"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, November 29, 2010

Resipi Laksa Ummi

Suka suka hati je taruk nama Laksa Ummi kan. Eh, dah Ummi masak, harus la nama Ummi kan, hehe.... Hari tu ada yang request resipi laksa. Bagi Ummi setiap orang ni taste die lain2. Ada yang suka kuah cair, ada yang suka kuah pekat. Kuah laksa plak, setiap orang cara dia masak sangat berbeza2. Cara Ummi mungkin sangat berbeza dgn cara kawan2 semua. Rasa dia pun mungkin berbeza dgn yang korang makan kat kedai laksa yang sangat sedap dan femes. Tapi, inilah cara Ummi masak yang Ummi boleh kongsikan....

Tapi, kelemahan Ummi ni, Ummi main agak2 je bila memasak, tak reti nak sukat2. So, sukatan Ummi bagi ni sebagai panduan je k. Korang pun boleh main agak2 la nanti. Sebabnya, ada yang guna periuk besar, ada yang guna periuk kecik. Ada yang asam keping nye masam terlampau, ada yang kurang masam kan...

Kuah Laksa (utk 1kg ikan kembung *ada gak orang panggil ikan temenung kan?)

Bahan-bahan:

1kg ikan kembung yang baru (fresh) – siang molek2, cuci bersih2
15 biji cili kering – rebus (kalai nak pedas, lebihkan la)
4 ulas bawang besar
1 sudu kecil biji ketumbar
Belacan sebesar ibu jari kaki
Asam keping
Bunga kantan
Daun kesom
Garam
Air

Cara memasak:

  1. Rebus ikan dengan air yang agak banyak bersama asam keping dan sedikit garam. (Jangan buang air rebusan ya!)
  2. Bila ikan dah masak, sejukkan dulu kemudian baru perisi ikan tu. Amik isi ikan sahaja. Blend isi ikan bersama air rebusan ikan tadi. (Tulang ikan pun jangan buang tau! Blend bersama air rebusan jugak)
  3. Sambil tu boleh siapkan bahan cili. Blend cili kering yg telah direbus bersama bawang, biji ketumbar & belacan. Kemudian masak di atas api (guna periuk besar utk masak kuah laksa tu siap2). Bukan tumis tau, tak perlu minyak langsung. Cuma masak je.
  4. Bila nampak cili dah agak masak, masukkan isi ikan yang telah di blend tu. Habiskan sume isi ikan. Then baru masukkan tapisan air tulang2 ikan tu. (Tapis, jangan tak tapis! Karang ada plak yang tercekik tulang ikan)
  5. Kemudian baru masukkan lebihan air rebusan ikan (tapis jugak ya!)
  6. Masukkan 3-5 keping asam keping, daun kesom, bunga kantan. Last sekali baru masukkan garam secukup rasa.
  7. Kalau nampak kuah agak pekat, tambah air. Bila dah mendidih, masak la kuah laksa kita.

*Ummi suka laksa halus. Tak suka sangat laksa yang besar.
*Bahan nak makan dengan laksa, wajib ada timun, bawang, daun selom, bunga kantan, cili api, telur rebus dan limau (nipis @ kasturi)
*Abah Anas plak, wajib ada kicap. Dan Abah Anas makan kuah laksa, dia amik yang paling atas, bila kuah tu mendap. Means, dia akan amik yang paling cair. So, kurang sket isi ikan tu. Dia tak suka kuah pekat2.
*Ummi plak paling suka kuah pekat2. Beza gak taste kami berdua, hehe...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

13 comments:

Ummi AmnaAmzar said...

wow..best tu...lain cara kite masak laksa ye ummi anas...ummi letak bwg putih ckit, xletak ketumbar..best ke letak ketumbar? hehe hr ni nak masak laksa, nak try boh ketumbar lah..:-)

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Ummi AmnaAmzar
ha'a, lain la kan.. sy xguna bwg putih.
ikut org jugak. mcm ayah sy, die tak suka rasa ketumbar tu. MIL sy pun tak taruk ketumbar tp hubby suka gak kuah laksa saya tu...

Nadiah Sidek said...

akak tak mkn laksa! hee~

Ummi Hanie said...

sedap le tuuu shira...janji ade ikan ! hahahhh...kalo takde,bukan lakse le namenye tu...;p

shira suke tak laksam?laksa kuah putih mcm org pantai timur punye tuu...hanie suke bangat..kire sume jenis laksa buleh jalan lah

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Nadiah Sidek
ruginye kak nadiah tak makan laksa, hehe...

Atiqah said...

laksa utara mmg the best..
bru pas mkn lksa utara kuah tnpa belacan kat km8 semalam..hehe..mmg best..bau kuah je dh mengancam..

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Ummi Hanie
uih, yg tu pun suke bangat... org pantai timur makan laksam pg2 kan...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Atiqah
tula, ade setengah org tak taruk belacan.
resipi akak ni gabungan resipi mak tok akak n mak mertua akak. mak tok akak guna ketumbar, MIL akak guna belacan, akak gabungkan sekali...

Ummi Shira (AshAnas) said...

masa mengandung ni la boleh makan laksa puas2... esok dah berpantang, kena pantang lama kan...

Hana Seman said...

Akak masak tak letak ketumbar.

Hasben akak makan laksa tak suka ulam-ulaman, makan laksa+ telur+kuah jer.

Akak pula penuh ulam2 terutama daun selom.

Orang utara memang makan laksa dengan kicap, kadang tu tambah otak udang

e.l.i.z.@ said...

alamakkkk resipiiii...i loikeeee...
boleh la try buat nnt...tQ tQ tQ

*belum bfast lagi ni..tp dh meleleh baca resipi hehe

Unknown said...

kakyong suka kuah laksa pekat.. bertambah2 la...

Amal Aizad said...

selama 25 tahun ni tak pernah terasa nak tengok resipi laksa :p tapi hari ni terasa macam nak buat. senang ja rupanya resepi laksa! :)

thanks kak.

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi