunakan sebagai bekas makanan dan minuman seperti botol minum ahli sukan,  peralatan rumah, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik kemasan. SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan berus gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa.

Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat.

Dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.

Apakah yang Dapat Kita Peroleh dari Informasi SIMBOL PLASTIK Tersebut?

Harus bijak dalam menggunakan plastik, khususnya kod 1, 3, 6, dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai!

Adalah selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS)

Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5.
Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai. Gantilah dengan botolstainless steel atau gelas/kaca.

Elakkan memanaskan makanan yang disimpan didalam plastik, khususnya pada microwave oven, bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus ketika akan dipanaskan di dalam microwave oven.

Elakkan menggunakan plastik untuk menyimpan makanan berminyak atau berlemak. Cubalah untuk  menggunakan bekas kain untuk membawa sayuran, makanan, ataupun belanjaan. Elakkan penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunalah alat makan stainless steel, kaca,ceramic atau kayu.

Bahan Plastik Yang Selamat
Sebelum membeli makanan atau minuman, masyarakat seharusnya memilih bahan plastik yang selamat untuk digunakan. Untuk mengetahui bahan plastik yang selamat digunakan, lihatlah nombor-nombor yang tertera. Nombor itu biasanya berada di dalam segitiga tanda panah melingkar dibahagian bawah. Setiap nombor menunjukkan bahan yang digunakan.

Nombor 1:
Polyethylene terephtalate (PTE atau PETE), biasa digunakan menyimpan air minum, minuman ringan berkarbonat, jus buah-buahan, minyak masak dan jeli.
Nombor 2:
High density polyethylene (HDPE), biasa digunakan untuk menyimpan susu, yogurt.
Nombor 4:
Low density polyethylene (LDPE), biasa digunakan sebagai cling wrap, plastik roti, makanan beku dan botol plastik yang dapat ditekan.
Nombor 5:
Polypropylene (PP), biasa digunakan untuk menyimpan sup, sos tomato dan margerin.

Diantara jenis plastik tersebut yang relatif paling selamat dan telah diuji oleh (FDA) adalah PET (nombor 1). Jadi, bila botol air minuman kita bertanda nombor 1, bermakna dibuat dari PET; plastik itu selamat untuk menyimpan makanan atau bersifat food grade.

Bahan Plastik Yang Tidak Selamat…!!!
Berikut adalah jenis plastik yang penggunaannya tidak diperbolehkan untuk bekas makanan kerana mengandungi bahan berbahaya yang dapat berpindah ke makanan.

Nombor 3:
Polyvinyl chloride (PVC atau disebut vinil). Plastik ini sering dibuat cling wrap. Sering juga dipakai untuk bekas coklat. Ada juga botol plastik yang dapat ditekan (untuk pengeluaran bahan) dibuat dari PVC.

Nombor 6:
Polystyrene (PS), biasanya digunakan untuk membungkus buah dan sayuran.

Nombor 7:
Jenis plastik lainnya, terutama polycarbonate. Plastik ini mengandungbisphenol-A yang berbahaya. Plastik ini tahan suhu tinggi. Ada yang menggunakan sebagai botol susu bayi dan alat-alat makan (sendok, garpu, pisau plastik).

Hindari Panas Minyak
Penggunaan plastik untuk membungkus makanan juga perlu dielakkan. Hindari memanaskan makanan dengan cara dibungkus dengan bahan yang dibuat dari plastik dalam microwave.

Elakkan menggunakan tempat dari bahan plastik untuk menyimpan makanan panas, apalagi berminyak, dalam microwave.

Kesimpulan:
Plastik sangat berbahaya jika terkena air / makanan yang panas. Jangan masak atau mencedok nasi dari periuk dengan menggunakan penyedok yang dibuat dari plastik. Sentiasa gunakan peralatan plastik yang ada tandafood grade.


So, bahan plastik yang paling selamat digunakan untuk isi air minuman ialah botol yang bertanda segitiga dan no.5 di dalamnya serta ditulis PP. Botol-botol yang dijual di Tupperware Brands menggunakan plastik dari jenis ini. Memang la sangat selamat digunakan.


Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan sbb amik guna hp je.

Tapi ini adalah gambar kod segitiga di bawah Eco Bottle from Tupperware Brands.
Boleh nampak kan nombor 5 dan tulisan PP tu.


Bukan setakat Eco Bottle je malah produk Tupperware mmg menggunakan plastik dari jenis ini. Sekarang ni memang barang2 Tupperware menjadi rebutan lah, lepas kerajaan dah keluarkan berita nak haramkan botol susu bayi yang contains BPA tu. Sebenarnya bukan botol susu je yang ada BPA ni. Banyak sgt botol2 plastik yang ada BPA. So, selamatkan diri kita jugak dgn memilih produk Tupperware. Mungkin agak mahal tapi berbaloi la memiliki Tupperware. Tahan lama dan produk dia ada lifetime warranty*. Ketahui jugak bahaya meminum air di dalam botol plastik yang terdedah kepada matahari.

*Lifetime warranty ni, kita leh tukar any produk yg rosak tapi bergantung pada jenis kerosakan. Kalau bekas yg kena gigit oleh cik tikus tu, mmg takleh tukar la...

Ummi ada wat promotion kepada sapa2 yang berminat nak dapatkan Eco Bottle ni.
Leh refer Anas' Little Shoppe ya...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Salam takziah buat keluarga abah_izz


Pertama-tamanya marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah ab@h_Izz. Ummi baru tahu tentang berita pemergian arwah. Arwah meninggal pada hari Isnin, 14 Mac 2011 di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Sakit apa, tak dapat pulak Ummi pastikan. Boleh baca kisah lanjut di blog Ummi_Izz a.k.a shamam.

Sebetulnya Ummi tidaklah begitu mengenali arwah. Cuma saling berkunjungan di blog je la. Ummi suka baca blog arwah dan suka tgk gambar2 di blog arwah. Kalau arwah berkunjung ke blog Ummi, pasti ada komen2 berbentuk nasihat terutama dlm pendidikan anak-anak ni. Al-Fatihah buat arwah...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Mari melompat bersama Anas

Ada 1 static picture & 4 animated pictures

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Photobucket
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Photobucket
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Photobucket
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Photobucket

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Wednesday, March 23, 2011

Lega sikit & Persiapan sambut baby baru

Disebabkan agak risau dgn keadaan kandungan sekarang, Ummi search  beberapa info dlm internet. Alhamdulillah, kurang la sikit kerisauan ni... Dah gi jumpa gynae jugak, bertambah banyak lega nya...

Kami gi jumpa gynae hari Khamis lepas. Doc cakap, ya, kepala baby dah turun & dah masuk tapi belum terlalu bawah sangat lagi...

Dan dari info yang Ummi dapat melalui google, tak semestinya bila engaged awal, akan bersalin awal. Ye, selalunya kepala baby akan engaged bila dah masuk 36-37 weeks or bila dh hampir bersalin. Kes Ummi ni, baru 31 weeks.

http://www.ivillage.com/early-engagement-does-mean-early-birth/6-n-145572

**********************************************************************************************************************************************************************************************

So, Ummi harus banyak rest. Takut jugak if terbersalin awal, kesian kat baby if dia lahir pra-matang. Yang sedihnya, sekarang ni la baru nak kelam kabut buat persiapan sambut adik. Hari Sabtu lepas baru mula nak kemas bilik untuk sambut baby. Cadangnya nak buat bilik khas untuk Anas. Tapi Abah cadangkan pindahkan katil Anas tu ke master bedroom. So, hari Sabtu tu operasi memindahkan katil dan almari Anas ke bilik kami. Bilik yang sepatutnya jadi bilik Anas tu, bertukar jadi 'bilik Abah'. Computer dan mini gym Abah mengambil alih katil Anas. Barang2 baby pun sume pindah ke bilik kami.

Tapi tu pun belum habis kemas. Agak penat jugak la nak alih barang yang besar & berat nih. Termengah2 Abah. Ummi hanya mampu menolong sikit2 je. Tu pun dah sangat letih. Sempat jugak Ummi basuh balik baju2 Anas untuk adik nanti...

Sekarang ni petang-petang balik kerja je ngemas la sikit2 sampai ke malam. Nak buat semua sekaligus, mmg tak terdaya. Bilik Abah, Abah dah setelkan sendiri. Part Ummi setelkan kemas barang2 baby la. Pening gak nak letak mana sebab sume dah di tempatkan dalam master bedroom.

Baru semalam selesai mengemas dan melipat sume baju2 lama Anas tu. Alhamdulillah boleh selesai kerja semalam sebab Ummi bagi Anas tido awal, Abah pun balik lambat. Tenang je buat kerja sorang2. Tinggal nak basuh cadar, sarung bantal baby, kain alas tilam, kain bedung & selimut baby. Banyak Anas punya dulu boleh pakai lagi. Tak jadi beli baru. Cuma beli baju baru 4 pasang khas untuk adik.

Oh ya, Ummi ada beli baby cot & changing table yang Kak Dina let go. Sebenarnya berkenan kat changing table je. Pastu Abah cakap, dah alang2 Kak Dina jual both for RM 150, baik amik semua je. Yang bestnya, Kak Dina bagi banyak lagi baby stuff. Betul ke Kak Dina tak nak tambah anak dah ni, hehe... Thanks sangat2 to Kak Dina. Suka sangat dapat baby monitor & baby box tu sekali... Kak Dina offer pram plak, hehe...

Ni la baby cot & changing table tu. Belum sempat pasang lagi. This weekend la plak...
~Katil dari zaman Amna ke Azra ke Imran? Hehe... Tapi masih elok, Thanks a lot Kak Dina~


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Heartbeat.my | 2

Last entry Ummi, Ummi cite pasal hadiah yang Ummi order dari Heartbeat.my untuk hadiah birthday Achik kan. Di samping tu, Ummi order gak something untuk Ummi. Ummi tempah car sign khas untuk pregnant mom, taruk gambar Ummi. Puas hati la!

Sekarang dah lekat kat belakang Gen2 Ummi. Cantik tak? Lepas ni nak tempah lagi. Ramai yang berkenan dan memang puas hati tgk material dan hasil kerja tangan heartbeat.my ni....







Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

Tuesday, March 22, 2011

Kenduri Kahwin @ Yan, Kedah

Along Anas sekarang ni sangat lasak, tak boleh duduk diam. Tak larat nak kepong dia. Dah tak larat nak kejar dia. Laju je macam lipas kudung... Ummi & Abah yang letih... Begitulah anak... Bersyukur Anas membesar cerdas sihat dan sempurna... Seronok tengok dia gembira. Seronok tengok perkembangan dia. Semakin cerdik dan pintar... Beberapa hari je lagi nak genap 2 tahun dah. Sekejap je masa berlalu... Ummi & Abah love you so much!

Gambar2 ni masa kenduri kahwin kawan Abah & Ummi, schoolmate kami, Assim kat Yan, Kedah. Dan Abah merasmikan kamera baru dia, Canon 60D. Canon 500D jual kat kawan Abah. Jual PS3 tu jugak, amik 60D.








P/S: Malas nak menaip sebenarnya... =p

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive