"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, February 22, 2010

Jalan2 Cameron & kenduri kawen


Assalamualaikum permata hati Ummi & Abah... Hm, Anas tengah wat ape ek kat nursery? Semoga Allah sentiasa lindungi Anas di bawah pemeliharaanNya... Semoga Anas sentiasa selamat dekat sana... Ummi tengah berusaha nak buat yang terbaik for anak Ummi... Sapa tak sayang anak oi!... Kan, kan?

Hm, cerita2 dlm entry ni mmg agak basi... Tapi disebabkan ini je masa yang Ummi ada, gambar pun dah siap diedit, masukkan jugak lah.. Banyak gambar dah masuk FB tp tu tade cite... Nanti mesti Anas nak tahu cite gak kan...

Hm, Anas pun dah maklum yang Anas demam+penat beberapa hari sebelum pegi tu demam just after Ummi booking hotel plak tu, huhu... Alhamdulillah, Anas dah semakin sihat on Wednesday & kite terus pergi Cameron Highlands on Thursday... Bertolak dr Jitra kul 10 pagi, singgah Ipoh jap, jumpe Uncle Abu, makan kat sana sekali, Uncle Abu belanja (Thanks Abu!) Then kul 2 naik Cameron Highlands ikut Simpang Pulai... Jalan baru, agak lebar & more safety than dari Tapah kot... Alhamdulillah, selamat sampai kat atas tu an hour after, tak pening2 pun... Huhu, cite pasal Anas kan, dari Jitra tido, sampai kat Medan Gopeng baru bangun... Then, suku jalan nak naik Cameron, Ummi bagi tido, elok2 sampai kat hotel baru bangun... Senang, buka2 mata ja, dah sampai...

Kita stay kat Casa De La Rosa Hotel, dekat Tanah Rata, betul2 depan padang golf... Cantik hotel tu... Amik Garden View room, tapi sayang, dapat bilik paling hujung, so, bukan garden view tapi 'lalang view' huhu...


~google image~

Satu malam je kat CH... Petang tu, after rest & after jamak qasar Zuhur & 'Asar, kite gi jenjalan kat butterfly park & ladang teh... Then patah balik ke Tanah Rata, cari makan, cari biskut Anas sbb Anas buat tak selera nak makan... Still Anas tanak makan jugak, huhu, puas dipujuk... Mungkin sbb baru baik demam kot, Anas masih belum de selera makan...

Picas Anas kat Butterfly Park





~Anas dapat mengenali lain2 makhluk Allah di muka bumi ni... Bermacam2 bentuk dan keajaiban ciptaan Allah yang membuatkan kita sebagai manusia, kagum lalu bersyukur~

~Banyak lagi gambar2 creatures kat sana yang tak dapat Ummi Abah snap sbb byk binatang2 tu tido... Nanti kite pegi lagi ye sayang~

Malam tu kan, mmg plg tension... Abah la ni, dapat info dr mana ntah ada pasar malam hari2... Mmg la pasar malam tu attraction kat CH, tapi ada malam weekend je la... Huhu... Abah la plg keciwa, haha....

Jumaat pagi, after breakfast, kite bersiap2 untuk check out, nak jalan2 lagi lps tu terus turun, nak gi KL plak... Hotel masih lengang... Kalau nak ramai pun, ptg tu mesti ramai coz cuti panjang CNY...

Pagi2 tu terus ke ladang teh BOH Sungei Palas, kena naik bukit yang berliku2 perjalanannya... Sangat la ngeri jalan tu sbb kita tak nampak kereta yang dtg dr arah bertentangan....


Then terus ke day market dekat Kea Farm... Kat sana borong strawberi kering for 'orang kampung', hehe... Beli sayur sket2 je for Atuk Anjang Anas coz kita stay umah Atuk Anjang kat Hulu Langat, dekat ngan umah Mama Zue.... Disebabkan turun CH terus gi KL, belum balik Kedah lagi, so, takleh beli strawberry & sayur mayur lah... Beli yang kering2 je such as strawberi kering, teh, buah limau harus beli as requested by Atuk kena la beli untuk Atuk coz Atuk bagi Ummi & Abah cuti bawak Anas gi CH. Huhu, yang ni pun dah penuh bonet...

After day market, terus gi The Big Red Strawberry Farm, cadangnya nak petik strawberi tapi bila sampai sana mcm malas la plak nak makan strawberi, boleh tak cmtu? Hehe... Anas je yang excited tengok kemerah2an strawberi itu & excited sgt Anas bila dpt strawberi ada sorg uncle tu kasik... Kita tengok cara Anas makan strawberi ek....
Photobucket

Lepas have desert kat situ, kite terus berangkat nak balik... Singgah Bharat salin DD Anas (bila travel kena guna DD, klu guna CD ssh la nak basuh coz CD Anas ada 12 je), qada hajat, terus turun ikut Tapah sbb nak terus gi KL... Tapi jalan ke Tapah sangat2 la teruk berbanding jalan ke Simpang Pulai... Abah berenti dekat 5 kali coz Ummi asyik muntah2... Huhu, ni dah kali ke3 Ummi turun naik CH ikut Tapah, ni la 1st time muntah, cmne ntah blh muntah... Anas mcm biasa, tido.....

Sampai KL terus gi tengok rumah baru Atuk kat Amansiara... Nampak dr luar cm mewah je, tapi hakikatnya cuma rumah teres setingkat yang sangat kecil... Huhu...

Lepas tu terus gi IKEA plak sbb Ummi nak beli highchair untuk Anas... Huhu, bukan setakat highchair, kalau boleh memang nak borong satu IKEA tu... Sekali sekala orang Kedah gi KL, penuh keta... Haha... Atuk & Wan kalau gi KL, mmg penuh keta bawak balik barang IKEA... Ye la, bukan dapat gi selalu kan... Kali ni banyak beli barang utk MIL... Happy Mak Tok dapat barang2 IKEA...
Pas borong IKEA,terus gi amik Achik kat LRT Ampang, terus gi umah Atuk Anjang kat Hulu Langat... Sampai sana dah kul 10 malam, lotih sangat... Esoknya kenduri MamaZue & PapaNik...

sambung next entry lah stori pasal kawen diorang...


Ummi & Abah sayang Anas!

3 comments:

izzahazfar said...

Salam ingat zah link lagi...gathering susuibu dan ratuhati kat taman belia...zah link blog eh..

Nadiah Sidek said...

jeles betul tgk org jln2 ni..huhu

Atiqah said...

salam kak shakira..
wah bercuti sakan..tiqah cuti CNY pun stay kat umah je..sbuk siapkan assignmnt..huhu
maklumla dh final year kena la korban mse cuti
Anas makin cute la..dgn rmbut kat depan cmtu..hehe mcm baby2 dlm cite korea..cute sgt

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi