"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, January 4, 2011

Tips pengurusan cloth diapers (untuk kaum bapa)

Tahniah diucapkan buat kaum bapa yang semakin sedar tentang kebaikan cloth diapers. Sebelum ni ramai isteri2 dok komplain, camne la nak sedarkan suami diorang ttg kebaikan cloth diapers ni. Ye la, agak mahal berbanding harga DD yang RM0.60 sekeping kan... Nak keluarkan duit plak, of course la si suami kan... So, selalunya bapa2 ni susah nak kuarkan duit sekaligus berbanding tiap2 bulan kuar duit tu...

Abah Anas pun macam tu jugak. So, kelebihan bila Ummi bekerja ni, Ummi leh guna duit Ummi sendiri, hehe... Tapi sebab Anas guna jugak DD, Abah la yg kena kuarkan duit beli DD, hehe... Bijak tak Ummi? Agak berbeza la perbelanjaan bulanan kami selepas dah ada CD ni. Dulu sebulan 2x beli DD pek 80 yang harga die +/-RM36 satu pek. Sekarang ni, 2-3 bulan sekali baru beli DD. Sebab jarang guna. Guna bila gi jalan2, malam & kat umah pengasuh je.

Apepun, yang di atas tu hanyalah mukadimah. Ummi nak bincangkan tentang cara2 nak uruskan cloth diapers ni, terutama buat kaum bapa. Sebab ramai yang bertanya, senang ke nak uruskan CD ni, sebabnya diorang la yang akan basuh semua tu masa isteri tgh berpantang kan... Hm, bagusnya suami camni, senang hati isteri nak berpantang...

Gini, pendapat Ummi dan beberapa orang kawan, agak leceh nak pakaikan baby newborn CD sebabnya baby newborn sangat2 la kerap buang air kecil mahupun besar. Memang ramai ibu bapa lebih selesa pakaikan DD kat baby newborn diorang. Tapi tak semua baby sesuai dengan DD. Ade baby yang kulit die terlalu sensitif, tak boleh pakai DD langsung.

CD plak, cutting die kat bahagian paha tu, belum sesuai untuk baby newborn. Sebab baby newborn memiliki paha yang sangat comel, kecil, halus, mulus je... Biasanya kita akan tunggu paha baby tu gebu dan debab sikit, baru la mula pakaikan CD utk dia. Selalunya before 1 bulan, paha baby dah cukup gebu dan debab.

Ok, berbalik pada cara pengurusan CD, Ummi copy gambar dr blog kawan Ummi utk lebih pemahaman kepada kaum bapa ye...

Gambar-gambar dari blog Kak Nurul Dhia

Ok, inilah rupa CD ya. Yang ni jenama Coolababy one size pocket diaper snap button.

Yang sebelah kiri tu CD pants (sarung nye lah). Yang lapisan atas (putih tu) diperbuat daripada micro fleece - sangat lembut, selesa dengan montot baby. Lapisan luar (yg colorful) tu plak diperbuat dari PUL (Polyurethane Laminate), Waterproof - so tak bocor la.

Yang sebelah kanan tu, insert die. Biasanya 1 CD dapat 2 insert. Kita biasa guna 1 insert di waktu siang dan 2 insert di waktu malam.

Insert ni bebas gel yang mengandungi bahan kimia macam DD ya... Ni diperbuat dari microfiber. 2 3 lapisan microfiber dalam insert ni. Keupayaan serapan die sama dengan gel dalam DD tu.

Ni plak rupa poket CD pants tu. Insert akan dimasukkan dalam poket ni...

Lebarkan dan ratakan insert masa nak masukkan dalam poket (means, jangan peronyok je kasi masuk).

Tolak insert sampai masuk ke hujung CD pants. Pastu adjust la bagi insert tu terletak elok (hujung depan, belakang, kiri & kanan) dalam poketnye. Kalau tak, takut ada kebocoran.

Ini rupanya bila dah siap, nampak kemas, rata dan cantik je...

Pandangan hadapan, ada banyak2 buttons. Buttons ni gunanya utk kita adjust size yang kita nak (ikut saiz baby la).Biasanya cutting Cola ni besar sikit. Cutting babyland lebih kecil.

Cara nak adjust button:
(Sebelum tu nak kenalkan buttons ni dulu.)

Yang paling atas (dekat dgn bahagian pinggang tu, button utk adjust size mengikut saiz pinggang baby)

Yang 3 sederet kat tengah2 tu untuk adjust size S,M atau L.

Ok, untuk saiz L, tak payah adjust button. Lepaskan je.

Untuk saiz M, temukan button barisan paling atas dengan button barisan tengah.

Untuk saizS, temukan button barisan paling atas dengan button barisan paling bawah.

Boleh faham tak?


Ni untuk saiz M

Yang ni plak untuk saiz S

CD yang dah siap sedia untuk dipakaikan kepada baby.

Saiz dari kanan: S - M - L

Ok, ni cara nak membasuh plak:

Firstly, kalau baby poo poo, buangkan najis dlm lubang tandas. Sembur je dengan air yang kuat. Najis tu senang tanggal dari CD.

Then, kuarkan insert dari CD pants. Sembur dengan air paip, buangkan sisa najis. Cara kak Nurul, dia pijak, hehe... Ummi pun pijak jugak kadang2. Tapi sebenarnya guna tangan je la. Time pregnant ni je, tak larat nak duduk mencangkung...

Then perah dan letakkan dalm baldi kering. Ummi kumpulkan seharian punya CD then basuh sekaligus. Biasanya Ummi rendam dengan sabun (sabun khas utk basuh pakaian baby tau!) Kalau nak tau sabun apa, refer sini. Rendam utk beberapa jam. Jangan lama2. Ummi rendam utk tanggalkan sisa2 warna najis yang masih melekat. PERINGATAN! Jangan guna peluntur atau pelembut kain pada CD!

Kmdian, bilas dengan air yang banyak, perah dan jemur bawah matahari. Alhamdulillah, setakat ni, kalau ada warna yang masih melekat pada insert dan CD tu, bila jemur bawah matahari, ia akan hilang.

Kalau korang malas, boleh kumpulkan CD, dan basuh guna mesin basuh je. Pastikan guna washing net mcm dlm gambar ni utk jaga jahitan CD ni.

Amacam kawan-kawanku sekalian, boleh faham tak penerangan yang di beri? Rasa2 terbeban tak nak tolong isteri masa dia tengah berpantang nanti? Jangan risau. By the time baby korang boleh mula pakai CD ni, isteri korang dah kuat sikit kot. Tapi sebagai suami yang baik, kena la tolong dia buat kerja rumah. Bagi la dia rehat sepenuhnya masa dia tengah berpantang ni. Bukan senang oooo nak beranak ni... Hargailah isteri korang kerana dia dah bersusah payah melahirkan zuriat utk korang...

P/S : Pesanan ini untuk suamiku juga, hihi.... Cek pun tak lama dah nak bersalin ni, (",)
: Kalau bukan time berpantang, En.Suami boleh tolong jugak kan? =p


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

6 comments:

Syida said...

kita ada beli dan pakaikan pada anak, tapi asik bocor je.eventho pakai 2 inserts.
macam mana ek?

Hana Seman said...

Hasben akak sokong 50-50. Dia malas nak berCD bila kerap poo. Satu lagi CD yang dah lama, serapan dia kurang so cepat bau bila baby pakai. itu yang dia tak suka. tapi akak pakaikan jer.

Hasben akak, dia takde masalah nak basuh CD. Malah dia akan basuh setiap kali tukar CD. tak suka biar dalam baldi lama-lama.

Dispo, standby time jalan. Tapi jalan pun guna CD gak.

Ummi Shira (AshAnas) said...

@SyidaGorjes
erm, masa taruk insert dlm poket tu, masukkan betul2 tak? means, kena pastikan takde komot2, rata je...

pastikan insert rapat ke depan, belakang, kiri dan kanan poket.

masa pakaikan kt anak pun, make sure CD kemas pada dia.

pastikan kekerapan anak buang air. lebih senang kita nak pastikan bila kita nak tukar CD dia. biasanya CD tahan sehingga 3-4 jam (ikut umur anak la). tapi kena kerap cek jugak, mana tau dia kerap kencing sbb sejuk or sebab lain.

hm, better jgn tunggu 3 jam br cek CD die dah basah ke belum... hehe...

Selamat berCD

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Hana Seman
sama la hasben kita k.hana... 50-50 je sokong... cantik sbb tu dia suka. dn dia pun slalu komplain berbau... shira ckp kt die DD pun berbau gak, hehe...
tp die tak halang la anas berCD, jimat duit poket die, haha...

Unknown said...

waaa.....dah da lampin camni...so kurangla pembuangan diapers kt dunia ni..:)
sy tak kawin lagi jadi tak tahu..:)

Amal Aizad said...

akak, lupa tanya. CD tu suma, akan keluaq warna tak bila 1st time basuh?

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive