"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, January 4, 2011

Apa kelebihan CD Mahal?


Rata-rata kawan2 Ummi yang baru nak beli Cloth Diapers (CD) akan survey bermacam2 jenis CD dari macam2 website/blog utk cari supplier yang lebih murah. Almaklumlah, 1 CD yg berharga RM30 pun agak mahal la kan. Itu belum lagi yang RM60 ke atas tu.

Hm, mcm yang Ummi cite dalam entry sebelum ni la, beli CD ni macam kita kita buat investment. Kita melabur banyak sekarang, kita yang untung di masa hadapan. Untungnya apa? Kita tak keluar kos nak beli Disposable Diapers setiap bulan untuk sekurang2nya 3 tahun.

Boleh refer balik jadual kiraan untung rugi beli CD di entry Ummi ni.

Baru2 ni Ummi ada terbaca ttg CD Mahal vs CD Murah kat blog Happy Cloth Diapering. Boleh refer link ini untuk baca semua.

Bak kata kaklong Nuzula, yang mahal tu selalunya cantik, berkualiti, kemas, material lbh baik, selesa, tahan lama... Betul tak?

Kalau kita sendiri la, nak beli beg tangan atau kasut, kita pilih yang murah atau yang mahal? Ummi percaya ramai akan pilih yang lebih mahal sbb kualiti, lebih tahan lama, lebih cantik, original, selesa... Kan?

CD pun camtu la jugak. Ummi setuju dgn kaklong, kita bayar mahal untuk kualiti. Betul, tak semestinya CD yg lebih murah tu takde kualiti tp CD yang lebih mahal itu pastilah kualiti dia lebih baik.

Quote dari kaklong:
Sebenarnya, jgn tak tahu, dlm kita membeli sesuatu itu kita juga membayar untuk usaha menciptanya, usaha membuatnya dan mungkin juga utk jenamanya!!! Dan kita juga sebenarnya membayar utk satu kepuasan ~ puas hati!! (bila kita spend utk sesuatu yg very costly ni).

Bagi saya, dlm mengukur performance (bagus/ tidak bagus) sesuatu CD itu adalah bergantung kepada;

1. Keselesaan baby (yg ni 1st!)... Sama ada meruam/ merah/ jadi gatal kulit/ 'panas'/ terlalu ketat/ longggar/ tak selesa dll... Sebab ada juga baby yg alah dgn CD inner 'fleece' dan boleh pakai CD bamboo jer...

2. Keselesaan maknya or bapaknya yg nak handle/ nak uruskan cd ni, if pocket CD kena buh insert, kalau fitted kena pakai diaper cover, kalau AI2 kena pegang soaker yg dah basah n tukar dgn yg baru.. juga tang nak basuh tu... cepat kering ke tak dsb la..

3. Bocor atau tak... Bab ni la yg paling org highlight dlm performance CD. Selalunya performance CD just diukur sama ada bocor/ tak apabila dipakai dalam sela masa tertentu. Selalunya CD yg boleh dipakai utk tidur mlm (night sleeptime) tu ok la kalau tak bocor sampai pagi...

Juga...

4. Boleh pakai berapa lama... biasanya CD yg lebih mahal/ dgn material yg lain (seperti bamboo) boleh dipakai lebih lama kerana daya serapannya yg lebih bagus. CD bamboo juga mempunyai kelebihan yg lain, cthnya anti-bakteria dan hypo-allergenic.

Bagi Ummi la, tak salah kita habiskan duit sikit demi memelihara alam sekitar dalam masa yang sama nak bagi keselesaan kat anak kita. Buat apa la berkira sangat dengan anak sendiri.

Kalau tak berani beli banyak sekaligus, beli la 1 je setiap jenis. Biar kita rasa, kita akan tahu sendiri perbezaannya. So, kita sendiri yang buat keputusan, bukan ikut orang...

Abah Anas selalu bising2 CD ni cepat bocor. Kadang2 Anas pakai DD pun bocor jugak. Kenapa? Bila DD tu dah lama tak tukar atau dah penuh sangat, sure la tak dapat nak tampung lagi, sebab tu bocor. Sama je, DD or CD, memang kena kerap tukar untuk keselesaan anak. Betul tak?

Yang penting CD lebih eco friendly, tiada pencemaran, memelihara alam sekitar utk generasi akan datang.


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

No comments:

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive