"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Saturday, May 9, 2009

Semuanya pengalaman pertama





Satu malam kat PRM, kami dah boleh balik... Bermulalah episod baru kehidupan kami sekeluarga... Tapi ada lah kisah di sebalik pengalaman pertama kami jadi parents ni... Malam mula, kami 3 beranak nyenyak je tido.. Esok tu Ummi tanya, semalam anak meragam tak? Saya jawab tak, kami semua tido elok je sampai pagi... Ummi tanya lagi, tak bangun bagi susu kat anak ke? Saya jawab tak... Ummi terkejut... Mana lah saya tau kena bangun nyusukan anak sebab baby kena menyusu setiap 2-3 jam... Walaupun baby tanak bangun, tetap kena kejut untuk menyusu...

Luruh tali pusat, cukur rambut & menamakan anak

Awal pagi hari ke-7, saya bangun menyusu dan salin pampers baby. Masa tu tali pusat belum luruh lagi.. Elok je saya nak pakaikan pampers dia, tgk2 tali pusat dah luruh... So, lepas subuh terus call mak bidan suh dtg bawak peralatan nak cukur rambut baby...

So, hari ke-7 baby kami sudah botak... Dan mulai hari itu, kami dah mula panggil nama dia... Sebelum ni panggil, baby atau sayang je...

Kami menamakan anak kami Anas... Simple... Tapi banyak betul alkisah di sebalik nak menamakan anak ni... Masa mengandung, nama Anas ni takde pun dalam senarai... Nama ni Ummi yang bagi... Ummi sebut selepas saya selamat bersalin... Sekali je Ummi sebut, kami dah berkenan dengan nama ni... Lembut je bunyinya... Makna pun sedap...

Kenduri Aqiqah Anas & Tahnik

Tepat 14 hari usia Anas, kami buat kenduri Aqiqah, 2 ekor kambing, 400 jemputan... Alhamdulillah, lauk cukup2 dan tak membazir. Sebelum majlis Aqiqah, ada majlis Tahnik (belah mulut baby) dulu... Tahnik ni sunat dilakukan kepada bayi baru lahir... Masa Anas baru lahir dulu, Ummi terus suapkan madu. Tapi hari ke-14 ni, kami panggil Ustaz yang alim untuk suapkan kurma dan air zam-zam untuk Anas. Sunat Tahnik ni, bagi benda manis pada baby... Tapi Anas ni, orang ramai2 datang nak tengok dia, dia tido je dr pagi... Macam2 orang buat nak kejutkan dia, langsung taknak bangun pun... Anas, Anas...
~(O,o)/~

Info: Nama ‘Anas’ diberi sempena nama anak angkat Rasulullah S.A.W Anas Ibn Malik RA
Latar belakang Anas ibn Malik ra.
Anas ib

n Malik dilahirkan pada tahun
612 h
dan merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. Anas
ibn Malik
juga merupakan seorang hamba kepada Rasulullah s.a.w. Beliau
berasal dari Bani
an-Najjar dan berketurunan Ansar serta dilahirkan di
Yathrib (Madinah) . Anas
ibn Malik b

ukan lah seorang yang dilahirkan sebagai
seorang yg beragama islam
pada awalnya. Beliau merupakan anak kepada
Ghumaisho’ bt Milhan (Umm Sulaym) .
Ibu beliau telah memeluk islam dan
kemudian ibu beliaulah insan yang telah
mengajar b

eliau untuk mengucapkan
dua kalimah syahadah dan scr langsung memeluk
islam sebelum penghijrahan
Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah . Sejak dari kecil
lagi ibu beliau telah
menanamkan rasa cinta terhadap Allah dan Rasullullah dalam
diri beliau. Dan
kerana itulah Anas ibn Malik teramatlah cinta kepada Rasulullah
dan sentiasa
merindui untuk bertemu dengan baginda s.a.w sejak beliau berusia 10
tahun
lagi . Anas ibn Malik merupakan perawi hadis ketiga terbanyak selepas Abu
Hurairah r.a dan Abdullah b. Umar r.a.


Ummi & Abah sayang Anas

No comments:

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi