"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, February 3, 2010

10 months of your journey, sayang...


Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Sayang Ummi dah 10 bulan dah on 29 January 2010 hari tu... Sekejap je kan masa berlalu... Ummi selalu belek2 balik gambar dari Anas baru lahir sampai sekarang, perubahan yang begitu ketara Ummi nampak dari bulan ke bulan sayang Ummi membesar... Sebenarnya, Ummi takde la nampak sangat perubahan tu sbb hari2 Ummi tengok Anas membesar sihat, cergas dan ceria depan mata Ummi... Cuma bila Ummi tengok gambar je, baru nampak perbezaan Anas dari lahir sampai la sekarang... Masa Anas chubby dulu, masa takde rambut lagi... Hehe, comel sangat... Rindu la wajah Anas yang dulu... Huhu...

wajah yang suci bersih masa baru lahir

wajah mulus yang masih belum mengerti apa-apa

wajah yang membuatkan Ummi rindu selalu

ketembaman pipi montel gebu dan rambut yang masih malu2 nak tumbuh masa ni

Sungguh Ummi rindu... Sekejap je tak lama lagi Anas nak setahun dah... Gigi pun masih malu2 nak keluar lagi, macam rambut Anas dulu, malu2 gak nak tumbuh... Takpelah, lambat tumbuh gigi, lambat la salin gigi kan...

Anas sekarang memang dah sangat cekap memanjat sana sini, habis sume tempat Anas panjat, tak kira tinggi rendah... Cuma baru nak belajar merangkak... Hehe...

Bila orang gelak, dia pun tumpang gelak sekali macam faham apa yang orang gelakkan ye... Bunyi Anas ketawa kelakar tau, semua orang akan gelak kuat bila dengar Anas ketawa, hehe... Wan cakap, bunyi buat2 gelak je tu, haha...

Anas dah pandai tak nak kat orang, tak nak kena tinggal kat nursery, pagi2 Ummi hantar, mesti nangis nak ikut Ummi... Then, bila Ummi datang time lunch tu, macam dah bau Ummi datang je Anas ni tau, kalau tido, terus bangun tido... Kalau berjaga, terus tunggu depan pintu... Amboi, pandai anak Ummi ni ek, sangat2 peka kehadiran Ummi ye...

Oh ya, Ummi dah belikan Anas exersaucer tau! Ummi beli 2nd hand je, tapi puas hati la, berbaloi2... Anas pun excited dok dalam tu... Layang gambar & video ek....



Yang ni plak aksi Anas tengah malam, masih aktif lagi padahal Ummi memang dah sangat2 mengantuk tau! Anas memanjat kepala katil sambil bermain2, aduh, letih Ummi... Dua malam Ummi bawak Anas gi ofis Ummi teman Ummi buat OT, tu pasal la yang Anas sampai malam pun tak letih lagi, asyik nak main je... Ummi yang letih, hadoi!


Ummi & Abah sayang Anas!

3 comments:

yatie chomeyl said...

best la exersaucer anas tu. penuh dgn toys. aunty pon rasa nak join gak hehee

Nadiah Sidek said...

lekanya anas main..kamera pun buat tak kisah ye? hehe..

Diary Qol said...

dah besar dah anas..dah pandai banyak perkara..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi