"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, January 7, 2010

Anas 9 bulan dah la...





Cepat nya masa berlalu... Sekejap je Anas dah besar dah, 9 bulan dah Anas menceriakan hidup Ummi dan Abah... Sayangnya pada Anas, Ummi macam nak berenti keje tau nak bersama dengan Anas all the time... Tapi apa boleh buat, Ummi kena kerja sayang... Untuk Anas jugak... Abah cakap kat Ummi tadi, kalau Ummi tak keje, camna Ummi nak hantar Anas belajar tinggi2... Huhu... Zaman sekarang ni tak boleh hanya bergantung pada orang lelaki je nak cari rezeki... Zaman dah berubah... Taraf hidup makin tinggi... So, Ummi kena tolong Abah... Abah pun kena tolong Ummi buat keje umah jugak kan.. hehe

Anas, di usia Anas 9 bulan ni, Anas masih mendapat khasiat ASI sepenuhnya selain solid food... Anas kuat mamam tau! Kalau Ummi letak makanan Anas & makanan Ummi, Anas cepat je nak capai pinggan Ummi... Pandai ye, tahu je nak makan mcm org dewasa... Sabar sikit lagi ye sayang... 3 bulan je lagi, Anas boleh cuba makanan biasa... Tak lama dah kan...


...bila makan, makan sungguh2 ya...

...ni macam pasrah je tak dpt join Ummi & Abah makan...

Anas semakin aktif, ceria dan sihat walaupun ramai yang cakap Anas kecik mcm malnutrition... Ummi ketepikan cakap orang sbb Ummi tahu apa yang diorang tak tahu... Hehe... Ummi de baca blog Ummi Khayra tadi, dan Ummi de discuss dalam forum susuibu.com, dan Ummi dpt info dari mamasara ttg growth chart ni... So, Ummi tak risau dah, Alhamdulillah... Dan apa yang Ummi perasan, Ummi baru tgk smlm, graph yg klinik kasik tu, diorang salah plot berat Anas... Dat's why la tak cantik je... Haiyooo! Ummi dah betulkan balik, tgk2 ok je pun berat Anas... Tapi Ummi nak refer chart ni la sbb khas utk breastfed baby...


Yang Ummi tanda biru tu berat Anas la... Takdela kritikal sangat2 pun kan...

Cara baca graph ni: First sekali, bacaan berat bayi masa baru lahir. Anas lahir 2.8kg, so, Anas tergolong dlm line yang kedua dr bawah tu. So, sepanjang Anas membesar ni, plot berat setiap bulan seiring dengan line yang ke-2 tu. So, dr apa yang Ummi plotkan, berat Anas tak jauh lari dr line no.2 tu, and it should be ok, as long Anas sihat, ceria, aktif, mau makan & minum susu, tak demam berterusan... Lagipun, setiap kali timbang, berat Anas sentiasa naik cuma naik sikit2 je...

Hm, habis sume susah hati... Eh, Ummi tak susah hati pun la sbb Ummi tahu anak Ummi sihat, ceria dan aktif dan sangat suka mamam... Asalkan Anas sihat, berat tak banyak sangat, it's ok la... Ramai yang cakap camtu... Semalam Wan pun cakap, Wan sembang dgn ramai orang yang turut menyokong bf ni, Wan cakap, susu ibu diserap oleh tulang, cepat hadam. Sbb tu bf baby kuat & kecik sbb takde fat yang tak bagus tertinggal bawah kulit... Hehe... Otot bf baby pejal, kuat... Betul tak? Huiiyooo! Ini mmg betul... Tgk tu, Ummi tgh sibuk menaip, Anas dok panjat sana sini dalam playpen Anas tu... Haha...

New things discovered by Anas:
  • Anas dah boleh duduk sendiri tp blom kuat lagi...
  • Dah pandai geleng kepala bila taknak something or tak nak kat orang... Hari ni geleng kepala bila dah tak nak makan dah, nk ckp dah kenyang la tu..
  • Dah mula memanjat, berguling sana sini. Hari tu jatuh katil sekali, Alhamdulillah Abah sempat tarik Anas...

...maunya tak jatuh katil kalau suka duduk camni kat tepi katil...
  • Anas suka dengar azan atau dengar Ummi baca Al-Quran...
  • Dah pandai bertatih...
  • Suka gelak mengekek-ngekek
  • Sangat tidak suka ditinggalkan sendirian, waduh, menangis tersedu sedan bila sedar takde sape2 sekeliling Anas... mmg Ummi kena cepatkan proses nak beli exersaucer nih...
  • Pandai baca buku dah...
  • Suke tengok flash cards...
  • Pandai main piano kat iPhone Abah...
  • Sangat suka mandi pool, menangis kalau keluar dari pool or keluar dari bilik air...
  • Macam2 bunyi dah pandai buat sekarang ni... Lebih2 lagi bila main lidah tu...
  • Sangat pandai tegur2 orang ajak main... Sangat suka kanak2 (kakak2 & abang2 la)
  • Suka teleng2kan kepala ikut orang ataupun nak tgk orang... klaka sgt...
  • Suka sangat buat muka comel cmni...
  • Dah ada gaya nak merangkak, tp setakat angkat badan je la,tak berani nak move forward lagi... Cuma dok goyang2 punggung je... Haha...
  • Hm, duduk, memanjat, meniti, bertatih dah, merangkak je yang belum...
  • Dah pandai angkat tangan... Bila orang angkat, dia pun angkat balik...
  • Benda2 yang Anas suka: handphone, cermin mata Ummi, mouse, keyboard... (hm, Abah dah belikan handphone & cermin mata untuk Anas)

...huiyoo, 'backberry' la handphone Anas...

...masa tido baru leh letakkan spek itam ni...

...model kedua2 barang tadi a.k.a paksu ikmal...

Anas sayang, terus membesar dengan sihat ya... Ummi dan Abah sentiasa di sisi Anas, jadi anak yang soleh, yang membahagiakan Ummi dan Abah.. Kita umat Rasulullah yang hampir ke penghujung zaman. Zaman sekarang zaman yang paling mencabar bagi ibu bapa untuk mebesarkan anak2 ikut sunnah Rasulullah... Semoga Allah beri Ummi & Abah kekuatan nak melawan arus kemodenan ini untuk mendidik Anas seperti yang Rasulullah ajar...

Anas sayang, ketika hayat Rasulullah hampir ke penghujungnya, sakitnya skaratul maut tika Malaikat Izrail nak mencabut nyawa baginda, Rasulullah minta sakit umat2 baginda di letakkan pada baginda sahaja yg menanggungnya... Betapa Rasulullah sayangkan umat2 baginda di akhir zaman ini, di bibir baginda sentiasa menyebut, "Ummati, Ummati, Ummati!" Jadi, kita kena la sayang Rasulullah seperti mana baginda sayangkan kita...

Dua peninggalan Rasulullah untuk kita, Al-Quran dan As-Sunnah, itulah panduan hidup kita sampai mati... Allahu Akbar!

p/s: lately ni ramai bf moms yg cite psl hal anak kecik & growth chart... Kebetulan kan, kita semua mengalami nasib yg sama... So, it is normal for bf baby, bknnya bantut...


Ummi & Abah sayang Anas!

11 comments:

Atiqah said...

so adorable la anas ni...
moga Anas membesar dgn sihat dan jadi org yg bijak pandai..amin

Ummi Shira (AshAnas) said...

amin.......

Nadiah Sidek said...

hehe..comel la gmbr anas yg pakai spek tu. tido bergaya :D

f a i z a h 's said...

cumilnya anas...geram...:D mg membesar menjadi anak yg soleh....ameen

Suziey Ahmad said...

umangaih..mmg ngeri tgk anas dok tepi katil cengitu..ekeke:p

emm mmg cbaaran..dh semakin kurang parents yg didik ank mereka mengikut sunnatullah..hope kita dpt kekalkan nya..smga ank2 kita akn sntiasa menjadi umat Rasulullah yg sntiasa mengikut ajaran dan sunnah nya..

Ibu Ayra said...

sat ja kan...dah besar pun anas... dan dah lama jugak maklong ros n kakak ayra tak jumpa anas... kalau balik rumah mama tok, mesti rumah sebelah tu bertututp, berkunci pagaq...

NM said...

adus..labuhnye pipi anas..comeynye..cm nk gigit.anak akak pn suka wt teleng kepala cmtu jenguk org.sampai kdg tu jatuh tetonggeng sbb sakan sgt nk teleng.hehe

yatie chomeyl said...

akka gelak sorang2 bila tgk gmbr anas buat mimik muka comel tu..geget2 pipi tu kang baru tau

ezan said...

comel la anas ni... tp kdg2 tgk macam anak mat saleh pun ada. geram sgt.. especially bila buat muka comel tu... hehehe...

@e_da said...

cutenya anas..... salam kenal buat ummi anas ya...

Unknown said...

shira..
aliya dah nak masuk 18 bulan.. keding jer, walau dia kuat makan.. makcik2 dia siap panggil dia 'kenet'.. hahahaaa.. asal dia aktif cukuplah..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi