"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, February 8, 2010

Anas tak sihat...


Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang... Semoga Anas senantiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah...

Allah izin, weekend baru2 ni Anas, Ummi dan Abah diuji dengan kesihatan Anas... Anas memang jarang sangat demam dan Allah izin Anas demam, batuk, selesema yang agak teruk... Last sekali Anas demam masa Awal Ramadhan dulu... Dulu Ummi & Abah berkejar ke Wad Kecemasan HTF sbb Anas mcm nak jadi tarik, kali ni plak Anas jadi macam penat & masuk petang td, dah 5 kali Anas kena sedut gas penat & buang kahak...


~pic petang Jumaat, Anas masih sihat~

Jumaat malam Sabtu hari tu tetibe je badan Anas panas sangat. Sebelum tu Ummi dah nyusukan Anas sampai Anas tido, langsung Ummi tak rasa lain. Sekejap je Ummi kalih nak amik selimut, Ummi rasa badan Anas panas sangat2. Tengah malam tu Anas susah nak tido, batuk Anas bunyi penat, kesian sangat Ummi tengok anak Ummi. Ummi ajak Abah gi emergency HSB. Tapi elok atas highway nak exit Alor Star (U) badan Anas dah tak panas lagi dah... Hm, Ummi ajak Abah balik.. Kita balik ikut jalan jauh, Abah drive slow je... Sepanjang perjalanan balik, mmg badan Anas dah tak sepanas memule tadi... Tapi kan, elok je sampai umah, badan Anas panas balik... Hadoi! Kebetulan Atuk, Wan & Bunga gi KL.. Hm, Anas selalu demam masa Atuk, Wan & Bunga gi KL, rindu kot... So, malam tu Ummi & Abah tak bawak Anas gi hospital lagi, tunggu esok nak bawak Anas gi Pusat Rawatan Mahsuri...

Esoknya tu, awal2 lagi dah gi amik no kat Mahsuri sbb takut ramai orang. Klinik buka kul 9, doktor akan datang before 10... So, lepas dapat giliran pertama, Ummi & Abah balik umah breakfast dulu & gi balik klinik at 9.45am... Doktor sampai kul 10, terus dipanggil masuk... Doc tanya family history ada asthma tak? Ummi cakap takde cuma klu mcm penat bila demam tu, mmg Ummi ada mcm tu... So, doc ckp Anas pun mcm tu lah... So, sedut gas & amik ubat demam, batuk & cairkan kahak...
Baru sekali makan ubat, Anas still mcm tu, Abah Anas tak puas hati & tak senang duduk, ajak gi Mahsuri lagi petang tu, sedut gas lagi... Hm, Abah mmg sangat2 risau, hehe... Sayang kat Anas sangat2 tau! Then, tengah malam tu still keadaan Anas macam tak getting better pun, Abah ajak gi emergency Hospital Jitra plak, sedut gas lagi & amik ubat lain plak... MA kat situ suh stop kasik ubat dr private clinic... Hm....


~pic budak tak sihat tapi masih menggagahkan diri memanjat nak laptop Ummi~

On Sunday, sepatutnya Ummi & Abah keje, tapi kami terpaksa amik EL coz keadaan Anas sangat2 merisaukan ditambah dengan letih bergilir2 berjaga sepanjang malam pantau keadaan Anas... Alhamdulillah Atuk Anas faham keadaan kita... Atuk suh Ummi bawak Anas gi KMC tp ofkos la ongkosnya harus ratusan, Ummi tak mampu, kot Atuk mau hulur takpe gak kan...Hehe... So, Atuk cadangkan Ummi bawak Anas gi Klinik Pakar Kanak-Kanak Lee kat Kanchut, Alor Star... Mmg Anas dah 2x gi situ.. Dr. Lee tu la paed Anas, cuma klinik dia close on Saturday... So, Ahad tu, Ummi bawak Anas ke sana plak, sedut gas lagi & amik ubat baru. Ummi yakin sikit dengan ubat sini coz satu ubat untuk semua tak macam klinik lain, mcm2 sangat ubat die...

Then balik Arau sekejap coz Tok Wan & Mak Tok pun risaukan keadaan Anas tapi diorang tak dapat datang jenguk Anas kat Jitra... Siang Anas mmg ok, ceria bermain walaupun tak bape sihat. Tapi bila dah lewat petang, sakit Anas datang balik... Pulak tu Anas langsung taknak mamam, cuma nenen Ummi ja...

Awal pagi tadi Anas muntah lepas breastfed ngan Ummi, petang tadi pun Anas muntah lagi after breastfed... Ummi terus call paed Anas, dia suh Ummi bawak Anas gi balik klinik dia... Ummi dah risau sbb dlm phone dia ada sebut kena refer Anas ke GH & maybe warded... Lepas dia check & sedut gas lagi, dia cakap Anas ok & semakin baik. Ya, Ummi pun rasa Anas dah semakin sihat hari ni cuma batuk & kahak je la...

Alhamdulillah, malam ni tido Anas mula lena, cuma masih ada sedikit gangguan bunyi dalam pernafasan tapi semakin baik berbanding sebelum2 ni... Hm, Anas harus la cepat sihat, Ummi 7 Abah dah amik cuti, dah booked hotel, dah beli baju sejuk untuk Anas untuk ke Cameron Highlands... Huhu...

~tak sempat rasmi jumpsuit ni kat Cameron Highlands, rasmi kat ofis Ummi tadi coz ofis Ummi air-cond~

Ummi & Abah sayang Anas!

9 comments:

Atiqah said...

siannye cute little sweetheart ni..moga cepat sembuh ye anas...

Nadiah Sidek said...

siannya..kecik2 kena sedut gas. get well soon anas dear!

Fazlinil Irma said...

shira..
pengalaman akak jaga fatih. dia boleh kata tiap bulan demam. x pun 2 bulan sekali. bak kata kak ct, anak lelaki mmg mudah demam. maybe antibodi dorg x kuat.

sejak akhir tahun lepas fatih dah start kena ambil inhaler hari2 sbb asthma.

akak selalu pujuk hati.fatih ni demam nak besar. nak develop dr satu tahap ke satu tahap. mmg lepas tu Allah izin dia boleh berdiri. jalan. cakap. dll.

wpun bukan anak sdiri. kesian. baru terasa berat dia naik. lepas tu sure demam. kdg seminggu kdg 2 minggu. lepas tu berat dia mmg akan susut sikit. terasa ringan bila angkat.

akak ada baca pasal shira x puas hati ttg babbysitter yg bg FM. bukan ke shira hantar kat nursery sahabat?

apa pun banyakkan sabar. bawa berbincang. yg penting banyakkan tawakal dan doa pd Allah. Moga Anas membesar jadi anak yg sihat dan soleh.

akak tau. perasaan shira. sbgai seorang babbysitter. akak pun kdg2 risau bila jaga fatih takut jd xcident/ apa2 yg x diingini. alhamdulillah. setakat ni, kalau jd apa pun. contoh fatih jatuh ka. kak ct x pernah marah. dia positif. setiap yg berlaku dah diizinkan Allah. akak dah cuba yg terbaik.

maaf komen sangat panjang. apa yg penting kita sama-sama usahakan yg terbaik. selebihnya tawakal.

Suziey Ahmad said...

ala siannya nya lil cute anas..smga anas cpt sembuh yek..shira n hubby pn kena jg kesihatan jgk ok..insyaAllah..doa byk2 n tawakal pd Allah:)

ezan said...

get well soon anas... cepat2 sembuh ok.. nanti ummi & abah nk bg upah bawak jalan2.. hehehehe...

Ummi Salsabila said...

siannya anas.demam pun comel sgt.cpt2 baik syg.ummi & abh nak cuti2 msia tu..:)

Sharini aka Ummi Khayra said...

Memang risau kan kalau anak demam, batuk, selesema nih. Khayra cenggitu la.. skrg ni alhamdulillah, dah jarang sakit. anas ada lelah ke? kalau anas muntah, and keluar kahak, dulu2 kami memang risau sangat.. tp skrg ni, kalau dia muntah sebab batuk, dan keluar kahak, kitorang pulak suka, sebab doktor ada bagitahu, baby tak tau nk keluarkan kahak tu macam mana, so, dia akan muntah kalau nak kuarkan kahak. especially bila dah lepas sedut gas semua.. :)

Auntie harap anas cepat2 la sembuh ye.. auntie doakan anas kat sini.. :)

Sharini aka Ummi Khayra said...

alamak, komen akak dah ilang... :) shira, jangan risau2 sangat ye.. ( even akak tau mesti akan risau sebab akak pun cenggitu.. :P) oh, satu benda yang paed Khayra bagitahu kat kitorang, kalau baby tu muntah lepas batuk ke, or sebab lain, ( ni kes demam, batuk dan selesema ) actually its good sebab itu je cara dia nak keluarkan kahak. baby kan tak tahu nk keluarkan kahak macam mana.. So, skrg ni, kitorang tak risau sangat kalau khayra muntah lepas batuk bila dia demam selesema tuh.

Kitorang risau kalau dia muntah with no reason la.. :)

Auntie kat sini doakan anas cepat sembuh ye.. cepat dapat main dengan ummi... :)

Nurul Izza said...

yaAllah siannye anas..sabar ye akak..

mcm kak nini cakap..bby mmg xtau nk keluarkan kahak..so better dia muntah.kalau muntah kita seharsusnya lega (read: muntah biasa. bukan berdarah etc)

anas..get well soon dear.. ;))

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi