Malam tu, Anas muntah lagi lepas minum susu, lepas muntah terus tido... Sampai ke pagi dok muntah jugak, Abang ajak ke hospital sbb klinik swasta semua tutup sempena cuti Hari Pekerja... So, kami terus ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Pantang bawak ke hospital.... Anas kena tahan masuk ward... Tapi Anas tak demam pun... Diorang nak cek perut dia kot ada apa2 yang tak kena...
Tapi esoknya bila gi HSB, saya tengok tangan Anas dah dipasang line untuk suntik antibiotik... Specialist tetap suh Anas diberi antibiotik... Yang sedih sangat, once dah cucuk antibiotik, diorang akan tahan baby sekurang2nya 5 hari bgantung kpd ujian darah...
So, Anas kena tahan 6 hari sbb nak habiskan antibiotik dia... Alhamdulillah ujian darah dia ok, takde kuman... So, 5 malam di HSB, Anas dah boleh balik...
5 malam kami tido tanpa Anas, rasa sedih sangat... Sangat2 terasa bila tiba waktu nak menyusu Anas... Kat ward plak, dia asyik meragam... Tak boleh nak tinggal langsung... Saya nak makan pun, takut nak tinggal dia lama2, takut dia nangis... Dah la dia nangis kuat... Budak dah besar, dah pandai... Tu yang lagi sedih nak tinggal dia stay kat ward...
Bila dah balik rumah, Anas tido je... Cover susah tido kat HSB kot... Tapi yang parahnya, dia susah nak tido waktu malam... 3 malam dia tak langsung tak tido sampai Subuh... Jumpa Wan mintak air ubat sket... Wan ajar baca surah2 dan ayat2 tertentu bila Anas meragam malam2... Alhamdulillah, malam ni nampak nyenyak tido dia...
Ummi & Abah sayang Anas
No comments:
Post a Comment