"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, May 4, 2011

Anas solat

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim : 40/41)
Alhamdulillah, Anas rajin nak ikut Ummi & Abah solat. Semoga Anas tetap mendirikan solat ya sayang. Sesungguhnya solat itu tiang agama. Kalau tak solat, maka runtuhlah agama kita sayang...

Yang seronoknya, walaupun dia belum boleh ikut bacaan dalam solat, tapi mulut dia terkumat-kamit gak membaca ikut cara dia, hehe... Takpe, lama2 nanti Anas boleh la baca dengan lancar kan...



Rukuk

I'tidal

Sujud... Alamak, salah la Anas sujud ni, hehe...

Tips nak ajar anak solat (yang Ummi praktikkan untuk Anas sejak dia kecil)
  1. Setiap kali masuk waktu, bisik kat telinga dia, sekarang dah masuk waktu solat (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya') - ni Ummi praktik sejak newborn.
  2. Bila dia dah besar sikit, biasakan dia dengar azan supaya dia faham, sekarang dah masuk waktu solat. Alhamdulillah, sekarang bila dengar azan je, dia akan ikut angkat tangan letak kat telinga & cuba menghayati azan tu.
  3. Then, bila nak kita nak solat, ajak dia sekali. Sambil cakap kat dia, solat waktu ni berapa rakaatnya. Cakap kat dia sekarang waktu solat apa dan berapa rakaat kita kena solat...
  4. Bila dapat solat berjemaah lagi bagus la sbb Abah boleh baca kuat2 dan Anas akan tahu bacaan2 dalam solat.
Alhamdulillah, walaupun belum la boleh solat dgn sempurna lagi tapi sekarang Anas dah tahu & faham step2 dalam solat tu. Cuma satu je, sape la yang ajar die meniarap terus masa rukuk tu? Pelik2, haha...

Ni Ummi nak kongsi cara Wardina didik anak dia solat 5 waktu, diambil dari fanpage Wardina,

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

Sejuk kan perut ibu yang mengandung.... Semoga Ummi berjaya didik anak2, macam Kak Dina...Ameen!

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

8 comments:

Diary Qol said...

comelnya anas solat...

Golden Rose said...

alhamdulillah....sejuk perut ibu mengandung

Ummi Danish said...

alhamdulillah... comell sgt. mmg cara terbaik didik anak, dari mereka kecik. senang dorang nak ikut kan.. lembut lagi hati nya..

Ummi Salsabila said...

comel betul anas solat! anas,jom berjemaah dgn Aufa...

Ummi Ummair said...

comei je Anas..mcm ummair jgk suka ikut abi ngan ummi solat. :)

mOOn haRIZ said...

along, hr tu kcik kata anas solat ngan atuk, tp ms tgh solat tu dia main lari2 pastu masa atuk tahiyat akhir, dia pn duduk..haha.. [report2..hihi]

Nurul Izza said...

THANKS FOR SHARING/.. tapi iman pun dh start solat, sbb duk tiru ayah/ummi solat. kadang tu xpakai baju tapi pakai tudung dan tadah tanagn dan amin.. tu sbb tiru ummi la tu

ummu said...

assalamualaikum Asha's family
alhamdulillah gembira dan sejuk hati lihat anas solat
he he anas terus sujud lagu tu ye
macam anak akak yang kecik
terus tiarap,tok wannya gelakk jer

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi