"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, November 1, 2011

Aliff my lil bam bam

Hihi, suka sangat panggil Aliff bam bam n debob... Sian anak Ummi nih... Bukan nak panggil dengan panggilan lain. Tapi tu menunjukkan 'kegeraman' Ummi dan Abah yang teramat sangat tengok paha Aliff yang berketul2, pipi yang tembam tu. Ye lah, masa Along Anas baby dulu, sume cakap Anas kecik, macam tak cukup makan. Sedih Ummi tau! Sedangkan Ummi dah bagi yang terbaik untuk anak2 Ummi... (Forget it!)

Ummi nak cite tentang Aliff je hari ni. Si montel Ummi ni tengah nak 'terbang' sekarang, haha... Dah meniarap sejak umur 3 bulan setengah tapi belum mau move forward or backward lagi... Yang Aliff tau cuma buat gaya nak terbang, dah macam gaya org pakai payung terjun membuat terjunan dari kapal terbang, hehe....

Jap nak tunjuk video Aliff 'terbang'. Sila abaikan suara Anas yang sedang menjerit berebut iPhone Ummi, sibuk nak rakamkan aksi adik jugak... =p


Walaupun Aliff lom move forward backward lagi, tapi Ummi perlu risau jugak sbb dia bergerak dgn bergolek dan memusingkan badan. Sangat pantas, tak boleh tinggal sendirian atas katil.

Pastu Aliff ni becok sangat. Dah pandai nak bersembang, pandai sangat ketawa, mulut pun bising walaupun duduk sorang2. Dia dah tahu nama dia, dah kenal Ummi sangat2. Kalau kena tinggal lps tu Ummi muncul, melonjak2 dan menjerit2 suh Ummi amik. Dengan orang lain buat dek je...

Aliff dengan Anas dulu beza sangat. Yang plg ketara Anas dulu xpandai hisap jari or masukkan benda2 ke dalam mulut. Anas dulu isap puting je. Kalau jumpa apa2 atas lantai, dia tak mengutip la. Tapi Aliff sangat pandai isap jari sendiri, sangat suka masukkan benda2 ke dalam mulut. Risau pulak dia akan suka mengutip bila dah menjelajah nanti...

Aliff sekarang ni lepas menyusu je mesti cari jari jugak untuk lelap. Lepas tu mmg akan meniarap untuk tido. Kadang2 CD dia akan basah lenjun kat depan sbb tido meniarap. Ummi dah cari alternatif lain untuk elak kebasahan melampau tu... Oh ya, Aliff dah fully berCD sejak habis pantang. Nak berjalan jauh pun Ummi bawak CD jugak. Adakalanya kena bawak DD, bergantung pada perjalanan dan tempat jugak la. Kalau gi KL mmg berCD je.

Tengok tu, dalam kereta, atas riba pun nak tido meniarap. Kalau tak dapat tido meniarap, asyik meragam je. Kalau baby lain mungkin susah nak berjalan sebab nak tido berbuai. Aliff plak susah nak berjalan sbb nak meniarap. Kalau perjalanan tu lebih banyak atas kereta, memang jenuh la. Huhu, maaf ler, kadang2 tak leh nak tumpangkan orang kalau berjalan jauh sebab need space utk keselesaan Aliff.

Macam mana Ummi kalihkan balik badan dia, dia tetap akan berpusing balik untuk meniarap. Selesa tido gitu agaknya.... Perut pun sedap kan... Kurang terkejut tapi harus kena pantau selalu...

Adik hisap jari, Anas pun nak hisap jari jugak. Tapi awak tu tak pandai hisap jari, haha... Sekarang dia plak yang tolong hisap jari adik. Oleh kerana Aliff dah pandai hisap jari kaki, agaknya die kesian tengok Aliff tak sampai nak hisap ibu jari kaki, Anas boleh pi bagi ibu jari kaki die... Hai la Anas, bertuah sungguh, terjerit Ummi tengok dia sua kaki bagi adik hisap...

Adik tido meniarap die pun nak meniarap jugak... Esok2 kalau adik baru merangkak mesti die pun nak ikut merangkak jugak nih, hahaha....

Aliff dah berapa bulan? 11/11/11 ni Aliff akan genap 6 bulan. Dah tak sabar nak suap Aliff makan. Aliff sekarang sedang dilengkapkan dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Alhamdulillah Aliff dapat exclusive bf tanpa air masak dan makanan tambahan. Kalau orang tengok Aliff, diorang mesti tak sabar suh Ummi bagi Aliff makan sbb badan dah besar takut tak cukup dengan hanya menyusu badan. Tapi Alhamdulillah, walaupun Aliff dah menunjukkan minat kepada makanan pejal, dia tak pernah merengek lapar atau kekurangan susu. Biarlah Aliff makan pada masa yang sesuai. Sebab Ummi de sembang dgn kawan Ummi, nurse di wad kanak-kanak. Die jaga wad bayi. Die cite kat Ummi sekarang ni banyak sangat kes baby yang admitted sebab de masalah perut, usus dan buah pinggang. Kebanyakannya sebab dah makan solid food awal sangat. Pasal solid food ni kite cite next entry lah plak ye...

Ummi bercadang nak masak sendiri untuk Aliff macam Ummi buat untuk Anas dulu. Hari2 masak sendiri. Lebih puas hati rasanya... Tak sabar nih!

Lagi kan different antara Anas dan Aliff, Aliff lebih menghargai toys yang Ummi belikan. Anas dulu main jugak toys tapi lebih suka pada benda yang betul, bukan mainan such as kunci kereta yang ori, yg plastik ni xmain la, hehe...

Alhamdulillah, setakat ni Aliff lum pernah demam lagi. Lepas cucuk pun tak pernah demam. Aliff cuma perlu follow-up kes 'anu' die yang ade masalah sikit. Syukur, antibodi Aliff kuat dengan susu Ummi, Alhamdulillah...

Dear Aliff sayang,
Kelahiranmu menambahkan keceriaan dalam rumah kita. Kehadiranmu menambakan satu lagi amanah besar buat Ummi dan Abah. Semoga kau membesar dengan sihat, cergas, cerdik menjadi anak soleh yang mampu membawa Islam kembali menyinar di bumi Allah...
Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

5 comments:

yatie chomeyl said...

geram tgk pipi labuh alif tu. yg kelakar tu part anas bg ibu jari kaki dia utk aliff kui3x, mesti best hari2 melayan keletah diorg kan shira?

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak Yatie, penat tp sgt best! bila nazhan nk dpt adik plak? =p

Aliff Imran said...

Ya Allah..sihatnyer ank sheera..tingat anak kak sara yg MAHA SIHAT itu..hehehe

ibu MZW @ farah idayu said...

shira..geyam betul tgk aliff yg montok berketul2 tuh..haha~ pasni dh besar sket mesti jd geng berlawan ngn abg anas ye ;)

anon said...

alooorrr...bam bam nyer pipi dier... comel tgk dier tdo meniarap... anyway...nice blog..sy pollow~~

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi