"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, February 2, 2010

NEW PDA Ipaq 912 For Sale RM900!! (For Serious Buyer Only!)

SOLD


Market price: RM 1550-1600
Our price : RM 900 only


Product Description

Brand new item in full original retail pack

100% without any scratch

Package Includes

Charger

Cable

Pouch

2GB memory card

manufacturer’s warranty (6 month Till 06.06.10)

Original MapKing CD Software

Stylus


Contact : Shaakira 012-5846899

Free Shipping


Other images







Monday, February 1, 2010

Kesinambungan entry udang galah

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Haha, jom gelakkan Ummi ramai2... Lambat update kisah Ummi, Abah dan udang galah ni, mesti sume dapat agak Ummi & Abah tak dapat udang... Haha...

Sebenarnya dapat gak, tapi dua ekor je... Ye, diulangi DUA ekor udang galah je selepas menanti selama DUA jam dan kena bayar DUA puluh ringgit malaysia....

~Ummi google je gambar ni, buat tatapan sume, haha...~

Kalau ikutkan, Ummi memang tak suka tunggu lama2 memancing ni, bosan dan buang masa je rasanya... Tapi, bila dapat hasil, seronok sangat tau! Udang yang kami dapat malam tu besar2 bapak udang jugak, lagi la seronok... Tapi, mmg sangat2 la bosan nak tunggu je umpan dimakan oleh udang... Sometime, udang makan, tapi tak sangkut kat mata kail... Ataupun, kami yang tak pandai nak jinakkan udang naik ke atas, terus terlepas... Haduh, kalau udang tak terlepas, 8 ekor jugak la kot dapat udang galah malam tu...

Tapi, takpelah, Ummi happy jugak sbb dapat kongsi hobi Abah, dapat berdua-duaan je ngan Abah (Ummi tipu je, sebenarnya asyik tingat kat Anas je tau! Call Mak Tok kat umah, Mak Tok cakap Anas dah lama tido... Sian Anas malam tu tido tak nenen Ummi dulu... Bila Ummi angkat Anas letak sebelah Ummi, terus Anas cari2 nak nyusu... Sian Anas... Ummi dah tak sanggup nak tinggal Anas lagi...)

Sekali sekala je ni, kena kongsi gak apa yang suami kita suka buat, temankan dia... Abah pun happy malam tu... Selalu Abah lebih suka keluar dengan kawan2 dia, tinggal Ummi & Anas kat umah. Tapi malam tu, bila Ummi ajak Abah mancing udang galah, Abah terus cancel nak jumpa kawan lama dia... Huhu...

Ummi & Abah sayang Anas!

Thursday, January 28, 2010

Memancing udang galah


~update via sony ericsson k800i~
Assalamualaikum Anas sayang. Mlm ni Ummi & tinggalkan Anas kat Tok Wan & Mak Tok skjp. Ummi & Abah dating le :-P kat kolam udang kat arau. Kat atas tu gambar Abah tgh tunggu udang galah makan umpan la tu. Anas baik je masa Ummi tinggalkan tadi. Ummi dah nyusukan Anas, Anas pun dah mamam. Ummi tinggalkan Anas skjp main dgn Abg Aiman. Tok Wan & Mak Tok pun rindu nak main dgn Anas, dah 2 minggu kt tak balik Arau..

Hm, dah dekat setengah jam kt sini, Abah blum dapat udang.. Hehe.. Abah dah boring dah tu tgk org lain pakat dpt udang besar2.. Haha..

Hm,nak tahu Abah dpt udang galah besar2 ke tak malam ni, kita tunggu entry Ummi seterusnya ek.. Kalau dpt, sure Ummi akan upload gambar byk2.. Hehe..

Anas take care ya.. Ummi & Abah sayang Anas.. mmmmmuahhh!!!

Tuesday, January 26, 2010

Contest Miela77 Aksi Baby BerCDing

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Dah lama rasanya Ummi tak join mana2 contest... Kali ni Ummi nak join contest Kak Miela ni, Contest Miela77 Aksi Baby BerCDing... Haruslah Ummi join contest kat Miela77 Online Shoppe ni coz CD Anas beli dari sini la... Anas pun sekarang sangat suka berCD... Sedare2 dan kawan2 Ummi sume dah terpikat dgn CD Anas dan diorang pun nak beli jugak, dan dah ada yang beli melalui Ummi...
Ummi tempekkan gambar Anas berCD pink utk contest ni... Hehe... Jangan marah ye Anas... Comel tau!

"Ala Ummi ni, nape pakaikan Anas CD pink, kan Anas dah terduduk bersimpuh mcm girl, Anas boy la Ummi...."

Ummi & Abah sayang Anas!

Monday, January 25, 2010

Ummi sakit gigi

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Anas sayang, Allah izin, gigi Ummi sakit sejak Jumaat baru2 ni... Sakitnya, Allah bagi Ummi rasa sakit sangat sampai ke kepala... Moga Allah ampunkan dosa2 Ummi dengan kesakitan ini...

Anas, di dunia ni Allah bagi tiga peringkat kesakitan yang dirasakan paling sakit. Yang paling ringan antara yang paling sakit tu ialah sakit gigi, kemudian sakit bersalin dan yang paling sakit ialah sakit mati...

Dah lama sangat Ummi tak rasa sakit gigi... (Hm, Anas mesti la belum pernah rasa skrg ni sbb masa ni Anas belumada gigi lagi, agak lambat gigi Anas tumbuh... Takpe, Wan cakap, lambat tumbuh, lambat la rosak...) Tiga hari Ummi sakit gigi, akhirnya Ummi buat keputusan nak korbankan gigi Ummi yang sakit tu sbb gigi tu takde function. Gigi tu agak mengganggu pipi Ummi yang chubby ni, dan dia takde kawan. Gigi tu kat atas, ujung sekali, tapi takde kawan atau lawan nak mengunyah sebelah bawahnya, sebab tu la agak sakit. Lagi pun, gigi tu sama paras je dengan gusi, memang la agak mengganggu... So, Ummi decide untuk cabut gigi tu. Pagi tadi Ummi gi Klinik Pergigian Lim, cabut gigi. Sampai sekarang masih terasa sakitnya... Adoiiii!

Hm, dah hilang sakit gigi dan kepala tu. Sekarang ni cuma sakit pedih kesan cabut tu je la... Darah pun tanak berhenti lagi... Huhu, tatau la nape....

Ummi & Abah sayang Anas!
Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi