- Ummi pernah minta Abah carikan nasi lemak tengah2 malam. Masa tu bulan puasa. Memang takde sangat orang jual nasi lemak tengah2 malam ni. Alhamdulillah, dapat jugak Ummi makan nasi lemak pukul 2 pagi. Tu pun Abah gi cari kat Alor Setar. Jauh gak dari umah kami....
- Pastu Ummi teringin nak makan buah harumanis tapi tak kena musim plak. Tapi, nak dikatakan rezeki orang mengandung ni, ada jugak buah harumanis yang sesat musim. Dapat jugak la Ummi merasa. Tapi bila dah depan mata tu, Ummi rasa 2 potong pun dah cukup puas dah...
- Ummi sangat suka makan roti canai padahal tu bukan la feveret sarapan Ummi sebelum2 tu...
- Ummi tak suka benda masam, tak suka mencicah padahal tu la feveret masa zaman anak dara...
- Cepat kecur air liur kalau orang sebut apa2 nama makanan depan Ummi. Seboleh2nya lepas tu Abah kena tolong belikan, haha...
- Sangat2 terkenangkan nasi kukus ayam berempah kat Greenwood tu. Masa study kat UIA dulu, selalu gak makan dengan roommates. Diorang siap buat sambal kicap, fuh, sedapnya! Tapi dulu Ummi suka biasa2 je. Tak macam roommates Ummi, hari2 makan pun takpe. Ummi jarang2 la makan. Tapi sekarang, asyik terngiang2 la plak rasa dia tu. Ikutkan hati nak je masak sendiri, tapi sure la tak sama. Seboleh2nya nak yang tu jugak2... Ummi siap suh kawan Ummi gi amik gambar nasi tu lagi. Sebabnya bila search kat internet, tak kuar pun gambar yang Ummi idam2kan tu... Cepatla kawan Ummi tu bagi gambar, huhu....
- Ummi suka makan nasi kat kedai mamak padahal sebelum sangat2 la takmau masuk kedai mamak, huhu... Tapi sekarang dah stop dah...
Terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil mengidam. Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…). Mengidam makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan tidak akan mendatangkan masalah.
Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti tepung jagung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya. Walau pun tepung jagung adalah makanan, pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan anda terlalu kenyang, mengganggu sistem penghadaman dan menyekat selera anda untuk mengambil makanan berkhasiat. Mengidam benda yang bukan makanan atau “pica” harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.
Cuba elakkan mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walau pun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:
- Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna (ex: sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak)
- Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur (ex: Mexican cheese, unpasteurised milk)
- Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur
- Teh herba
- Alkohol
Mengidam sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah selagi ibu mengandung mengambil diet yang seimbang. Walau bagaimana pun, berhati-hati jika anda menggemari makanan yang berkalori tinggi seperti makanan manis dan berlemak kerana ia akan meningkatkan risiko kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung.
Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:
- Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.
- Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
- Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
- Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.
- Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.
- Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
- Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
- Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung
15 comments:
kalau mengandung tapi tak mengidam tak pe ke?adakah itu normal?
@SyidaGorjes
normal je kot kak... kan artikel tu cakap faktor hormon je... hihi... mcm2 kan...
masa akak pegnant anak sulong,en.suami yg duk sakan mengidam..hahaha
nasi lemak..
roti canai..
tak suka masam..
mcm akak dulu; tu la yg amal selalu nak makan time pregnant ni. buah tu pulak, amal tak teringin harumanis, tapi teringin buah macang/kuinin. huhuu.. pun tak kena musim. so xdpt2 la sampai sekarang.
Shira nak ke? Alin bleh tolong belikan.. Bile due sis? take care tau!!
@MamaYatie
best jugak klu suami tlg rasa alah nye skali, hehe....
@Amalina
amal xckp ngidam macang/kuinin... Kt umah PIL akk ms bln 11 12 dok heaven dgn buat kuinin sesat... Klu akk tau, leh bg kt amal sket...
@Momma Mia
klu k.alin tlg belikan, smpt ke nk ssmpai ke shira nk mkn? Hehe... Shira dok jauh kt kedah ni... Due 19/5/2011
masa pregnant dulu mengidam nak makan kuih (nama kuih dh lupa lak) aje...sampaikan 10 biji blh habis sekali makan...
skrg ni pandang pun tk nak...he3...
My recent post "Tamat Sudah Syamila’s GA "
erkkk tqh pun ngah mengidam nk mkn bnda2 msm ni..dh lama btol x mkn mmpelam muda...hehe (bkn mengidam mengandung ye)..ni namanye, gtl nk mkn..
Cmne nak Tolong shira ni...siannya..selagi xdpt,selagi tu teringat2 kan...;)
Ns lemak greenwood ktne tu ek?
Cik Abg kene bwk shira dtg cuti2 sini kot..
hehe btl tu.mmg mengidam..ala actually tu prkara besela kan..rsnya org xmengandung pn bole mengidam gk..its all about hormon..
assalamulaikum
terima kasih atas perkongsian pengalaman dan tips.teringat masa hamil, suami yang mengidam.suami teringin sangat murtabak mangkasar di Pekan.akak tunggu lama dia baru balikd ari kerja.rupanya dia terus ke Pekan beli mertabak tu lepas balik kerja.
Jom ke teratak akak, Jurnal Kehidupan dan
Bicara Hati Ibu, Malulah Mama Berkerusi roda
masa pregnant 3-3.. kakyong suka sgt western food.. kiranya secret recipe tu selalu la singgah nak makan lasagna.. chicken chop kat kedai kawan en suami..
masa fikri mengidam nak durian belanda.. memang rezeki, dpt pun.. tp masa anis & aliya xde mengidam.. cuma gian suka makan yg western & yg pedas2...
salam shira..turun KL ye minggu ni? bole la jmpa klu sempat..ape2 roger ok :)
Post a Comment