"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, December 1, 2010

Cloth Diapers

Pertama-tamanya Ummi nak ucapkan tahniah kepada semua kawan2 Ummi yang baru melahirkan anak sulung baru-baru ni. Dan juga yang sedang sabar menanti kehadiran cahaya mata sulung. Semoga kalian selamat melahirkan... Tak lupa juga kepada yang baru melahirkan anak ke-2, ke-3 dan yang sedang pregnant anak ke-2, ke-3 dan seterusnya, hehe... Saja nak highlight ttg anak sulung dlm entry ni...

Bukan apa, ramai antara kawan2 Ummi yang baru bersalin dan yang akan bersalin anak sulung tak lama lagi bertanyakan Ummi tentang dua benda ni: Cloth Diapers & Breast Pump. So, entry ni khas untuk korang! (1st entry: Cloth Diapers. Lepas ni baru breast pump dan EBM)

Apa itu Cloth Diapers?
  • Sejenis kain lampin moden menggantikan kain lampin lama dan juga diapers atau lampin pakai buang yang agak fames skrg. Oh, cloth diapers pun dah agak glamer di kalangan ibu2 baru sekarang ni.
  • Sejenis kain lampin yang boleh dibasuh dan tahan lama.
  • Menjimatkan duit (Ummi akan cerita di bawah)
  • Boleh diguna pakai untuk anak2 yang seterusnya.
  • Mesra alam, sesuai digunakan di zaman sekarang. Kita nak pelihara alam sekitar dari sisa2 buangan yang susah luput ni.
  • Mengelakkan ruam lampin pada bayi.
Kenapa perlu guna cloth diapers (CD)?

1. Guna material kain yg semulajadi. Tiada gel atau bahan kimia lain. - Tahu tak kalian camne Disposable Diaper (DD) bekerja? Tahu tak apa ada di dlmnya? Ok, cuba ini ; potong DD itu kpd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Ade kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel apabile ia terkena pd air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat dr nye, kulit baby kena ruam/kerengsaan kulit, cian montot baby.. :(

Ape kandungan tuk hasilkan DD?? Lihat lah fakta yang menakutkan ini:

* Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

* TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

2. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara - Seorg bayi akan guna sehingga 7,000 DD atau pun 80 cotton diapers. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Bayangkan berapa tahun semua DD yang anak kite pakai akan lupus dr permukaan bumi ini? (ku bayangkan beberapa tahun akan dtg kite dikeliling timbunan DD yg anak kite gunakan....pemandangan yg huduh!!)

3. Kurangnya ruam dan gatal. sbbnya xde lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit baby. Lebih lama DD dipakai (kes nak jimat pampers la ni), lebih senang kena ruam gatal. Perkara ini jarang berlaku bile kite gunakn CD sbb bila dah basah, baby pun rase tak selesa. Kite kena tukar CD baru.

4. Senang utk digunakan. Betul!! Dulu lain citer. Nak kena ada pin, seluar getah, nk kena lipat2 kain lampin tu. Tapi skrg, rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan. Tahap serapan pun lebih baik dan setanding DD!! Sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil kalians.

5. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri sbb mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap 'maksima'. Baby yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam CD (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)

6. Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu DD to produce the plastic for one DD. Crude oil tu sama la mcm petroleum!!

7. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan DD dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).

8. DD juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

9. Dari fakta2 di atas, sgt kesian membiarkan anak2ku terdedah terus menerus ngan bhn kimia ini. mungkin kesan nye tak ketara sekarang, dewasa nnt siapa tahu kan?

10. Kain lampin sangat menjimatkan!! Kalians akan berjimat sehingga RM3K++ apabila menggunakan CD. MMgla masa bayi baru lahir, DD sgt murah (taktik pengeluar DD menarik perhatian kalians), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar. Penggunaan DD merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.


*sharing these info from blog Kak Nurul Dhia (inspirasi Ummi masa mula2 nak menCDkan Anas awal2 dulu)

Yang paling penting Ummi nak highlight ttg kos yang menjimatkan bila guna CD.

Cuba tengok betul2 kiraan yang Ummi buat ni ya... (Ummi amik dari Kak Nurul sikit, Ummi edit ikut cara Ummi sikit) - kiraan ni secara kasar je tapi mmg nampak perbezaan yang amat ketara.

Kos penggunaan Disposable Diapers (DD)

Kos penggunaan Cloth Diapers (CD)

Sehari kita akan gunakan sekurang2nya 7 DD utk anak

Kita hanya memerlukan 12 atau lebih CD sepanjang anak masih memakai lampin

Kos per DD = RM0.60

Kos per CD = RM 28 (yang paling murah di pasaran)

Kos per CD = RM 58 (rasanya harga ni yang paling mahal) - oh ada lg yg lbh mahal, tp masih jimat

RM 0.60 x 7 DD = RM 4.20 sehari

RM 28 x 12 = RM 336

RM 58 x 12 = RM 696

RM 4.20 x 365 hari setahun = RM 1,533 setahun

*Jimat RM 4,263

*Jimat RM 3,903

RM 1,533 x 3 tahun = RM 4,599 untuk 3 tahun penggunaan DD


Jika perlu lebih dari 12 CD (lebih banyak CD lebih tahan lama sbb kurang kekerapan pengunaan)

RM 28 x 24 = RM 672

RM 58 x 24 = RM 1,392

*Jimat 3,927

*Jimat RM 3,207


Jadual kat bawah ni plak ttg jadual pemakaian cloth diapers dan bagaimana boleh jimat dgn cloth diapers. Info dari facebook Manjakuhappy. Jadual ni, dia guna DD di malam hari. Flexible la. Korang boleh buat budget korang sendiri kan. Ni sebagai panduan je.


Dia seorang suri rumah sepenuh masa, mmg takde masalah la kan. Tapi Ummi sebagai ibu berkerjaya pun, Ummi rasa takde masalah. Satu je masalah Ummi, masa mula2 kenalkan Anas dengan CD ni, nursery Anas tak mau pakaikan CD walaupun Ummi pesan kat diorang tak perlu basuh. Bila Anas pee pee, salin terus masukkan dlm wetbag. Kalau Anas poo poo je, Ummi mintak tolong buangkan najis dlm toilet bowl, then terus masukkan dalam wetbag. 2 hari Anas berCD di nursery, tetibe Ummi dapat notis tak boleh bawak CD untuk anak. Kecewa ok. Sebulan Ummi merayu kat pengurusan. Bila pengurusan cakap ok, pengasuh plak buat kekwat.

Tak lama lepas tu Ummi hantar Anas ke rumah pengasuh. Ummi bagi jugak satu CD untuk cuba. Tapi pengasuh ni mmg suruh Ummi bawak siap2 banyak2 baju Anas. Dia akan basuh, dan Anas akan rotate pakai baju yang dah ada kat umah dia tu. Means, CD tu pun dia akan tolong basuhkan. Sebab tu Ummi tak jadi menCDkan Anas kat rumah pengasuh. 1. Kesian kat makcik tu plak nak basuhkan cloth diapers tu plak. Baju Anas takpelah senang masuk mesin terus, tak gaduh nak bilas. 2. Takut tak kena cara membasuhnye plak. huhu...

So, siang kat umah pengasuh, Anas DD. Malam & weekend kat rumah Anas CD. Ummi beli jugak DD spare kat rumah untuk nak bawak berjalan. Kalau berjalan dekat2 still pakai CD jugak. Sedara mara pun teruja tgk Anas pakai CD yang so colorful.

Bermacam jenis CD dan cara pemakaian:

Masa mula2 Ummi kenal CD dulu, Ummi cuma kenal Coolababy, Babyland, Rainbow dan Lunatots je. Lepas Ummi join gathering Susuibu.com, baru la Ummi tahu ada bermacam2 jenis CD. Sekarang ni pun dah banyak sangat CD baru yang sangat comel2, menarik minat ibu2 muda untuk menceburkan diri dalam dunia CD ni.

Antara jenis2 insert

Koleksi CD di pasaran



Gambar dari blog kak miela.

~mula2 Ummi beli CD kat Anas, Ummi beli dari kak miela lah. Harga dia memang sangat2 berpatutan~

Klik sini untuk tengok cara pemakaian CD.

Cara membasuh CD:

Boleh refer sini dan sini

Ada setengah orang cakap leceh la, nak kena basuh, jemur pastu nak kena masukkan balik insert ke dalam poket CD. Tu semua bergantung la. Awal2 dulu Ummi excited sangat gunakan CD. Pastu ada gak rasa camtu. Then Ummi kembali kpd DD. Tapi bila setiap hari Ummi tengok plastik sampah makin penuh dengan DD, Ummi jadi sedih. So, Ummi pujuk diri Ummi, tak susah mana pun nak guna CD. Kena rajin ja.

Lama2 bila dah biasakan diri, Ummi makin seronok bila membasuh, jemur, nak masukkan balik insert ke dalam poket CD. Ummi rasa happy buat semua tu. Rasa seronok jugak bila Anas memilih CD berbanding DD.

Cara Ummi:

Anas pakai CD malam2 during weekdays. Petang lepas balik kerja (6.30pm ke atas), kalau DD dia penuh, Ummi akan salin terus kpd CD guna 1 insert. Biasanya CD tahan selama 3-4 jam. So, sebelum tido, Ummi akan salin kepada CD 2 insert. Yang ni tahan lama la, sampai ke esok pagi. (Malam2 budak dah tak poo poo kan...)

Pagi2 bila Anas bangun tido, sebelum keluar rumah, Ummi salin CD kepada DD (sebab nak hantar ke rumah pengasuh).

CD yang kotor, Ummi terus bilas dan rendam dalam baldi. (Ummi guna Kiddie Wash Cosway @ Pureen A-B-D). Petang tu Ummi bilas la dan terus jemur. Insert memang lambat sikit kering sebab tu kena beli lebih insert. Tapi lambat tu tak la lambat sangat. Sehari suntuk la berbanding poket dia sekejap je nak kering.

*Kalau masuk mesin basuh pun boleh tapi make sure guna la washing bag (laundry net). Sayang la CD takut rosak.

Bila dah kering and nak lipat, Ummi akan masukkan insert terus ke dalam CD. Senang terus je amik bila Anas nak guna. Ummi siapkan jugak yang 2 inserts untuk kegunaan malam2nya.

Bila keluar jalan2, Ummi bawak la CD and wet bag. Bila salin, yang kotor masukkan dalam wet bag. Balik rumah terus basuh dan bilas. Senang kan. Better la dari tumpang buang DD kat rumah orang, huhu... Ummi malu...

Apapun investment awal2 masa beli CD ni memang berbaloi. Perabih RM 300 lebih tapi tahan 3 tahun. Berbaloi tak? Bukan setakat tu, boleh guna utk anak2 yang seterusnya, jimat kan? Kalau nak beli yang baru pun, tak la semahal belanja DD setiap bulan.

Yang paling kena ingat:
  • jangan guna kan peluntur (clorox) atau pelembut kain (softener) untuk basuh CD.
  • untuk first time use, kena basuh CD 2-3 kali dulu. Means, basuh-kering-basuh-kering-basuh-kering, baru leh gunakan utk anak. Untuk pastikan serapan yang lebih baik.
  • kalau nak basuh guna washing machine, make sure guna washing bag (laundry net).

P/S: Amal, boleh terima tak cerita akak tentang CD ni? Akak ni tak pandai mengulas, banyak lagi blog orang lain yang lebih banyak cerita pasal CD, yang mungkin akan lebih tarik minat Amal nanti, hehe...

* Target nak menCDkan adik Anas sepenuhnya. Harap2 berjaya.
us-kecik

5 comments:

Amal Aizad said...

ohohooo best2!! thanks akak! panjang lebaq gituuu :D insyaAllah minat tu dah ada. cuma tengah tengok2 mana yg nak dibeli ni. chomel2 sgt. fenin jadinya. hihi..

cup. 1 Q. harga CD ni skali ngn insert ke atau lain2? atau depends kat penjual CD tu?

ok, waiting for the next story. breast pump and EBM pulak. (^_^)

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Amal a.k.a Mama Lynn :p
hehe, akak ni tu la, sekali bercerita, panjang lak jadinya. ntah org paham ke idak, tak tahu la... takut org boring je...

biasanya harga CD sekali ngn insert. ada yg 1 insert, ada yg 2 insert skali. klu nk beli insert tambahan, rm10 ke atas. actually, akak jual CD gak. bila ada order br akak amik dr kawan akak.

kalau amal nak beli, n nak tahu lbh lanjut, nnti kita smbg lain... mmg byk jenis...

akak suka dayana n lunatots... stkt ni blum pakai lg yg tu.

Suziey Ahmad said...

anas skang pakai diapers ke? mmg jimat..yg penting usaha n rajin..hahaha..mcm akk ni adeiiiii nk membasuh tu mslh..ekke:p alasan jek..klu ade kemahauan pasti ade usaha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila pakai CD dirumah & nursery.nursery saya mmg best!! siap cakap ala ok je dulu ada budak pakai lampin tradisional lagi!! fuhhhhhhhh lega ... jimat memang jimat.. saya pun keja jugak..ok je pakai CD. lagi pun sekarang saya ada dalam 20CD so tak le stress utk basuh CD. tapi saya akan basuh 3 hari sekali CD jugak walau banyak stok utk elak CD jadi hitam macam bertahi lalat..ala basuh je..nak masuk insert bila2 free boleh buat..

Pija Madzlan said...

sekamat ber CD :))k.pija share entry ni di http://www.facebook.com/pages/Malaysian-Mom-Bloggers/113479622052402

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi