"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, December 22, 2010

Sudah jatuh, ditimpa kipas....

Itulah agaknya pepatah yang sesuai Ummi nak gambarkan situasi Anas skrg... Kesian anak Ummi....

Tengahari sambil2 tunggu masak utk lunch, Anas tengah ralit main dgn standing fan kat rumah Nenda dia. Selalu je dia main kat kipas tu. Tapi Allah nak izin semalam tetibe kipas tu jatuh dan himpap dia.

Ummi dengar bunyi benda jatuh, terus dengar Anas menjerit, "Ummi!" Terkejut Ummi tengok sangkar penutup kipas tu dah tertanggal. Kipas plak masih berpusing dan tiang kipas atas leher Anas dan kaki Anas tersepit bwh kaki kipas.

Bila Ummi angkat dia, dia macam terkujat. Lama sikit baru dia mengadu, "atit, atit..." dan "atuh, atuh...." Lepas2 tu dia asyik meragam je dan terus batuk2. Ummi cari2 kot2 ada lebam or benjol tapi tak jumpa...

Ummi observe behavior dia. Alhamdulillah, takde apa2 perubahan yang pelik2. Dia lalu makan dan minum, masih cergas bermain, aktif dan tak muntah. Cuma dia nampak sedikit keletihan dan tidur lama petang smlm. Ummi tak dpt nak pastikan dia letih sbb jatuh or letih byk bermain masa kenduri Bunga dia...

Sampai ke malam, Anas ok. Takde apa yang merisaukan. Tapi dalam pukul 2.40 pagi, Ummi terjaga, badan Anas dah panas sangat. Terus kejut Abah ajak gi KMC. Ummi risau sgt... Abah suh tunggu esok pagi...

So, pagi td kami terus ke KMC even demam dia dah takde. Nak cek jugak kan, risau la... Kami jumpa paed yg biasa dgn Anas, Dr. Sharifah Khatijah. Rasanya dah setahun tak bawak Anas jumpa dia sebab Anas sihat sepanjang tempoh tu. Tengok rekod last jumpa Dr pun last year...

Doc buat check up, amik suhu badan, cek mata, telinga, hidung dan tekak. Rupanya ada ulser dalam mulut Anas. Bila Ummi cerita yang Anas cuma demam waktu malam je (sebelum2 ni pun), Doc ckp, biasanya tu sbb ada jangkitan or allergy. So bila Doc jumpa ulser dalam mulut Anas, confirm, it is a viral infection. Alhamdulillah, lega Ummi & Abah.

Doc cakap, kemungkinan dia dah ada ulser tu before jatuh. So, bila jatuh tu, mungkin dia terkejut dan antibodi dia lemah, sebab tu dia demam mengejut. Oh begitu... Leganya takde apa2 yg serious... Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah!

Sekarang Anas baru je tido. Asyik meragam je, letih la tu... Ummi off lagi hari ni. Alhamdulillah atuk Anas leh ganti meeting ngan SSM tu....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

12 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Alhamdulillah.. anas baik2 sahaja.

Nadiah Sidek said...

kesiannya anas. mmg bahayakan kalau budak2 main standing fan tu. alhamdulillah anas tak apa2

Suziey Ahmad said...

la siannya..haih klu org tua pn xselesa ade ulser..inikan plak bdk kecik..sian anas..smga cpt sembuh demam yek..

munna said...

alhamdulillah .. takde apa-apa ye....

munna pun selalu klu anak jatuh ke terhantuk ke.. perhatikan dulu mana2 yang pelik dengan anak .. takut jugak kat luar kita tak nampak tapi kat dalam siapa yg tahu

f a i z a h 's said...

alamak! kipas tuh msh berpusing lg ke masa jatuh atas anas tuh??bahayanyaaa...alahamdulillah xdak apa2...tingin nk jmpa dr.sharifah khatijah tuh...ok tak dia?? sbb aisya skrg da ada rashes la..nak2 nappy rashes...lama kkdg...huhu...ksian... skrg ni kerap tukaq pampers je la

ZianaRazali said...

semoga anas sihat2 selalu..
dont noti2..:)

MamaYatie said...

alhamdulillah..cemas juga dengar kena hempap kipas yg masih berpusing..harap2nya cepat la anas sembuh..cuaca panas kot smp kena ulser..minum air masak byk2 yer + mkn buah

Lina said...

moga cepat sembuh yer anas

transformed housewife said...

seram baca tadi. Harap2 Anas cepat ok.

Diyanieee said...

takpe..semoga dia cepat sembuh yaa..
:)

Unknown said...

alahai siannya Anas , demam terkejut... dah makin aktif abg Anas ni....

semoga cepat sihat yaa

e.l.i.z.@ said...

adoiii sib baik x kena bilah kipas tu..ishhh ada ulser mesti dia jadi x selesa n xmo mkn..get well soon ye anas comel!

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi