"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, December 16, 2010

Bersediakah Anas untuk potty training?

Salam semua. Lama tak update blog, lama jugak tak blog walking dengan tenang. Sebenarnya Ummi sedang agak sibuk dengan persiapan majlis walimah adik kedua Ummi, Bunga kepada Anas... Maaf la tak dapat update banyak tentang persiapan majlis.

Sekarang pun Ummi cuba luangkan sikit masa kat blog sementara Anas tengah tido. Tak dapat nak ke rumah Nenda Anas lagi sebab Anas sedang tido nyenyak atas katil dia, kat rumah Nenda plak semua tengah busy. Mak Long (Kakak sulung Nenda Anas) dari KL baru sampai pagi tadi. Esok adik2 Nenda pun akan sampai. Abah Anas kena tido kat site plak malam ni. Esok Atuk suh balik awal, keje Abah akan diganti oleh staff lain.

Berbalik pada tajuk entry, sebenarnya Ummi nak mintak pendapat dari kawan2 yang berpengalaman dalam nak siapkan anak untuk potty training...

Bilakah diorang dah bersedia untuk potty training?
Bagaimana nak mula potty training?
Berapa lama nak potty training?
Bagaimana keberkesanan potty training?
Dan banyak lagi la yang Ummi nak tahu ttg potty training ni...

Ummi terfikir tentang ni sejak baca blog kak Yatie Chomeyl dalam bulan lepas kot tentang nursery Baby SN kat Jepun tu mmg train budak2 sebaya Nazhan untuk potty training. Nazhan pun dah ada training pants.

Alhamdulillah, Ummi tgk CD byk gak membantu Ummi dalam hal ni sebabnya Anas kadang2 tanak pee pee dalam diapers die... Poo poo je la... Die dah tahu cakap kat Ummi dia nak kencing (cing) or nak berak (berak). Kadang2 bila dah sudah mandikan die, die tanak kuar dari bilik air. Rupenye die nak pee pee dulu...

Sekarang ni malam die memang tak pee pee dalam diapers. Bangun pagi nak salin je, tgk memang kering je diapers die... Pastu bila dia nak kencing, dia sebut la, 'nak cing'. Ummi suruh je die pee pee dalam diapers tu sebab mmg nak salin pun. Dan kadang2 tu bila buka je diapers, cepat2 die gi kat lubang sebab nak qada hajat.

Sometimes die sangat tak selesa dengan diapers die bila dia dah pee pee, cepat2 die suh tukar... Bila poo poo pun camtu, cepat2 die cakap...

Banyak artikel2 yang boleh membantu Ummi. Yang paling Ummi suka artikel2 dalam BabyCenter.com. Ibu2 yang lain pun leh baca kat sini, (Potty Training Readiness Checklist, Successful Potty Training for Boys, Potty Training for Girls) dan banyak lagi!

Yang kat bawah ni plak antara checklist utk potty training

It probably seems like just yesterday that you changed your baby's first nappy, but before you know it she'll be ready to start potty training. While there's no magic age at which a child is ready to start using the potty, most toddlers will develop the necessary physical and cognitive skills between 18 and 24 months of age (though some aren't ready to start until they're as old as four). Use the checklist below to keep track of your toddler's progress toward readiness. You don't have to wait until you've checked off every item to start training; rather, look for a general trend toward independence and an understanding of what it means to go to the bathroom like a grown-up. Your child may be ready to start potty training if she: • Has regular, soft, formed bowel movements • Can pull her pants up and down • Imitates others' bathroom habits (likes to watch you go to the bathroom, wants to wear underwear, and so on) • Makes a physical demonstration when she's having a bowel movement (such as grunting, squatting, or telling you) • Has words for stool and urine • Can follow simple instructions (such as "Give me the toy.") • Understands the physical signals that mean she has to go and can tell you before it happens • Dislikes the feeling of being in a dirty nappy • Has "dry" periods of at least three or four hours (this shows her bladder muscles are developed enough to hold her urine in and store it) • Isn't negative about everything • Understands the value of putting things where they belong • Demonstrates a desire for independence • Can walk and sit down
Juga disediakan maklumat ttg buku2 utk potty training.

Lepas baca semua articles tu, rasa semangat plak nak beli benda alah ni:

yang ni comel kan, biasa digunakan

both kat atas ni pun common use kat Malaysia ni...

Kat bawah ni plak, Ummi lum pernah jumpe lagi. Tapi cute sangat. Kalau dapatkan untuk Anas satu, best nih!

Yang penting, keselamatan perlu diutamakan bila nak start potty training ni. Elakkan tandas yang jenis mencangkung tu. Kalau tak dapat elakkan, jangan letak sabun kat tepi2 tu, jangan letak sebarang objek yang boleh dicapai or menarik perhatian anak2, bila cuci toilet, make sure takde kesan sabun, takut tergelincir plak...

Better guna tandas duduk, tapi jgn jadi cam kat bawah ni, sudahlah! Jenuh! Hahahaha....


all picas, credit to babycenter.com dan google.com

Boleh ke mula beli training pants ya?

ni hak milik Nazhan a.k.a Baby SN punye, hihi... pinjam dari blog mummy die yang chomeyl


*Kepada mommies semua, sudi2 lah share info dengan Ummi Anas...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

6 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Salam asha.. berapa umur anas sekarang? maaf ya, kak zefa tak sempat jelajah blogni lagi..

Ummi Shira (AshAnas) said...

Wsalam kak, thanks sudi Mjengah ke sini. Anas dah 1 thn 8bln lebih...

Anonymous said...

anas sebaya ngn anak saya..
tp saya pn x tau bila nk mulakan potty training nih...xde pengalaman lg

Ibu Yusuf Maryam said...

Salam, shira.. dtg balik kak zefani ke sini. Ada kwn akak anaknye 1 thn 10 bln dah pandai bg tau nak buang air. Maknanya dah boleh lah latih anastu.. cuma akak sendiri tak dpt latih anak-anak akak awal-awal.. nanti kalau rajin akak cerita dlm n3 ye..

Unknown said...

amboi awal nya Anas dah nak potty training... lebih awal lebih baik...

Aliya skrg ni 2 tahun 5 bulan... bbrp bulan ni dia dah jarang buang air besar dlm CD.. kalo nak poo dia akan btau & tanggal CD dia.. dah pandai basuh/cebok sendiri pulak tu... huhuuu.. la ni semua nak buat sendiri...

btw, kakyong x pernah beli yg mcm gambor no1 tu... training pant pun aank2 tak penah ade... boleh kata memang x pernah ade la alat2 bantu utk training pant ni.. semua berdasarkan kesediaan anak2 jer...

e.l.i.z.@ said...

eli start train anak² eli masa umo 2thn 1bln..sebab target b4 umo 2thn 6bln, dh xyah pakai pampers lagi..alhamdulillah berjaya ;-)

yg pasti, train bdk laki ni, bila kite pakaikan underwear, dia rs mcm pampers kot..so akan terkucil gak la utk awal² training tu hehe

tips:
1-every 1hr tanye dia nk pee ke tak. pastu bila dh ok tu, tanya every 2hr pulak..poo poo biasa xyah tanye sebab dia otomatik pandai bitau hehe

2-ataupun setiap 2jam, bwk dia masuk dlm toilet (if dia xreti bitau lg nk pee ke tak)

3-dlm toilet, bukak paip air sikit..kasi dia rasa mcm nk pee la bila dia dgr bunyi air mengalir..alaa mcm kita dulu selalu sebut 'syyhhhhh' kan b4 nk pee heheh

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi